[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Wednesday, April 1, 2009

0039 - Inginkan // Milikkan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda daripada ana, seorang manusia yang hanya berpesan dengan kebenaran, insya-Allah.

Yeaaaa, baru hari ni dapat scanner/printer! Balik dari meeting pengawas, bosan nak mampus, tengok-tengok, ada pulak kotak ni dekat bilik stor. Alhamdulillah, syukur.

Monitor baru pun ada, tapi widescreen, pelik pulak main game, penyek screen. Asalnya monitor ni beli nak buat kerja ayah ana, tapi takdirnya, laptopnya tak boleh guna dengan monitor baru ni. So ana dapat. Alhamdulillah, syukur.

Tazkirah pada hari ini berkaitan dengan gambar yang telah ana lukis, masih dengan photoshop dan tetikus, tidak menggunakan pensil dan scanner, yang menunjukkan seseorang menginginkan sesuatu yang tidak diketahui.

Tentu anda pernah melihat sesuatu dan ingin memilikinya, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya? Seperti result 9A untuk PMR, 11A+ untuk SPM, anda jika murid yang membaca ini, tentu bertungkus lumus untuk mendapatkannya. Rasa best kan bila usaha, memikirkan resultnya?

Tapi, bila dah dapat, seketika lepas tu, pernah tak anda rasa macam, ah, ni macam takde apa-apa pun. Rasa biasa jer. Takde rasa nak raikan lagi pun. Nak lagi benda lain. Tengok benda lain, fuh, tungkuslumus lagi. Dan perkara ini berulang kali.

Fikirkan, kalau begini, hidup kita ini sebenarnya perjalanan untuk mendapat bahagia di akhirat. Tanamkan rasa diri seronok seperti seronok usaha dapatkan benda di dunia. Pasti anda lebih bermotivasi untuk teruskan usaha beribadah kepada Allah untuk mendapatkan keredhaannya.

Kesimpulannya, usaha untuk mendapatkan sesuatu lebih best daripada memiliki benda tu sendiri. So enjoylah ujian anda di dunia ini. Ok? Wallahua'lam, renungkanlah. Wassalam.

Tuesday, March 31, 2009

0038 - Pelindung yang Tidak Dihargai

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, orang yang masih bergelut dalam dunia, iaitu ujian yang singkat bagi mukmin.

Ahh, alhamdulillah, ketika ana taip ini ana sedang dalam perjalanan untuk menyiapkan esei bahasa melayu yang tidak siap lagi. Bila dakwat penku kering, aku mencari pen lain, dan syukur, ada dakwat.


Ana terasa seperti bersalah pula semalam, ana cakap sesuatu pada seseorang, tetapi tengok-tengok, tak benar. Gelabah mulanya, tapi akhirnya ana diberi penjelasan: kalau tak sengaja, dimaafkan. Phew.


Apaapajelah, kita mulakan dengan tazkirah yang ana ingin sampaikan pada hari ini. Lihat gambar yang telah ana lukis dalam masa kurang satu minit dengan malasnya, iaitu orang yang berjalan tengah hujan di bawah payung.

Baiklah, hujan. Hujan itu ialah air yang diturunkan dari langit. Satu penjelasan makna yang mudah. Persepsi orang terhadap hujan pula berbagai-bagai. Ada yang mengatakan bahawa hujan itu rahmat, ada yang mengatakan bahawa hujan itu menyusahkan dan lain-lain pendapat yang ana tidak nyatakan di sini.

Hujan itu sering tidak dihargai oleh kebanyakan orang yang mempunyai persepsi negatif tentangnya. Ana nyatakan pendapat berlainan di atas kerana ana ingin membincangkan pendapat ini sahaja, iaitu majoriti. Hakikatnya, hujan itulah pelindung manusia daripada kematian.

Mengapa? Kerana tanpa hujan, kita tiada sungai. Tiada kitaran air. Tiada takungan air. Pokok tidak hidup. Haiwan darat tidak hidup. Hanyalah air laut masin yang tidak berguna dalam keadaan asalnya. Ya, mungkin hidupan laut boleh hidup, tetapi darat akan menjadi padang pasir yang luas dan tidak hidup.

Hujan ini apabila tidak berfungsi sebagai pelindung, bertukar menjadi pemusnah. Banjir, tanah runtuh, kerosakan dan sebagainya. Bayangkan kalau orang tidak dihargai, tentu marah, bukan? Begitulah juga umpamanya (bukan sebenarnya) hujan.

Entahlah kalau mesej yang ana nak sampaikan ni masuk ke tak. Melihat di atas, macam serabut lah sikit. Harap-harap masuk. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Monday, March 30, 2009

0037 - Ding

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada manusia-manusia yang tidak ana nampak pada waktu ini.

Yea, Ana memberi tahniah kepada adik ana (anak kedua) yang baru saja bertukar umur sepuluh mengikut kalendar masihi, 30 Mac 2009. Kek tu dia tak makan, tak nak kek pisang. So ana makan. =P

Kepada sesiapa lain yang juga bertukar umur pada 30 Mac, ana ucapkan juga selamat hari lahir kepada anda, di mana saja anda berada. =)

Tazkirah yang ana akan berikan pada hari ini juga berkenaan dengan hari lahir, kelahiran dan umur. Kalau terfikir umur, apa yang anda fikir? Umur panjang lagi? Umur itu hanya satu nombor? Umur tiada kepentingan?

Bagi ana, umur itu hanyalah ukuran berapa lama kita di bawah rahmat Allah, bahkan lama sebelum tu lagi, ketika ditakdirkan penciptaan KITA nun masa Luh Mahfuz dicipta dan ditulis oleh Allah. Rahmat Allah itulah kewujudan kita. Dengan "Kun" Allah, kita boleh hilang lenyap tanpa kesan apa-apa pun.

Hari ulangtahun kelahiran itu dilihat sebagai satu hari untuk meraikan seseorang itu kerana telah melalui satu tahun kehidupan. Kita renungkan diri sendiri pada hari itu, apakah yang telah aku lakukan pada tahun lepas? Adakah aku telah mencapai sesuatu yang bermakna? Adakah aku lebih dekat dengan Allah?

Ingatlah bahawa satu tahun lebih, satu hari lebih, satu detik lebih lagi hidup kita ialah satu langkah yang membawa kita lebih dekat dengan detik apabila kita dijemput oleh malaikat maut. Mengingati hari lahir ialah satu cara untuk kita mengingati mati dan muhasabah diri. Kita boleh mencari kelemahan diri dan perbaiki untuk masa depan kita.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Sunday, March 29, 2009

0036 - Lawak Lughah

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang mempunyai komputer yang sudah tentu mahal. Kalau pinjam tu, lainlah. =)

Baru hari ni balik daripada bengkel bahasa arab tinggi, dan memang amat bermanfaat kepada ana. Tak pernah ana terfikir teknik-teknik begitu untuk dapat markah. Rugi orang tak datang.

Ada satu masa dalam bengkel tu ustaznya bagitau lawak-lawak yang dibuat calon bat spm. "Ana zahaba ila baiti anta. Ana wajada anta la wajada." BAHAHAHA. "Wajada masjid fi ayna-ayna fi malizia." XD

Baiklah, bengkel hari ini memberi inspirasi ana untuk menceritakan satu kisah yang diceritakan oleh ustaz Hasnan pada tahun lepas. Pengajarannya ada, jangan risau.

Kisahnya begini, ada seorang mamat ni baru pergi study kat Jordan, kita kasi nama dia Bob. Bob pegi kat bilik, ada senior mintak tolong belikan kad prepaid. "Aku tak tau bahasa arab kad prepaid." kata Bob. Senior tu cakap suruh pegi cakap "bitaqah bazinjan" kat tauke kedai tu.

Bob pun pergilah ke kedai dan terus cakap kat tauke, nak "bitaqah bazinjan". Tauke tu pun kebingungan, katanya takde. Bob pun cakap lagi, kot tak dengar kot tauke ni. Tauke ni pun terus cakap, takde, lagi bingung dan fikir si mamat ni betul ke otak ni?

Bob pun balik ke biliknya, dan ada cakap kat kawannya, kenapa kedai tu takde kad prepaid? Kawannya cakap, kau cakap apa kat tauke kedai tu? Bob pun cakaplah, "bitaqah bazinjan" Kawannya pun tergelak nak menangis. "Ya Allah, bitaqah bazinjan tu maksudnya 'kad terung' laa!"

Moral of the story, janganlah terus percaya kat kata-kata orang. Selidik dulu, suruh dia keluarkan penyataan ingkari (dengan kata penekan 2 atau lebih - topik bahasa arab tinggi) barulah percaya. Jangan mudah diperdaya. Ok?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran