[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Sunday, April 5, 2009

0043 - Memori

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua yang ana rasa sudah besar-besar belaka. =)

Seperti yang dikatakan semalam, peta minda ekonomi form 4. Mungkin ana buat lagi kimia form 4 & 5. tak tahu, ikut kerajinan. Kalau nota fizik ada kat blog ni.

Bengkel bahasa Inggeris tadi, er, oklah jugak. Masalahnya, makan pagi fat rice, so tersungkurlah ana buat sementara. Nasi lemak ni memang ubat tidur kot, power sungguh.

Baiklah, kita mulakan tazkirah yang ana ingin sampaikan pada hari ini. Gambar yang ana lukis pada hari ini menggambarkan seorang manusia yang telah cuba mengingati sesuatu, tetapi kehilangan memori itu.

Apakah itu memori? Memori ialah simpanan sesuatu peristiwa yang disimpan oleh otak kita. Otak kita menerima stimulus atau rangsangan daripada dunia luar dan merekodnya. Itulah yang dipanggil memori.

Walaupun kita masih tidak dapat menggarap konsep memori sepenuhnya kerana otak kita pun masih belum dibongkar rahsianya, kita ada juga mendapat tips untuk menyimpan memori dengan lebih baik, seperti imaginasi dan menggunakan warna dan perkaitan.

Memori itu seperti satu benda yang hidup. Jika kita jaganya dengan baik, terus memori itu akan kembali kepada kita. Jika kita abaikan, memori itu payah untuk kita panggil balik. Kalau dapat pun, mungkin hanya cebisan-cebisan sahaja.

Kita menyimpan kebaikan dan keburukan dalam memori. Kita boleh dicaci, dikutuk, dikecam, dipermainkan, dan kita masih boleh menyayangi orang yang mengutuk kita itu. Tetapi jika orang itu melupakan kita, apakah yang lebih melukakan hati daripada itu? Orang caci, kutuk, kecam Allah, tapi adakah Allah lupakan kita? Tidak sama sekali. Kalau kita pula?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Saturday, April 4, 2009

0042 - Perangkap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera ana ucapkan kepada banin dan banat yang ana kasihi sekalian.

Oh yea, esok ana ada sedikit sesuatu untuk pembaca blog ini yang berada dalam kalangan pelajar menengah atas. Tunggu yea, hampir habis.

Ahhh, adik kecik ana tak nak pegi tuisyen, duduk sorok-sorok diri kat dalam bilik. Bila cakap kat dia, "umm umm" pastu senyap. Haiiissshhh.

Baiklah. Gambar yang ana lukis pada hari ini, yang original dan tidak diciplak atau diplagiat (betul ke perkataan tu? ><) yang menunjukkan seorang manusia sedang duduk murung di belakang gate yang dikunci dengan mangga besarrr.

Okeh, kalau diberi pilihan, adakah anda bersedia untuk pergi ke luar rumah dan pergi berbasikal macam, 20 kilometer ke? Pastu duduk situ sekejap, cakap-cakap dengan orang lalu-lalang, lepas tu balik. Kalau ya, *tepukan* kalau tidak, haha, anda seperti saya. :)

Baiklah, mungkin contoh tadi sedikit ekstrem, tetapi itulah yang ana ingin ketengahkan hari ini. Secara mudahnya, adakah anda bersedia untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan harian anda? Macam, untuk orang yang duduk di belakang kelas, bila cikgu mintak orang ke depan, terus berdiri dan kata "saya, cikgu."

Kan bagus kalau kita semua begitu berani? Berupaya untuk melakukan sesuatu di luar zon keselesaan kita. Meneroka ke dunia baru yang mungkin kita tidak pernah lihat sebelum ini. Kalau kita tidak keluar dari zon selesa ini, kita tidak akan mengecapi perkara sebegini.

Jika kita tidak keluar dari bawah selimut kita, terketar-ketar, kita tidak akan berupaya memberikan dakwah sebagai da'ie seperti dalam ayat al-Quran berikut:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan. (al-Muddathhir: 1-2)
Kita pun akan terperangkap dalam selimut kita, terperangkap oleh diri sendiri. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

Friday, April 3, 2009

0041 - Jigsaw Puzzle

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana harap seorang mukmin yang beriman dan percaya.

Huargh, tadi tertidur masa addmath, rasa sangat berat mata macam gantung benda berat kat kelopak mata. Ingat nak mintak maaf kat cikgu, tapi cikgu dah keluar. x_=

Eh, terjumpa plak seringgit dalam wallet yang tak sepatutnya ada kat situ. Terlupa nak bayar pakcik aiskrim goreng tu. Tak sedar. Nanti bayar isnin nanti ah.

Gambar hari ini, orait, orait. Kelihatan beberapa keping jigsaw puzzle, satu permainan yang sangat menarik perhatian ana. Kalau budak main pun ana kacau. =P

Jigsaw puzzle ini sangat menarik, di mana kita semua cuba cari tempat kita nak letak setiap satu bahagian di tempatnya, kalau tak nanti tak dapat selesaikan dan menang.

Biasanya, kita lihat yang tepi-tepi tu yang masuk dulu. Kita letak satu persatu menggunakan gambar yang disediakan. Lepas tu kita perah otak nak cari perkaitan antara cebisan-cebisan tersebut dan letak di tempatnya. Last sekali mungkin kita hilang satu dua bahagian kita tercari-cari, dan letak di tempatnya. Habis.

Kalau dalam hidup, ada yang mendapat hidayah pada awal hidup, dilahirkan dalam islam. Itulah bahagian tepi. Bahagian tengah pula orang yang berusaha untuk mendapat hidayah. Semuanya saling melengkapi seperti saudara seislam. Apabila satu tersesat, semua berganding bahu mencari-cari supaya dapat memberi hidayah kepadanya.

Bukankah ini gambaran persaudaraan dalam Islam yang sempurna? Bukankah jigsaw puzzle yang kita ada sekarang hanya perlu diselesaikan? Cuma jigsaw puzzle kita sangatlah kompleks dan payah diselesaikan daripada permainan itu yang dicipta manusia.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Thursday, April 2, 2009

0040 - Siapakah Itu?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana hargai sebagai pembaca tulisan ana.

Hahaha, hari ini adik pergi gunting rambut. Kepala rasa cam sakit, tapi tak nak gunting ana punya rambut. Lagipun dah mandi. Taknak mandi lagi.

Hurm, sesiapa yang baca sekarang akan nampak header blog atas tu dah hilang. Siapa boleh tolong bagitau ana camne nak baiki boleh? :)

Baiklah, tazkirah hari ini terima kasih kepada adik ana yang memberi ana idea secara spontan. :) Gambar itu menggambarkan seorang manusia melihat ke cermin. Lihat, orang di cermin itu sama tak? Sama, tapi tak serupa.

Pernahkah anda melihat cermin dan melihat orang lain dalam cermin? Seperti bukan muka anda yang melihat balik? Mungkin begitu semasa kita marah ke, mengantuk ke, atau mana-manalah yang memberi kesan ke muka kita.

Kerapkali perkara ini berlaku kepada bukan saja fizikal kita, tapi akhlak dan sahsiah kita pun ada jugak macam ni. Macam kita selalu baik-baik kat rumah, tetiba kat sekolah, kawan dengan orang tak sepatutnya, jadi samsung. Eh, samseng.

Beginilah kriteria orang bermuka dua. Hypocrite, dua personaliti, cakap tak serupa bikin, macam-macam label ada, tapi yang menyentuh Islam, munaafiq. Munafiq ini pada perbuatan atau lebih dahsyat pada hati. Ke terbalik? Ana tak tahu. Fikir jelah.

Munafiq, seperti yang anda semua tahu, akan masuk ke neraka yang paling bawah sekali, so yang paling menyeksakan. Tak nak macam tu kan? Biarlah orang yang kita lihat dalam cermin itu benar-benar diri kita yang suci dan bersih, supaya dapat cari keredhaan Allah. Insya-Allah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran