[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, May 4, 2009

0071 - Perangkap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang membaca untuk mendapat ilmu dan pengajaran.

Tengah taip, tengah buat homework bahasa melayu. Sekarang, hampir siap karangan yang memerlukan isi. Yang lain cuma ingin dihabiskan sahaja. Alhamdulillah.

Nampaknya, daripada pengakuan rakanku, gerakan kepala botak telah pun dibubarkan kerana kemelut dalaman. Ana sedih melihat gerakan yang sungguh berkaliber ini pergi begitu saja. Tidak mengapalah. XD

Lawak pun lawak, kita mulakan tazkirah yang separuh masak ini sajalah. Gambar yang dilukis untuk menghiburkan diri ialah seorang manusia, yang terperangkap dalam satu sangkar daripada pandangan atas.

Bagaimana rasanya apabila kita terperangkap, dan tidak mengetahui mengapa kita diperangkap? Tentu kita akan merasa marah, bukan? "Mengapa aku dikurung begini! Aku mahu keluar!" Begitulah jika manusia dalam gambar itu boleh bercakap.

Kalau orang itu diperangkap atas alasan dan motif yang benar, tetapi tidak dijelaskan kepadanya, samalah reaksinya seperti jika tiada motif. Hanya apabila orang dikurung itu menyedari sebab dikurung dan menyedari kesalahannya, barulah dia tidak akan merasa marah.

Jika ada kelihatan coretan ini berkaitan dengan suatu akta yang anda semua tahu, bukan itu maksud ana. Maksud ana ialah hari ini, terdapat orang yang diajar mengikut ajaran Islam tanpa mengetahui sebabnya. Tentu dia memberontak, kerana Islam ini meletakkan batasan pada nafsu manusia.

Kalau tak tahu sebabnya, tentulah dia berkata, kenapa Islam ni kekang sangat kebebasan aku? Ikut suka akulah nak buat maksiat! Maka, kita perlulah memberinya sebab musabab mengapa undang-undang dan syariah Islam dilaksanakan, hikmahnya. Barulah orang akan menerimanya dengan baik, dan kehidupan Islam dapat dilaksana dengan kerelaan orang.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~!

Sunday, May 3, 2009

0070 - Peninggalan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, moga-moga anda sentiasa di bawah perlindungan Allah.

Pertama sekali, ana ingin minta maaf kepada fellow usrah ana kerana tidak dapat datang ke futsal yang telah dikatakan. Tak tahu pula dimesej, sebab telefon bimbit itu bukanlah kepunyaan ana.

Lagi satu, maaf kepada pembaca kerana kebelakangan ini, update semakin lewat dan ada ana terlepas satu hari dalam aturan ana, jadi maaf yea~ 0_____o

Tazkirah yang difikirkan pada hari ini akan bermula sekarang. Gambar yang dilukis pula menggambarkan waktu malam, tetapi ana ingin menyentuh tentang bulan yang sedang bersinar di tengah itu.

Bulan hanya akan nampak sinarannya dengan jelas pada waktu malam, bukan? Tetapi, adakah bulan itu bintang, seperti matahari? Tidak, bulan hanyalah seketul batu yang mengorbit bumi, sebagaimana bumi mengorbit matahari.

Jadi, bagaimana bulan mendapat cahayanya yang serba putih itu? Bukan daripada dirinya sendiri, tetapi daripada sinaran matahari. Sinaran matahari? Bukankah matahari sudah terbenam dan meninggalkan penglihatan kita? Tetapi masih diberi cahayanya melalui bulan. Hebatkan ciptaan Allah?

Matahari ingin ana analogikan kepada ulama' terkemuka yang hebat-hebat dan berilmu dahulu itu. Ulama' itu sinaran ilmunya jauh lebih terang daripada kita, tetapi kita masih boleh mempelajari ilmunya dan menyebarkan kepada orang lain.

Ulama' dahulukala sudah mati, tetapi kita masih boleh menyebarkan cahayanya, seperti bulan menyebarkan cahaya daripada matahari yang sudah terbenam. Manfaat ilmu itu, kita sebar, kita dapat pahala, ulama' dulu pun dapat pahala. Kan best tu? =D

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Saturday, May 2, 2009

0069 - Awan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang kemungkinan sedang tidur pada masa ana menaip ini.

Kebelakangan ini, ana rasa semakin banyak menggunakan komputer untuk menulis dan berinteraksi dengan orang. Selama ini, main game banyak je. XD

Fikiran sekarang berada di awang-awangan... tidak tahu apa itu halangan... tidak mengerti apa itu kemalangan... hanyalah arus kehidupan, kematian...

Gah, bosan. Teruskan dengan tazkirah kita! Gambar yang kita lukis hari ini... ah, ah... awan! Cantik kan awan, kan, kan? Awan... sungguh cantik...

Awan itu, dengan sekali pandang saja, nampak seringan kapas. Nampak seperti tiada halangan, tiada batasan. Tetapi, mengeluarkan hujan, kadang-kadang sangat lebat. Eh, tengah hujan pulak sekarang. 0_0

Tetapi, kalau kita tunjuk kepada budak yang tak tahu apa-apa, lepas tu kita tanya dia, awan tu dibuat dari apa? Tentu dia cakap sesuatu, tapi ana rasa tidak akan berkaitan dengan hujan. Kalau tak tahu awan keluarkan hujan.

Apakah yang anda fikir budak itu akan cakap? Mungkin dia cakap, awan tu dibuat dari kapas! Ataupun, awan itu gula-gula kapas! Lagilah. XD Kalau kita lihat saja awan secara fizikal, kita tidak tahu bahawa awan mengandungi air.

Sama seperti orang. Jika kita melihat orang secara fizikal, kita tidak mengetahui apa yang disimpan oleh orang itu. Oleh itu, kita mesti menilai sesuatu dari semua segi sebelum membuat kesimpulan tentangnya.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Friday, May 1, 2009

0068 - Kekunci

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua yang ana kini semakin rasa lebih dekat dengan ana.

Study group~ memang best! Dapat jumpa kawan-kawan, rasa pelajaran lebih 'lekat', memang berkesan. Boleh belajar kat mana-mana pun (yang ada whiteboard lagi best!)

Arghhh, terluper nak update pagi tadi, jadi terima sajalah update yang ana buat petang ni sebelum ana balik dari uia nih.

Baiklah, kita mulakan majlis ilmu kita buat hari ini, yek? Gambar yang dilukis itu, maaf jika sedikit rongak, menunjukkan tombol pintu berlubang kunci, dengan sebuah kunci.

Rasa-rasanya, kalau guna kunci itu, boleh buka ke pintu itu? Cuba tengok-tengok sikit dimensinya. Aha, terlebih panjang sikit. Mana nak muat, bukan? Kalau tak muat, mana nak dibuka pintu.

Lagi-lagi, kalau kunci tu muat pun dalam lubang kunci, tak semestinya kunci tu dapat membuka pintu itu, betul kan? Kunci itu mesti mempunyai bentuk di hujung yang bertepatan sekali dengan bentuk yang ada dalam lubang kunci. Kalau tak, pusinglah manapun, tak terbuka pintu tu.

Macamlah kita dengan masalah seharian kita. Kalau kita terburu-buru, hentam guna apa aje untuk selesai masalah, tentu tak dapat diselesaikan dengan baik, kan? Kalau dapat pun, taklah elok sangat hasil akhirnya.

Kita perlu mencari penyelesaian yang tepat bagi setiap masalah untuk mendapatkan hasil yang paling baik. Macamlah kunci, mungkin ada yang muat, tapi hanya satu atau beberapa saja yang dapat diputar sepenuhnya dan membuka pintu itu.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran