[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, July 6, 2009

0089 - Bisikan Licik

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda lagi. Selamat datang kepada satu sesi lagi tulisan ana tak seberapa, kan?

Aiseh... minggu depan ulangkaji intensif, ada lagi yang tak habis silibus... =_=" Ana pun baru nak mula intensif nota ana yang baru nak start PSI... argh. Moga-moga dapatlah.

Durian pun memeningkan kepala pagi tadi. Rasa macam kepala nak gerak ke sana sini. Mual takdelah pulak. Ah, biar sajalah. Sekarang pun rasa takde apa.

Anyway, kita mula untuk sesi hari ini, dengan gambar yang comel lagi molek. Kelihatan orang lengkap berjubah dan berkopiah.. dengan sorang mamat merah duk urut bahunya.

Tahulah kan siapa itu mamat merah ini? Ya, itulah gambaran syaitan yang direjam. Musuh kita yang dicipta oleh Allah untuk menguji iman dan taqwa kita kepada-Nya. Seperti yang kita semua kata, kita benci syaitan kan? Benar-benar benci?

Habis, mengapalah kita duk mengikut cakap perihalnya sampai ada yang terpesong sangat (nauzubillah) sampai memuja dan menyembah syaitan tu. Lagi teruk dari syaitan. Syaitan dia tahu siapa Tuhan dia. Cuma dia satu saja, dia sombong dengan kita, sebab dia asal api membara dan kita asal tanah kotor dan busuk.

Syaitan ni dia licik. Kalau yang jahat-jahat, dia hantar syaitan yang ranking dia rendah. Senang nak goda. Kalau yang baik-baik, dia hantar yang general, yang komando pun ada. Maka, lebih beriman kita, lebih mudah kita terjerumus ke dalam perangkap laknatullah ini.

Sebenarnya, ada sejenis syaitan yang mungkin tak disedari, tetapi memang boleh dilihat dengan mata kasar. Asalkan tak buta sudah. Nak tau? Aaa, kita ambil dari dua ayat akhir surah an-Nas.
Yang membisikkan kepada telinga manusia. Daripada jin dan manusia. (An-Nas: 5-6)
Bacalah tu. Hah, rupanya ada syaitan yang bertopengkan manusia, seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru ana. Maka, berhati-hatilah dengan syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Thursday, July 2, 2009

0088 - Penjaga Senyap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang masih berlekit lekat dengan coretan ana yang berhabuk ini.

So oklah, laaaaaama sangat tak menulis. Rasa macam otak tengah jem pulak untuk idea apa nak tulis. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga inspirasi dalam bentuk pengalaman baru.

Hari ni pun rasa macam penat. Program ulangkaji intensif bermula kurang 2 minggu lagi. Tanggungjawab pengerusi kelab telah dilepaskan. Fuh. Legaaa.

Apaapajelah. Jika hendak ditulis apa-apa, kita mulakan dengan gambar, kan? Baiklah, jadi gambar ini suatu lukisan buruk yang menggambarkan ayah ana, yang ana panggil Abati. Bukan Abi, ye. Pergilah tanya ustaz bahasa Arab terdekat anda.

Walaupun Hari Bapa sedunia telah pun berlalu, masihkah anda teringat lagi kepada ayah anda? Kalau ayah ni, ada dua jenis yang dapat ana fikirkan. Satu, yang jenis senyap, yang tak banyak cakap kecuali kalau kita cakap dulu. Inilah ayah ana. Ramai ayah macam ni, kita fikir ibu lebih dominan dari segi bebelan. =P

Ada juga yang garang, macam ayah kepada seorang cikgu ana. Ayah ni seorang polis, sangat garang. Kalau baru nak angkat jer nak pukul, anaknya semua terus melalak meminta belas kasihan. Ayah yang tegas ini pun ada juga kebaikannya, mendorong anaknya, walaupun dengan caranya tersendiri.

Ada juga ana kenal orang yang sudah tiada ayahnya. Ayahnya meninggal semasa kawan ana ni kecil lagi. Ana dengar daripadanya tiga tahun lepas, kalau tak silap. Sebak ana mengingati kawan ana ni. Lagi hargai ayah ana yang sudah meningkat usianya kepada umur 42 tahun ni.

Jadi, hargailah ayah anda. Orang ni bertungkus lumus bermandi peluh meredah lautan api- eh silap. Yelah, faham-faham sajalah. Ayah kita penting kepada kita, tanpanya, kita tidak akan wujud di dunia ini! Kan gen-gen dalam DNA kita separuhnya warisan daripada ayah kita? =D

Renungkanlah, kerana petunjuk itu bagi orang yang berfikir. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wednesday, July 1, 2009

0000 - Bonus!

So yeah, ana tengok blog Faiz J. ¬_¬

1. Besides your lips, where is the favorite spot to get KISSED?
Cheeks, I guess.

2. How did you feel when you woke up this MORNING?
SIX AM FFFF-

3. Who was the last person / people you took a photo WITH?
Forgot, been a LONG time since this happened.

4. Would you consider yourself SPOILED?
Quite.

5. Will you ever donate BLOOD?
Hurts, but sure.

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite SEX?
Of course not. That would be silly.

7. Do you want someone to be DEAD?
Why would I?

8. What does your last text message SAY?
No-phone pledge till I reach university.

9. What are you thinking about right NOW?
How weird it is that I'm actually typing for my blog right now.

10. Do you want someone to be with you right NOW?
That would be nice. Especially... hehehe, oh nevermindyou.

11. What was the time you went to bed last NIGHT?
Nine thirtysomething.

12. Where did you buy the tee you are wearing NOW?
Kedah, probably.

13. Is someone on your mind right NOW?
Not really.

14. Who was the last person who text YOU?
See No. 8.

TEN Lucky Person to do this quiz…
10? Waaaaay too many. Okay, let's pick everything on my list. Simple yet uneffective.
1. Muhsin the Action Camen! Bebebebeep.
2. Rashid the Laughably Serious. He means it.
3. Baem the Strangely Named. Often the butt of jokes.
4. Al-Amin the Ollllld Friend. Still humorous.
5. Amin with the Rly Srs Bznz. I mean, whoa.
6. Aisyah the uh, first Girl on this List. Huzzah.
7. Nurazah the Respected or Whatever. She's quite worded.
8. Azlina, who actually deserves the title Supergenius. Nuff said.
9. Aliyah, er, Cookie Monster. Nomnomnom.
10. Zuhairah, Veggie Hater. Names are _way_ too close.

15. Who is no.2 having relationship WITH?
Relationship? This guy? No way, man.

16. Is no.3 a male or a FEMALE?
Male.

17. If no.7 and no.1 get TOGETHER, would it be a GOOD?
Serious + Un-serious = Kaboom.

18. What is no.1 STUDYING?
Everything at once, probably.

19. When was the last time you chatted with THEM?
Less than half, probably this morning. Other more than half, probably last eternity. =(

20. Is no.4 SINGLE?
No idea.

21. Say something about no.2
You know, you would make a perfect match with- ah nevermind.

22. What do you think about no.3 & no.6 being TOGETHER?
I doubt I'll see a wedding ceremony.

23. Describe no.9.
Can I has kukis?

24. What will you do if no.6 and no.7 FIGHT?
Would probably never happen, since one is quite passive.

25. Do you like no.8?
I guess I do, probably, as a rival. I do compete with her academically. Quite fierce, I must say. I think she regards me as a rival as well. Yay.

And that is a very long quiz.

Tuesday, June 2, 2009

0087 - Meow, Kitty!

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua. Sila baca perenggan di bawah kerana perenggan ini tiada makna sama sekali.

Kelas kelas kelas... banyaknya benda nak dibuat masa cuti. <_<>_> Hah. Takde apa nak buat, cuma komputer jer. Apaapajelah, pergi je kelas.

Seekor anak kucing yang comel datang semasa kelas bio. Diambil, kemudian, dengan tidak semena-mena, pergi gigit kaki. Geram, pergi ambil kerusi, kejar kucing keluar. Lega.

Apapun, kita mulakan tazkirah hari ini dengan muqaddimah, iaitu gambar seekor kucing (jangan risau, kucing ini ada badan) Berapa ramaikah antara anda tidak menyukai kucing? Lebih-lebih lagi kucing hitam, ana tahu ada orang yang tak suka.

Balik ke cerita ana tadi, lepas dah kejar dengan kerusi tu, ana rasa lega, tapi sekejap saja. Terfikir pula, apakah implikasi perbuatan ana ini di akhirat nanti? Tengok kucing tu, takkan gigit saja-saja. Mungkin lapar, dan ana tak langsung menyeksanya hanya kerana nak cari makanan.

Kita ambil satu contoh sahabat pula, Abu Hurairah. Kalau nak dikatakan, Abu Hurairah ni memang sangat suka anak kucing, sampai diambilnya dan disimpannya dalam pakaian sambil berjalan, kerana itulah namanya diberi begitu, bermaksud bapa kucing.

Dalam Islam, kita digalakkan supaya berlaku baik kepada semua makhluk, tak kiralah manusia, haiwan atau tumbuhan. Haiwan tak boleh dibunuh sesuka hati, hanyalah untuk pemburuan. Tumbuhan pun tak boleh dicabut atau ditebang sewenang-wenangnya, sampai dalam peperangan pun tak boleh. Banyak lagi sebenarnya cerita tentang kebaikan kepada haiwan, itu boleh cari sendiri atau tanyalah ustaz terdekat anda.

Baiklah, wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Monday, June 1, 2009

0086 - Hayaa'

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada ahli-ahli fikir yang merenungi alam hasil ciptaan-Nya ini.

Rasanya macam cuti kali ini akan berlalu begitu saja, tanpa sebarang makna. Bukan buat banyak sangat pun masa cuti. Tapi tension fikirkan bila buka sekolah nanti banyak kerja. DX

Melihat video hari guru yang dibuat form 4 dan form 5, ana tersenyum tersahaja. Nanti nostalgik pulak dibuatnya ana ni bila tengok balik. Lagunya pun cantik, A Land Called Paradise.

Habislah pot pet ni, kita teruskanlah dengan tulisan pada hari ini. Gambar, melihatkan seorang manusia yang... nampak macam dipadam mukanya.

Mengapa ana pergi padam muka orang ini? Hah, mungkin kerana orang ni malu kot dilihat mukanya. Agaknya nak melindungi privasi diri kot, takut sangat orang tengok dia kat sini. Hahahah.

Baiklah, kita cakap tentang malu. Malu itu, secara amnya, tidak mahu melakukan sesuatu disebabkan takut oleh pemerhatian seseorang yang lain (kamus dewan tertinggal kat sekolah yek) Maka, malu ni takut nak buat sesuatu sebab orang lain tengok. Dah. Kompleks sangat ker?

Malu ada bertempat dan tak bertempat, mengikut kata-kata orang. Malu yang bertempat ialah malu untuk melakukan sesuatu maksiat atau keburukan. Ini memang baik, kerana sudah fitrah manusia benci kepada manusia. Bagaimanapun, malu ini lebih baik dituju kepada Allah, dan bukan manusia, kerana kalau begitu, kita bertuhankan pendapat manusia, bukankah begitu?

Malu tak bertempat pula ialah malu untuk menegur orang atau malu untuk melakukan sesuatu yang baik, seperti solat, kerana takut diperlekeh dan dipermainkan oleh orang lain. Malu jenis ni patut dielak, apa kita kisah pendapat dan cacian orang, perintah Allah untuk menyebar kebenaran dan cegah kemungkaran lagi tinggi.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sunday, May 31, 2009

0085 - Tua Terbongkok

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada pembaca yang masih ikut lagi perkembangan tulisan-tulisan ana ini.

Balik kampuuung~ Muar, Johor, jenguk datuk nenek sebelah ayah. Panggilan Atok, Embah. Ada lagi nenek saudara panggil nenek jer. So much love for these people :3

Terasa nanti bila dah sampai no. 101, nak tukarlah sikit format entri-entri ana ini supaya tidaklah banyak sangat ana kena taip. Lagipun 101 ni hanyalah sebagai 'projek' ana untuk tengok boleh ke ana buat. XD

Baiklah, habis bebelan tidak berguna. Mulakan bebelan berguna, dengan gambar yang sudah menjadi kebiasaan. Gambar hari ini menunjukkan seorang tua yang sudah terbongkok dan memegang tongkatnya sekali. Terlupa nak lukis orang tua ni terketar-ketar. Biarlah.

Bila kita balik ke kampung, buat orang yang masih ada lagi orang tua, pasti gembira menemui mereka. Salam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Buat yang sudah tiada lagi orang tua, doakanlah mereka dalam kubur tu. Mak ana kadang-kadang suruh ana bacakan Yasin untuk datuk sebelah mak ana yang sudah meninggal. Bacalah walaupun sedikit, Fatihah pun bolehlah.

Rasulullah pun menghormati orang tua, bahkan orang tua kafir pun dihormatinya. Mungkin pernah dengar kisah Umar dengan Yahudi buta tua. Yahudi ni kerapkali disuap makan oleh Rasulullah ketika hidup. Yahudi ni, tak tau yang menyuapnya siapa, lalu selalu mencemuh Rasulullah.

Bila Rasulullah wafat, Umar pergilah untuk membantu si tua ni. Dengar Yahudi ni mencaci Rasulullah, geramlah, lalu disuapnya dengan keras sikit. Yahudi tu cam "Engkau bukan orang yang selalu suap aku. Kau suap kasar, tak kunyah sampai lumat macam orang sebelum ni."

Umar pun tanya, "tau ke siapa yang menyuapmu selama ini?" Yahudi tu kata, tak. Umar pun bagitaulah, "Rasulullah yang kau caci tulah yang suap kau selama ni." Lihat, betapa baiknya Rasul kita kepada orang tua, buta, lepas tu kafir pulak. Kita hari ni macam mana? Mak ayah diherdik dicaci gitu je, apa lagi orang tua lain.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 26, 2009

0084 - Kekecewaan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini yang masih hidup, walaupun nyawa-nyawa ikan. XD

Habissssss peperiksaan semester pertamaku buat kali terakhir. Lepas ni takde periksa dekat sekolah lagi dah, cuma trial dan SPM saja. Terasa sedih la pulak. T_T

Semalam masa tajwid, ada satu soalan: mana waqaf hasan pada awal surah al-Haqqah. Semua tercari-cari. Penjaga kami, si Brother Bear duk tunjuk-tunjuk al-Quran dengan sengihan memanjang. Geram dan nak tergelak pada masa yang sama. =D

Oklah, blog ni untuk tazkirah kan? Ana mulakan sekarang. Dilihat gambar itu, menggambarkan seorang manusia memegang sesuatu yang kuning, mungkin kuih kot. Tapi difikirkannya benda yang lebih besar gedegang.

Pernahkah anda melalui perasaan seperti orang dalam gambar tersebut, anda mendapat sesuatu yang tidak disukai, disangkakan awalnya sesuatu yang jauh lebih hebat dan menyeronokkan. Seperti dalam istilah sastera, anti-klimaks, atau saspens yang membina kepada sesuatu yang tidak padan dengan saspens tadi.

Apakah perasaan anda pada ketika itu? Mungkin anda rasa nak menghempaskan benda itu (jika boleh pegang) ke lantai dan memijak-mijaknya dengan menjerit sekuat hati. Mungkin anda akan terima saja benda itu dengan tak puas hati dan masih menginginkan sesuatu yang lebih.

Jika anda salah satu daripada golongan yang ana sebutkan itu, janganlah berbuat begitu, kerana dengan perbuatan anda itu, anda sudah menyalahi rukun iman keenam, iaitu beriman dengan qada' dan qadar. Beriman dengan kedua-dua ini memerlukan keredaan kepada takdir Allah.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita. Mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik melalui benda yang mengecewakan itu. Mungkin itu hanyalah suatu ujian, dan jika anda tidak puas hati dengannnya, anda telah gagal dalam ujian itu. Mahukah begitu?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wednesday, May 20, 2009

0083 - Manzili

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua kakanda dan adinda yang sangat kusayangi.

Agh, esok sejarah, blargblargblarg, tak habis baca lagi... sabarrr.. cubaaannn. Form 4 dah habis.. Form 5... bila nak baca lagi?!

Hari ini pula.. buat addmath, tak adalah sangat kertas 1. Cuma kertas 2, lamaaaa sangat, tengah buat seksyen B, tengok belakang, terlupa ada seksyen C pulak lagi. XD

Baiklah, tazkirah untuk anda sebelum ana tidur dan bersedia untuk hari esok. Kelihatan pada lukisan ana hari ini ialah sebuah rumah yang bersinar dengan sangat hebat sinarannya! Aaaaa~

Hah, saja jer. Ini ialah lukisan sangat kasar rumah ana. Anda pun mesti ada rumah, kan? Rumah ialah salah satu keperluan asas untuk manusia hidup, atau lebih tepat lagi, tempat tinggal. Orang prasejarah mana ada rumah, gua adalah. Haha.

Rumah, pernahkah kita hargainya? Bagi yang pernah pindah, ana rasa mungkin anda lebih hargai rumah lama apabila sudah pindah. Balik semula rumah lama tu, wah, nostalgia menyerang kalbu bagaikan sungai yang mengalir deras.

Rumah, adakah anda menjaganya? Okayla, mungkin ana sendiri taklah berapa sangat jaga bilik ana sendiri pun, tapi eloklah jika anda kemas-kemas sedikit sendiri kalau orang lain yang buatkan (mak, bibik, kakak, sesape la) Kalau memang dah buat, tahniah, teruskan.

Rumah, ana bandingkan dengan Islam kita. Kita jaga, lebih baik daripada orang jagakan untuk kita. Kita tinggalkan, terasa resah dan ingin pulang. Kita hargai, kita akan dapat mengecapi kemanisannya yang sebenar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 19, 2009

0082 - Kawan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada rakan-rakan ana di luar sana yang ana sangat sayang.

Hari ini, ujian bahasa Inggeris dan cerita jam penipu. Hah, alkisahnya, jam kelas rosak, orang ingat banyak masa lagi, tidur. Lepas tu, semua orang marah-marah jam. XD

Maaflah kalau ana tak berapa kerap update blog ni, sebab ana semakin ketat digunakan masa ana, dan tak ada banyak sangat masa untuk blog ini. Sooorrry~

Apaapajelah, kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain dengan peringatan pada hari ini! Gambar itu, tidaklah menunjukkan kembar tau. Hanyalah dua orang kawan yang sangat rapat sekali.

Adakah anda mempunyai rakan yang rapat dengan anda? Jika ada, maka tahniah, anda telah mendapat suatu bekalan untuk akhirat nanti dalam bentuk peluang berbaik dengan kawan.

Kalau tiada, apa tunggu lagi, pergi cari. Kawan amat bagus untuk dapat. Ana ada tahu beberapa orang yang mengatakan mereka tidak dapat hidup kalau tak ada kawan yang sentiasa bersama mereka. Orang ni ana tabik, sangat hargai persaudaraan.

Kawan yang sejati ana tahu, membantu antara satu sama lain. Juga sangat mementingkan kesejahteraan kawan yang lagi satu, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi dan membawa kebaikan untuk rakan lagi satu.

Satu contoh yang sangat bagus ialah persahabatan antara Abu Bakar as-Siddiq dan Rasulullah S.A.W. Tengok Abu Bakar ni, mengiyakan semua kata-kata Rasulullah, sanggup korban diri untuk Rasulullah, dan banyak lagi ana tak dapat masukkan di sini. Contohilah sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sunday, May 17, 2009

0081 - Peperiksaan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada manusia-manusia yang sentiasa melalui ujian Tuhannya.

Peperiksaan esok bagi sekolah menengah ana, adakah anda bersedia? Ada buku bahasa Melayu di tepi ana ni, menunggu untuk dibaca.

Ahad, tak banyak sangat berlaku. Cuma ana dapat meja baru untuk letak komputer dengan study. Sebelum ni meja kemetot jer ana ada. Syukuuur~

Alkisahnya, kita bermula dengan tazkirah untuk anda dan ana pada hari ini. Gambar yang dilukis menggambarkan dua jenis orang yang berhadapan dengan peperiksaan.

Jenis orang yang pertama, gelabah, prepare pada saat terakhir, kemungkinan malam periksa ataupun lagi teruk, pagi peperiksaan itu sendiri! Janganlah jadi orang ini.

Jenis orang yang kedua, confident, yakin. Hal ini demikian kerana orang ini telah pun bersedia lama untuk peperiksaan ini dan semua pelajarannya dalam otaknya. Malangnya ana tidaklah tergolong dalam golongan manusia seperti ini. Hahahah.

Apakah yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri untuk peperiksaan? Tip yang ana dapat berikan ialah sediakan diri awal-awal, jangan tidur lambat sangat, tawakkal kepada Allah, fahami semua pelajaran sebelum ulang kaji, istiqamah dalam ulang kaji.

Dengan ini, ana mengucapkan selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar sekolah menengah, apabila lihat soalan payah, jangan takut, buat soalan senang dahulu, dan kembali kepadanya. Kalau tak boleh lagi, berserah kepada Allah dan buat sajalah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaam...

Saturday, May 16, 2009

0080 - Guru, Insan Mulia

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada, hmm, manusia jelah. Takde idea nak cakap apa lagi. =P

Hari ini tak adalah banyak sangat aktiviti. Kedengaran form 5 buat barbeku kat sekolah, tapi ana tak datang, sebab memang latihan sabtu tradisi ana tak datang. =(

Lagi berita, hari ini, ialah 16 Mei! Bermaksud hari ini ialah hari untuk menyambut Hari Guru, hari yang menandakan penghargaan dunia kepada guru!

Tazkirah hari ini pun berkisar tentang guru, seperti yang digambarkan dalam lukisan ana. Sebelum itu, guru itu apa sebenarnya? Dalam erti kata mudah, guru ialah orang yang memberi ilmu.

Tidak kira ilmu itu banyak segunung buku, ataupun sekadar satu tambah satu. Masih dikira guru. Kalau adik kita pun ajar sikit kita, kita panggilnya guru. Maka apakah yang mendefinisikan guru yang baik?

Guru yang baik selalu cuba memperbaik dirinya supaya dapat mengajar muridnya dengan lebih baik. Guru seperti ini patut dijadikan contoh kepada semua orang yang ingin menjadi guru. Ikhlas dalam tugasnya dan tidak mementingkan materialiti.

Guru, walaupun seberapa muda atau tua, kaya atau miskin, harus dihormati dengan rendah diri, kerana kita mendapat suatu ilmu daripadanya. Ilmu itu sangat berharga, walaupun sedikit mana sekalipun. Malahan, ilmu bermanfaat salah satu perkara yang kita bawa ke kubur dan terus mendapat pahala daripadanya.

Oleh itu, berusahalah untuk menjadi guru, dan sampaikan ilmu kepada orang lain. Banyak manfaat yang dapat kita peroleh dengan memberi ilmu kepada orang lain. Orang lain dapat manfaat, kita dapat pahala, dua-dua dapat kebaikan.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam..
P.S. Ada satu kesalahan dalam gambar. Cari kalau boleh... =P

Friday, May 15, 2009

0079 - Bangkitlah

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua saudaraku di luar sana, sama ada sekeluarga atau seagama.

Semakin kurang update belakangan ini. Kemungkinan sebabnya ialah peperiksaan yang akan datang pada minggu hadapan. Maaf kalau ana terlepas sikit.

Herh, tadi balik sekolah untuk hadir mesyuarat, tapi tersilap tempat, menyebabkan ana terlepas mesyuarat. Takpelah, ana pun benci mesyuarat. :3

Apaapajelah, ana akan memberikan sedikit tazkirah untuk anda dan ana. Tazkirah hari ini berkaitan dengan keadaan umat Islam pada pandangan dunia sekarang.

Terasa ana ingin menangis sekarang, tetapi tidaklah mengalir air mata. Kasihan tentang keadaan umat Islam sekarang, sungguh daif dan mundur, dibandingkan dengan pihak kuffar.

Dunia Barat kini maju dengan bantuan ulama-ulama terunggul Islam terdahulu, seperti Ibn Nafis dan Ibn Sina. Orang Islam dahulu berpegang erat pada agama Islam sebenar. Kita? Bahkan ada yang tidak menyentuh langsung Quran di rumah, kan?

Apakah umat Islam sudah tidak mengikuti jalan yang diberi oleh Rasulullah? Apakah Quran dan Sunnah sudah menjadi hanya sekadar tulisan dalam buku, untuk dibaca semata-mata dan tidak diamal. Alilmu bila amalin kashajaru bila thamarin, ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah.

Untuk memajukan dunia Islam kembali menjadi kebanggaan umat Islam dahulu, kita semua mesti kembali kepada dua harta yang ditinggalkan oleh Nabi saw, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Ambillah Quran sekarang, bacalah. Ingat kembali sunnah Rasulullah, amalkanlah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Tuesday, May 12, 2009

0078 - Peluru Apa Gunanya?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada sesiapa yang memang baca perenggan ini pun. Heh.

Hari ni rasa macam terbuntu sikit nak buat entry apa. Mungkin hari ni nak tidur awal sikit, biasanya ana tidur pukul 12 belakangan ini. Tukar jadual tidur.

Cikgu tadi suruh buat solat minta hujan. Panas sekarang rasanya, bahang betul. Tapi, kalau esok semua mengikut rancangan, kelas ana akan membeli sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini! Yayyyy~ =D

Baiklah, kita mulakan tazkirah untuk malam ini. Kelihatan satu objek telah dilukis, apakah itu? Objek yang anda lihat ialah sebuah peluru.

Peluru, apakah kegunaannya? Biasanya peluru digunakan untuk mencederakan dan membunuh. Peluru juga biasa digunakan dengan senjata api, seperti senapang dan pistol.

Peluru berfungsi dengan menyimpan serbuk peledak di ruang belakangnya, yang dicetus oleh pengetuk di dalam senapang atau pistol. Tanpa pengetuk ini, peluru tidak dapat melakukan apa-apa kerosakan. Hanyalah sebagai sekeping logam yang tiada guna.

Seperti dalam diri kita, kita semua mempunyai saluran-saluran untuk melakukan kejahatan dan kerosakan. Bagaimanapun, kita tidak melakukan kejahatan sewenang-wenangnya. Mengapa? Ya, kerana kita memerlukan suatu cetusan untuk mendorong kita melakukan kejahatan itu.

Pencetus-pencetus ini ada banyak, seperti rakan sebaya, pengaruh media, dan sebagainya. Kita boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam kemaksiatan dengan mengelak pengaruh-pengaruh yang tidak baik ini dan menapisnya. Hidup lebih bagus tanpa maksiat.

Wallahua'lam, renungkan, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Monday, May 11, 2009

0077 - Senioriti

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, seorang hamba Allah yang sama saja seperti ana.

Hari ini, tak ada banyak sangat. Cuma adalah sikit belajar ekonomi dengan kawan, tu pun terlentok. Haha, tak ingat bila tertidur. Ingat sayup-sayup pasal pelaburan... pastu blank. XD

Lagi berita, ana siap nota komsas spm dan duduk di tepi keyboard ni sekarang. Rasa macam telah mencapai sesuatu, rasa best pulak dalam hati.

Apa-apapun, kita mulakan tazkirah buat kali ini. Gambar yang dilukis ialah seorang manusia pendek melihat seorang lagi yang jauh lebih tinggi. Nampak macam takutlah pulak, sampai menggigil.

Inilah pandangan seorang kanak-kanak kecil terhadap seorang dewasa. Orang yang tinggi dan patut diikuti kata-katanya. Kalau tidak, pasti dimarahi. Bukankah begitu fikiran anda semasa kecil?

Kalau diletakkan dalam konteks pelajar di sekolah, yang junior melihat tinggi pada yang senior. Apabila abang senior baik, maka junior kagum dan ingin mencontohi. Apabila senior tak berapa baik, ah, tahu sajalah akibatnya.

Beginilah senarionya. Orang yang lebih tua memikirkan dirinya sudah gah dan tidak perlu mengikut peraturan. Apabila dilihat oleh orang yang lebih muda yang melihat tinggi pada orang tua, persepsi negatif akan terpahat pada fikirannya.

Apakah yang kita harus lakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Perbaik diri sendiri supaya menjadi contoh kepada yang lebih kecil, dan nasihati si kecil dengan lembut dan tidak keras. Dengan izin Allah, kita dapat menyebarkan sifat soleh dalam diri semua orang. Mulakan dengan si kecil.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Sunday, May 10, 2009

0076 - Ibu, Wirawatiku

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada hadirin yang sentiasa dirahmati oleh Allah subhanahu wata'aala.

Hahh, tak kesampaianlah update catch-up Sabtu. Tak mengapalah, nanti ada ganjaran yang menanti dalam bentuk nota komsas spm ringkas dan padat! =D

Hari ini, seperti yang anda semua pasti tahu, ialah Hari Ibu. Apakah yang anda beri pada ibu anda? Ana beri kad jer, takdelah sangat. Adik ana bagi senyuman. =)

Tazkirah yang akan dimulakan hari ini juga berkisar tentang sejenis manusia yang bergelar ibu. Ibu, manusia perempuan yang menjaga seseorang sebagai anaknya. Tak kiralah ibu kandung ke, ibu tiri ke, tetap namanya ibu.

Banyak sebenarnya gelaran ibu ni. Mama, mummy, mum, umi, dan banyak lagi. Tetap hebatnya orang ini. Kalau ibu kandung lagi tinggi statusnya. Beliau melahirkan semua jenis makhluk, tak kira manusia, haiwan, atau tumbuhan. Cuma yang tumbuh dari diri sendiri (asexual) dan 2 manusia, Adam dan Hawa saja tidak dilahirkan ibu.

Ibu ini, kalau konteks manusialah, seorang yang pada naluri dan fitrahnya memang penyayang. Adakah ibu yang tidak menyayangi anaknya? Kalau ada, itu ibu psiko barangkali. Dah tiada kemanusiaan dah.

Ibu ini, banyak berjasa kepada kita. Menyusui kita, menjaga kita, menyayangi kita, menyara kita (kalau bukan suri rumah) dan menyokong kita bila kita memerlukannya. Tidakkah kita rasa sungguh kerdil berbanding ibu?

Kalau begitulah, mengapa semakin ramai anak menderhaka kepada ibu? Mengapa ibu sudah semakin diperlekeh setelah bermandi peluh dan berkorban untuk anaknya? Padahal pepatah Arab mengatakan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu!

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Saturday, May 9, 2009

0075 - Siapakah Anda?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana tidaklah mengetahui identitinya.

Hari ni penuh dengan benda yang berunsurkan pelajarannn, banyaknya. Bengkel perdagangan, ekonomi. Bagus yeak, dapat banyak ilmu.

Balik rumah, diiringi bau yang enak dan membangkitkan rasa ingin tahu. Tengok dapur, homemade piza. Wah. Rasa nak terjerit masa tu. XP

Baiklah, kita mulakan sesuatu benda yang dinamakan peringatan untukmu dan untukku, iaitu tazkirah. Gambar yang dilukis di ruang gambar menunjukkan semua orang mempunyai tanda soal pada muka.

Kalau anda guna internet, anda pasti pernah terserempak dengan orang yang tidak anda kenali. Mesti kali pertama bertemu, jengkel bukan? Biasanya kalau kat internet ni, namanya Anon ke, Guest ke. Tidak diberitahu nama.

Rasa macam, lebih geram bila cakap, dia tahu kita, tapi kita tak tahu dia siapa. Geram. Rasa ingin tahu membuak-buak bagaikan magma dalam gunung berapi. Tetapi, apakan daya. Kita tidak dapat tahu melainkan orang itu mendedahkan atau orang lain yang mengetahui.

Kalau situasi ini berlaku dalam kehidupan sebenar, tentu orang itu memperkenalkan diri. Tetapi ciri internet yang paling ketara ialah kesamaran identiti diri. Kalau kita tak dedah, siapa pun tak tau. Identiti ini bagus juga kalau disembunyi untuk keselamatan.

Tapi kalau dah orang yang kita kenal, tak payah lah sembunyi identiti tu. Buat naik geram jer orang tu. Berbuih darahnya. =D Kan orang muslim itu bersaudara. Kalau tak tau saudara, bagaimana nak bersatu?

Wallahua'lam. Itulah sambal saya, kalau pedas, rasalah lagi dan renungkan. Wassalam~

Friday, May 8, 2009

0074 - Tidak Disangka

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda ana ucapkan. Semoga Allah terus merahmati anda.

Malam ni sibuk jugak sikit main-main dengan photoshop, best jugak, esok pun cuti. Cuma ana tak berapa mahir sangatlah lagi. Takpe.. practice..

Lagi-lagi, exam dah nak dekat. Apa ana buat main-main komputer ni! Ana patut baca buku tebal-tebal untuk prepare periksa! Aarrgghh!

Apaapajelah, kita akan mulakan tazkirah hari ini yang ana ada cerita yang ana lalui pada hari ini. Kemungkinan anda juga boleh ambil pengajaran daripadanya.

Oklah, ana balik dari sekolah, jalan-jalan nak pegi uia. Tiba-tiba ada satu lelaki dengan isterinya kot, dalam kereta MPV apa ntah, tak ingat jenama, panggil ana. Eh, pelik. Tak kenal pun mamat ni. Takpelah, ana pun pergi. Rupa-rupanya, dia tengah nak cari satu sekolah ni, ditakdirkan ana tahu. Driver mintak ana tolong tunjukkan dalam kereta.

Ana pun tak fikir panjang, terus cakap ya, nak menolonglah diperkatakan (takde takbur ye) Masuk-masuk, tiba-tiba ana ragu-ragu keputusan ana. Takkanlah nak tetiba masuk kereta entah ke mana. Takpelah, berserah jelah. Lepas beberapa minit, takde apa-apa, ana tunjukkan sekolahnya, nak disekolahkan anak sulungnya di sekolah darjah satu. Mula timbul rasa tak sabar nak balik ni, tapi dipendamkan jauh-jauh.

Lepas tu, tengok-tengok pejabatnya dah tutup. Lepas tu, takde apalah sangat. Lelaki tu pun hantar ana ke depan uia. Dia cakap terima kasih, ana pun pergi. Subhanallah, Allah memberi pertolongan dalam pelbagai cara, ana fikir. Tak perlu ana jalan penat kaki. Maka, ambillah pengajaran anda sendiri daripada pengalaman ana ini.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Thursday, May 7, 2009

0073 - Tunggu.

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada penunggu yang mengikuti tulisan manusia yang duduk di depan monitor ni.

Balikkk kelas fizik, sangat berguna, wah. Banyak benda baru dapat. Hehe, bawa botol air sebanyak 1.5 liter, habis sekelip mata. Peliknya. Dahagakan ilmu kot. XD

Lagi lagi, tak sampai 2 minggu lagi periksa~ aiiiii. Tak baca lagi akaun, ekon, perdagangan, pqs, psi, apa lagi yek? Relaks fera, relaks... fuhh.

Okay, ana dah relaks. Phew. Boleh kita mula tazkirah sekarang? Baiklah. Gambar yang dilukis dengan coretan fotoshop, menunjukkan seseorang menunjukkan tarikh yang tidak ditulis.

Apabila anda menunggu sesuatu yang memang anda inginkan, apakah fikiran yang terlintas di hati? Adakah: "lambatnya, lambatnya" ataupun "tak kisah la" ataupun "sabar, cubaan".

Cuba kalau fikiran #1. Kita fikir, ehhh, lambatnya nak dapat apa yang aku nak. Kita asyik check masa, check tarikh. Masa dirasakan sangat lambat berlalu. Kalau boleh nak je back to the future. Hahaha. Tapi, masa dibazirkan dengan hanya menunggu.

Kalau fikiran #2. Ah, tak kisah la aku. Bukannya penting sangat benda tu. Tinggalkan jelah. Kalau macam ini, putus asa sebelum berusaha. Kalau terus begini, anda tidak akan berjaya dalam hidup. Cepat putus asa.

Fikiran #3! Inilah mindset yang perlu setiap orang ada. Kita hanya berserah kepada Allah, kerana tidak tentu hidup ini. Mungkin benda itu sudah tiada nanti, mungkin kita terlepas peluang, mungkin kita sudah mati. Mana tahu? Oleh itu, bersabarlah, kerana Allah itu bersama orang yang sabar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam... PS: Cuba teka tarikh yang ditunjuk tu. Memang sebenar kalendar ni.

Wednesday, May 6, 2009

0072 - Sooorrrry

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada saudara kepada si kerdil ini, bacalah lagi tulisan ana ini.

Ahh, sudah miss pulak hari post. Mungkin nanti ana buat double post sabtu nanti, tapi tak tahu lah, tengok inspirasi nanti ada ke tak.

Dalam berita lain, karangan bahasa melayu 14 sudah pun siap, maka ana pun boleh relaks sikit, walaupun ada lagi kerja yang perlu disiapkan, sekurang-kurangnya bolehlah menghela nafas lega sikit.

Oke, kita bertazkirah lagi pada hari ini! Gambar yang menunjukkan sebuah kepala manusia meminta maaf. Heheh, terlupa pulak nak lukis badannya. Takpelah.

Kalau ada orang melakukan kesilapan, kecil sahaja tetapi menyinggung perasaan anda, apakah yang anda akan buat? Kalau dah dibuat muka macam dalam gambar tu, tak dinafikan memanglah barangkali anda akan maafkan.

Tetapi, bayangkan jika orang itu buat kesalahan, tetapi tidak meminta maaf. Maka apakah yang akan anda buat? Adakah anda akan menyimpan dendam terhadap orang itu? "Apalah orang ni, dah buat salah, tak nak minta maaf."

Meminta maaf dan menyimpan dendam. Kita fikirkan kedua-duanya. Meminta maaf akan mendamaikan antara dua pihak yang berbalah, dan perkara itu dilupakan setelah beberapa ketika.

Kalau menyimpan dendam pula, orang itu mungkin sudah lupa kesalahannya, tetapi kita pula masih menyalahkan orang itu, walaupun sudah lama berlaku. Silap haribulan, kita melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang yang bersalah itu.

Fikirkan, apa yang Rasulullah akan buat dalam situasi ini? Ya, beliau lebih cenderung kepada memberi kemaafan, kerana itu lebih baik daripada membalasnya dengan kejahatan lagi. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

Monday, May 4, 2009

0071 - Perangkap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang membaca untuk mendapat ilmu dan pengajaran.

Tengah taip, tengah buat homework bahasa melayu. Sekarang, hampir siap karangan yang memerlukan isi. Yang lain cuma ingin dihabiskan sahaja. Alhamdulillah.

Nampaknya, daripada pengakuan rakanku, gerakan kepala botak telah pun dibubarkan kerana kemelut dalaman. Ana sedih melihat gerakan yang sungguh berkaliber ini pergi begitu saja. Tidak mengapalah. XD

Lawak pun lawak, kita mulakan tazkirah yang separuh masak ini sajalah. Gambar yang dilukis untuk menghiburkan diri ialah seorang manusia, yang terperangkap dalam satu sangkar daripada pandangan atas.

Bagaimana rasanya apabila kita terperangkap, dan tidak mengetahui mengapa kita diperangkap? Tentu kita akan merasa marah, bukan? "Mengapa aku dikurung begini! Aku mahu keluar!" Begitulah jika manusia dalam gambar itu boleh bercakap.

Kalau orang itu diperangkap atas alasan dan motif yang benar, tetapi tidak dijelaskan kepadanya, samalah reaksinya seperti jika tiada motif. Hanya apabila orang dikurung itu menyedari sebab dikurung dan menyedari kesalahannya, barulah dia tidak akan merasa marah.

Jika ada kelihatan coretan ini berkaitan dengan suatu akta yang anda semua tahu, bukan itu maksud ana. Maksud ana ialah hari ini, terdapat orang yang diajar mengikut ajaran Islam tanpa mengetahui sebabnya. Tentu dia memberontak, kerana Islam ini meletakkan batasan pada nafsu manusia.

Kalau tak tahu sebabnya, tentulah dia berkata, kenapa Islam ni kekang sangat kebebasan aku? Ikut suka akulah nak buat maksiat! Maka, kita perlulah memberinya sebab musabab mengapa undang-undang dan syariah Islam dilaksanakan, hikmahnya. Barulah orang akan menerimanya dengan baik, dan kehidupan Islam dapat dilaksana dengan kerelaan orang.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~!

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran