[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, March 9, 2009

0016 - Kemasaman Cuka

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua hadirin sekalian. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada majlis ilmu ini. Insya-Allah.

Balik daripada bengkel BM... okeh jugak daripada semalam. Takde rasa sejuk macam semalam, rasa lebih fokus. Mungkin sebab semalam tak bagi perhatian sangat kot.

Apaapepun, ana dapat banyak pengajaran daripada bengkel tuh, harap2 bole dapat a1 bm, hahah. Tekniknye pun banyak macam cikgu Wasitah punya, so boleh dipercayailah rasanya.

Baiklah, habis rentetan hidupku buat hari ini, kita berbincang tentang gambar yang telah kulukis dalam beberapa saat menggunakan mouse. Begitulah rupanya, botol berisi sesuatu. Sesuatu itu sepatutnya ialah cuka.

Cuka itu ialah sesuatu cairan yang digunakan untuk memberi rasa kepada makanan. Sekarang, siapa tahu cuka dibuat daripada apa, silalah angkat tangan! Ya, anda di sana, silakan. Jawablah soalan ini untuk semua.

"Uh, cuka dibuat daripada arak, kan?"

Ya, betull!!!!! Terima kasih kepada penjawab soalan kita, sila duduk, anda akan menerima biskut coklat anda untuk dinikmati sebentar lagi. Ya, semua, cuka dibuat daripada menapai alkohol, atau lebih tepat lagi (untuk murid kimia form 5) etanol. Proses pengoksidaan etanol akan menghasilkan apa yang dikenali sebagai asid etanoik (ethanoic acid) atau nama lainnya, asid asetik.

Sekarang, apakan yang ana nak cakap di sini. Alkohol dilarang untuk diminum, bukan? Sudah dikatakan dalam dalil dalam al-Quran, al-Maaidah ayat 90, "Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pujaan berhala, undian nasib melalui anak panah itu kotor dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Tetapi, mengapakah cuka itu halal? Cuka itu datang daripada sumber arak, fikiran kita, bukankah ia sepatutnya haram? Cuka itu halal kerana sudah bertukar komposisi kimianya, supaya ia tidak lagi memabukkan peminumnya dan memudaratkan, tetapi hanyalah sebagai perasa. Malah Rasulullah sendiri suka menggunakannya selain madu, minyak zaitun dan garam.

Baiklah, daripada semua ini, apakah analogi yang boleh didapati? Orang yang seburuk manapun, masih berpeluang menjadi orang yang baik, walau segunung dosanya. Ana pun ada kawan yang menjadi bukti hidup fakta ini, tapi tak nak cakaplah namanya. Malu pulak karang. Hahahah.

Wallahua'lam. Maka renungkanlah...

Sunday, March 8, 2009

0015 - Imaginasi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salaam sejahtera kepada semua pembaca web log ku ini, semoga Allah merahmatimu dan memberimu hidayah.

Yay, baru jer balik dari bengkel math, haiz, kenapalah ada bengkel. Alhamdulillah takde bengkel nanti cuti. Boleh gi balik kampung tengok rumah pakcikku yang hampir siap huhuhuh.

Takpelah, dapat jugak ilmu, ataupun atleast buat makcik yang set up bengkel ni happylah sikit. Cuma kalau motivasi takde boleh tak? Macam takde guna jer. =_x

Baiklah, mari kita melihat gambar yang telah ana buat dengan kemalasan yang meningkat, haha. Itu dia, selipar. Tapi bukan selipar biasa! Selipar ini dibuat dari getah keping! dun Dun DUNNNNNNN hahah.

Baiklah, kalau nak refresh balik sejarah, selipar getah keping nih dicipta oleh orang Melayu... apabila.... dijajah oleh orang Jepun!! Jika anda telah menerka jawapan ini sebelum membaca perenggan ini, hadiah anda ialah sekeping biskut coklat! Yay~

Yalah, fikirkan dahulu. Orang Jepun, apabila datang ke negara kita, bawak macam-macam slogan itu ini, asia untuk orang asialah, itulah inilah, kita pun terpedaya hasil propaganda Jepun, bersekutu dengan KMM yang tidak tahu menahu keinginan Jepun sebenar.

Tapi, tiba-tiba, mereka ni pulak nak gerudi kepala orang tanah melayu masa tu, pastu masukkan campuran budaya Jepun masuk ke dalam otak kita. Kita pun terkekang, pastu dalam kesusahan tu, kita mula berfikir.

Kita berfikir apa? Kita fikir cara untuk memudahkan hidup. Itulah naluri manusia, hendakkan yang lebih mudah untuk dirinya. Salah satu idea yang tercetus itulah... selipar yang diperbuat daripada kepingan getah...

Maka daripada cerita dahulukala ini, apakah pengajaran kita? Tekanan diperlukan untuk mencetuskan imaginasi orang biasa, orang yang sebelum ini mendatar sahaja. Kita pun kadang-kadang memerlukan sedikit tekanan untuk kick-start, haa, macamlah PMR & SPM! Tekanan itu yang gerakkan kita untuk belajar, untuk memajukan diri. Maka bersyukurlah kepada Allah kerana ujiannya membolehkan kita lebih kuat.

Wallahua'lam. Renunggggg~

Saturday, March 7, 2009

0014 - Bzzzzap

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada pemilik mata yang membaca coretan ini, atau telinga yang mendengar orang lain membaca coretan ini, atau mungkin tangan yang suatu hari membaca coretan ini dalam Braille. Hahahah.

Baru saja balik dari solat sunat hajat dari surau sekolah buat generasi 15 dan 17... sungguh ramai yang datang, walaupun ada yang lewat, seperti ana... xP

Maka dapatlah ana beberapa ilmu, antaranya amalkan surah Insyirah, minta dengan kesabaran dan solat dan sebagainya yang bermanfaat, ditulis disini supaya ana ingat dan anda dapat. :D

Baiklah, habis cerita buat hari ini, kita lihat pula lukisan ana hari ini!! Hoyeah... itu dia, sebuah menara... erm, kabel elektrik. Ana pun tak tahulah nama rasminya, kita panggil menara elektrik jelah. Senang cerita..

Baiklah, fikirkan dahulu. Kita hidup di akhir zaman, di mana semua benda sudah semakin senang untuk kebanyakan orang. Hidup kita tidak perlu bercucuk tanam, tidak perlu menternak ayam lembu kambing, tidak perlu memburu apa2 langsung. Duduk dengan aman di rumah.

Hampir seluruh dunia dikuasai kuasa elektrik. Komputer yang anda sedang guna untuk membaca ayat ini juga dikuasai oleh elektrik. Jam anda dikuasai elektrik. Lampu anda dikuasai elektrik. Semuanya, dikuasai elektrik, ciptaan Allah yang sangat berguna buat manusia ini.

Ana pernah dengar satu kata, "Lebih maju satu tamadun itu, lebih jauh tamadun itu akan jatuh jika dirosakkan." Kita sekarang berada di kemuncak kemajuan tamadun. Oklah, mungkin takde lagi kereta terbang kat mana2, tapi memang ada prototaip yang boleh gerak.

Bayangkan jika salah satu daripada menara di atas rosak. Tentu satu tempat akan mengalami blackout. Habis semua alatan elektrik. Walaupun ada yang guna bateri, lama2 akan habis juga kuasanya. Kalau pagi2, haaa, mulalah tercari2 terhuyung-hayang lilin kat mana.

Hakikatnya, kita ini seperti berada di atas tebing yang tinggi, tetapi sangat kecil cantumannya kepada bukit kecil. Memang kita berada tinggi, tetapi jika tebing itu terpecah dari bukit dengan izin Allah, hah, jatuhlah kita jadi 'kelepek' di tanah. Seperti kala jengking dalam The Pearl, bagi yang membaca novel form 5 nih.

Ya, wallahua'lam. Renungkanlah...
(ps: jangan lupa bengkel math esok yea?)

Friday, March 6, 2009

0013 - Rakan Lama

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada anda seorang pembaca tulisan manusia lain yang tidaklah sebegitu hebat.

Yea, hari ini baru saja ana terduduk dalam kereta, termenung sementara ayah ana mengisi minyak kereta yang sudah hampir kering, lalu ana pun membuka ruang simpanan dekat tempat duduk co-driver.

Ah, terjumpa pun, sebuah al-Quran yang kecil, tidak besar. Muat2 dalam poket ana. Ingat nak bagi orang, takde guna, tapi ditanya ayah ana bila beli. Katanya kat Jordan dulu, umi punya.

Hasrat itu pun terbatal. Dibelek Quran itu, masih nampak baik, walaupun berkedut di sana di sini. Dengan perasaan gembira di hati, ana pun letak di poket. Letak di meja bilik ana.

Baiklah, itu renungan ana. Kita renung pula lukisan ana ini. Kelihatan, oh, teddy bear. Wah, sungguh cute. Kalau tak cute pun gambar di atas, bayangkan seekor teddy bear yang pernah anda miliki sewaktu kanak-kanak. Gambarkan, adakah ia kecil, besar, warnanya apa, adakah ada mata terkeluar dan sebagainya.

Adakah anda masih ada teddy bear itu? Jika ya, pergi ambil. Sekarang. Sebelum meneruskan bacaan anda. Jika sudah tiada, ambil mana2 teddy bear dan teruskan membaca. Jika tiada, bayangkan anda memegang teddy bear.

Fikirkan, sudah berapa lama anda meninggalkan mainan kecil ini? Sudah berapa lama si kecil (atau besar) ini tidak memberi anda kegembiraan? Sekarang, kegembiraan kita ialah rakan-rakan. Manusia, yang sudah ada keinginan untuk kegembiraan. Mungkin mereka tidak memberi kegembiraan kadang-kadang, apabila mereka sedih. Tetapi beruang ini, sentiasa senyum, sentiasa ingin mencerahkan hari anda.

Peluk beruang itu sebentar, rasakan memori memeluk beruang itu kembali, dan kenangkan waktu kanak-kanak, zaman carefree, zaman sungguh tidak mengetahui, tidak matang, sungguh gembira waktu itu.

Sekarang, kita sudah menjadi matang, responsible, boleh dikira amalan kita. Memanglah kita perlu matang di depan orang lain, itulah keadaan sosial kita. Tetapi, kadang-kadang, renunglah masa muda dahulu, supaya anda tidak lupa apabila membesarkan anak anda pula.

Sekarang, anda tahu asal-usul nama blog ini. Renungkanlah.

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran