[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Thursday, March 5, 2009

0012 - Orchestra Symphony

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada pembaca ayat yang telah ditaip ini, semoga Allah memberi kita rahmat di dunia dan akhirat.

Maka hari ini pun ana menyaksikan kekuasaan Allah menghidupkan dan mematikan manusia. Ana tengah sandar2 kat sofa sebelah klas 5 Saad harini, tunggu hujan reda, nak balik.

Tengok2, tertidur sampai tak sedar terlepas pukul 4, bila umi ana ambil ana. Subhanallah, kalau Allah berkehendak ana meninggal situ jugak, maka hanya dengan satu "kun" sahaja boleh.

Baiklah, ana tak tau la kalau pembaca blog ni nampak ke tak, tapi style lukisan ana berubah. Dulu ana lukis dekat PDA ummi ana, tapi takkanlah nak asyik pinjam aje. So ana pun experiment guna photoshop 7 (takde cs hahah)

Baiklah, melihat gambar yang ana baru lukis di atas, kelihatan seorang manusia lukisan sedang bermain instrumen angin, apa2lah yang berbentuk begitu, asalkan ditiup. Melodi yang keluar pula sungguh mengasyikkan (bayangkan sajalah) sehingga terkeluar pula not-not muzik tu. Hahahah.

Tapi, kalau satu alat muzik yang main saja, mesti tak best kan? Mesti nak yang orkestra yang instrumental, yang ada macam-macam bunyi, piano, biola, klarinet, dan sebagainya. Barulah lebih seronok didengar, kan? Di depan pula ada konduktor yang menyelaras semua anggota orkestra tersebut dan membetulkan apa2 kelemahan.

Kalau tiba2 kan, si peniup angin handal ini asyik syok main sendiri kan, dia tak ikut tempo orang lain main. Konduktor kat depan tu berulang-ulang suruh si peniup angin ini menyamakan permainannya dengan orang lain. Tapi, jika si peniup ini tidak peduli, adakah akan terhasil muzik yang baik? Tidak, akan ada unsur yang off, yang tak berapa sempurna.

Daripada ana berleter di atas itu, apa yang kita boleh dapat? Ya, memanglah kalau kita power, kita memang boleh melakukan sesuatu yang orang lain tidak dapat. Tapi, dalam berkumpulan, adakah nampak seragam kerja itu? Tidak, orang itu akan disisihkan dan dikatakan selfish, penting diri. Akhirnya, dia tidak dapat melakukan kerja itu walaupun dia sehandal manapun.

Wallahua'lam. Renungkanlah, oh ya, maulud rasul dah nak sampai, apa rancangan anda si pembaca ini?

Wednesday, March 4, 2009

0011 - Dinding? Dinding Apa?

Assalamu'alaikum, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, moga Allah melimpahi rahmat ke atasmu serta membuka pintu hidayah untukmu. Insya-Allah.

Maaf ya kerana 2 hari lepas yang tiada coretan ana ini kerana sibuk dengan rush nak siapkan (sebenarnya redo) lisan bahasa Melayu. Alhamdulillah, siap akhirnya dan nampaknya diterima baik oleh cikgu Wasitah. Fuhhh~ lega.

Syukurlah ada ustaz Aziz yang baik hati, membenarkan Acid dan ana ini menggunakan printer hari ini di bilik guru. Terima kasih juga kepada ustaz Idris, moga Allah merahmati ustaz-ustaz semua kerana kebaikan ustaz. ^_^

Baiklah, hari ini ana akan berkata tentang suatu gambar yang sekali lagi dilukis oleh ana ini yang kerdil.. Tazkirah hari ini hasil inspirasi ketika mendengar cikgu Hasnah lecture, wah, banyaknya rahmat Allah kepada ana hari ini.

Nampak gambar ni? Ya, orang ini kepingin akan biskut cip coklat. Malangnya, dia melihat, eh, ada dinding di hadapan saya! Bagaimana akan saya mendapatkan impian saya ini?? Ahhhhhh! Maka dia pun berfikir, eh, sejak bila ada dinding di sini? Tak pernah aku nampak di sini. Dan secara tiba-tiba, dinding itu pun beransur hilang, dan orang itu mendapat cookie yang diidamkannya, bersinar pulak tu.

Daripada komik kecil di atas itu, ana ingin mengaitkannya dengan kehidupan manusia sebenar. Dalam mencapai impian anda, pernahkah anda melihat, eh. Ada halangan di depanku. Mungkin wang, mungkin bertimbun kerja, atau mungkin juga semangat lemah. Anda pun buatlah sikit2. Tapi masih banyak halangan yang anda nampak.

Banyaknyaaaa... anda pun give up. Period. Fullstop. Maka halangan itu pun menjadi nyata, dan anda menceritakan kepada orang lain, "oh, ada halangan, masalah, ana tak dapat capai." Tetapi halangan yang anda lihat itu mesti ada jalan penyelesaianya, kan? Cuma anda tidak berusaha.

Maka anda pun bergerak semula, tanpa henti, tanpa jemu. Tiba-tiba, tanpa disedari, anda pun sampai ke tujuan anda, dan anda pun melompat gembira. Selepas beberapa ketika, kita pun melihat balik, dan merasa, eh, tak susah sangat pun halangan tu! Macam tak ada pun halangan itu.

Nah, seperti tiada halangan bukan? Cuma tiba2 halfway, terhenti sekejap, sebab give up. Halangan itu sebenarnya akan tiada selepas kita menghadapinya. Cuma diri kita sahaja menjadi penghalang diri sendiri.

Wallahua'lam. Renungkanlah.

Monday, March 2, 2009

0010 - F

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama sekali, minta maaf, tiada update hari ini, urgent lisan BM memanggilku. Renung sajalah huruf di sebelah ini, iaitu F. Apakah perasaan anda jika fail? Atau apa2 yang berkaitan dengan huruf F. Wassalam.

Sunday, March 1, 2009

0009 - Katakanlah...

<>

Ah, assalamu'alaikum... dan semoga saudara atau saudari dilimpahi rahmat oleh Allah dan mendapat pengajaran daripada coretan ana ini.

Yea, akhirnya ana pun baliklah daripada duduknya ana di sekolah kerana menjalani kursus kepimpinan pengawas buat julung-julung kali dan buat kali terakhir... sedihnya. *sniffsniff*

Awal-awal, macam terasa, apalah ana buat sini? Macam takde apa2 jer, leadership? Kan kena buat leadership tu, bukannya kena dengar cakap orang jer? Fikirjelahsendiri.

Baiklah, kita start dengan gambar hari ini! Oh, ada orang, yang mengatakan TIDAK. Dan segak memakai baju sekolah pulak tu. Wah.

Mesej yang hendak disampaikan berkaitan dengan aktiviti malam kedua kursus kepimpinan tu. Macam nilah, fasi suruh duduk kumpulan, pastu tetiba suruh keluarkan seseorang dalam setiap kumpulan yang difikirkan tak guna. Useless.

Ana pun duk gelabah la, fikir2 awal pagi tadi, buat salah ke ana? Buat silap ke ana? Patut ke ana berdiri? Fasi asyik duk sergah2 ni! Tensyen, pastu ada satu kumpulan banin sumer naik, pastu semua banin berdiri. Protes pertama, walaupun tanpa suara.

Fasi pun masih sergah, cakap bajet pandai kenapa semua berdiri, padahal sorang je diminta. Haa, pastu 3 orang jalan ke depan, terharu ana tengok, tapi takyah taip sini lah. Fasi suruh duduk, teragak2 sikit mula2, kesian tengok 3 orang tuh. Lama2 pun duduk. Orang tadi keluar. Fasi mintak lagi sorang dr kumpulan, maka 3 orang berdiri lagi. Terharu lagi ana. Pastu fasi tetiba marah2, suruh kata tak kisah, tak kesian la. Rrrr, sumer pun berdiri keluar dari surau.

Tengok orang keluar tadi berdiri kat dataran, sorangnya tengah cakap2. Fasi yg jaga diorang, pulak sergah kami yang datang nak ambil kawan. Lama tercegat, kadang2 orang yang tadi pun menyampuk. Orang lain ramai2. Senyap. Lepas tu, tiba2 ada satu suara dari ramai2, membantah fasi cakap orang yang dikluarkan tadi lemah. Katanya bukan lemah, tapi mantap kerana keluar supaya anak buah x dianggap lemah.

Barulah orang tadi ramai2 mula berdebat ngan fasi yg jaga tadi. Last2, semua pun selesai, beratur, fasi mintak maaf sebab terpaksa jadi plastik (olok2) untuk aktiviti nih. Baru ana terasa nak hargai rakan seperjuangan.

Maka! Pengajaran yang didapati dari post ini! Ialah! Kita mesti berani menyuarakan pandangan kita apabila pendirian kita tergugat! Dan! Kita mesti menghargai rakan seperjuangan (dalam kes ini pengawas) supaya kita tidak bersendirian!

RENUNG! Tak penting: Ana masih nak tikam Siddiq ngan tembikai la.

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran