[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Thursday, April 30, 2009

0067 - Iqra'

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang dirahmati Allah dan dilimpahkan kurnia-Nya.

Ah, update semakin lewat pagi! Pelik pula, pagi tadi adik ana yang selalunya liat pagi bangun awal pulak. So tertolak pula update ke pukul 6.

Sekolah ana rasa semakin memberatkan... ujian ini menguji kesabaran... tidak mengapa. Nanti ulangkaji intensif... heh, bebas sekali! =D

Baiklah, tazkirah untuk hari ini berkenaan dengan sesuatu yang memang anda semua sudah lali dan liat, iaitu yang terlukis di gambar, itulah buku.

Buku, tulisan oleh seorang penulis yang bersusah payah mencari idea dan mengarangnya dalam bentuk tulisan pada kertas untuk tatapan umum. Banyak jenis buku ini, yang anda paling anti nak sentuh, tentu buku akademik, kan?

Buku ini perlu dibaca, tidak dibacakan kepada kita. Tabiat membaca ini patut dipupuk semasa kecil lagi, dengan memberi buku-buku cerita yang pendek yang mudah dibaca kanak-kanak. Bukannya buku teks yang membosankan. Kalau diberi buku teks dengan buku cerita, mana satu anda ambil dulu?

Bila sudah dipupuk, insya-Allah amat banyak faedahnya apabila besar nanti. Kalau liat nak baca buku, belajar tak masuk. Kalau dengar cikgu membebel di depan, belajar tak masuk. Kalau didengar sekali dengan rujuk buku, barulah masuk lebih sikit.

Membaca ini suatu pintu masuk ke alam baru yang penuh maklumat dan ilmu yang kita tidak pernah terfikir langsung. Bukankah menimba ilmu itu suatu kewajipan bagi muslim dan muslimah? Maka dengan itu, ambillah sebuah buku dan bacalah. Iqra'.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Wednesday, April 29, 2009

0066 - Cili Tak Pedas

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada saudara-saudari yang dikasihi Allah sekalian.

Update pagi lagi, terasa semakin best pulak bangun awal pagi ni ek? Solat pun rasa tenang semacam jer. Anda tak pernah cuba?

Sekarang pun dalam proses sedang membuat nota komsas sikit yang ana lemah. Harap-harap boleh siap form four komsas.

Tazkirah pada hari ini akan berdasarkan gambar yang dilukis, yang menggambarkan... sebuah cili? Cili yang merah menyala pula warnanya.

Pernah anda makan cili, terasa kepedasannya? Fuh, kalau yang tak pernah makan sambal pun, terkapai-kapai dah tangannya mintak tolong diberikan air, katanya mulut terbakar. XD

Tetapi, buat orang yang memang sudah banyak kali makan cili, kalau cili merah bersaiz seperti yang dilukis ni, pergh! Tak ada apa-apa pun. Kunyah jer macam chewing gum. Tidak rasa pedas, malah nak yang hijau yang lagi pedas!

Apakah yang kita dapat ambil daripada makan cili ni? Kalau cili ini dibandingkan dengan masalah-masalah dalam hidup, cili besar merah macam masalah kecil, nampak besar dan menakutkan, tapi memang sikit aje dibandingkan dengan masalah lain.

Kalau kita makan cili berulang kali, macam kita mengharungi masalah berulang kali, kita akan lali kepadanya dan mintak yang lebih susah lagi! Kalau kita asyik mengelak masalah, kita tidak mampu menanggung masalah kecil, apatah lagi masalah besar. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa, tegal biasa.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Tuesday, April 28, 2009

0065 - Malam Bergemerlapan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana sayangi sebagai saudara seislam.

Haha, cuba update pagi-pagi lah pulak, sebab semalam umi suruh tidur awal, tak bagi buka komputer. Kalau ana tak ikut menderhaka lah kan? Tapi itu untuk tazkirah yang lain.

Bangun sekitar pukul 4.50, ana berterima kasih kepada umi juga yang mengejutkan ana. Lepas tu tahajjud sikit, yang jarang ana buat. Harap-harap boleh buat lebih lepas ni. =P

Tazkirah hari ini... akan mengatakan tentang malam dan penghuninya. Gambar yang dilukis menunjukkan pada waktu malam, ada 2 jenis orang, yang tidur dan yang jaga. Siapakah anda itu?

Malam, iaitu waktu untuk merehatkan diri daripada kesibukan dan kepenatan kerja-kerja harian. Kita tidur untuk cas semula badan kita untuk hari seterusnya. Kalau kita tidak tidur, pagi esoknya tentu kita lebih mudah tersengguk-sengguk dan akhirnya terlelap.

Tetapi apakah sunnah Rasulullah apabila waktu malam? Beliau tidur, walaupun sebentar saja, tetapi akan bangun untuk melakukan ibadah pada waktu malam, sehingga bengkak kakinya berdiri solat, seperti dalam sebuah hadis.

Kita sebagai hamba yang biasa yang tidak mampu melakukan begitu, sekurang-kurangnya boleh tidur awal dan bangun awal, seperti yang dipraktikkan. Ana pun nak cuba, sebab selama ini ana pun tidur lewat dan bangun lewat. Pukul 6 baru bangun.

Kalau payah nak bangun pagi-pagi tu, jika ibu bapa anda tidak berqiam pada waktu pagi dan tidak dapat mengejutkan anda, cubalah berniat pada malam sebelum tidur kepada Allah, ya Allah, ana ingin bangun pada pukul 4.30. Dengan izin Allah, kita akan bangun pukul 4.30, atau mungkin sekitarnya. Tapi bangunlah, jangan tidur balik, k?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Sunday, April 26, 2009

0064 - Benteng

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada si pembaca, moga-moga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

Dah berapa hari dah ayah ana demam. Darah tinggi, katanya. Baru berbekam minggu lepas rasanya. Kesian ayah ana duduk kat rumah aje.

Pagi tadi bengkel sejarah, dapat bahan baru untuk ulangkaji sejarah! Harapan untuk mendapat sejarah A1 semakin membara dalam diri ana!

Baiklah, kita akhiri coretan hidup dan mulakan peringatan buat anda dan ana hari ini. Gambar yang ana lukis, di belakang, ada hati, di tengah, ada benteng, di depan, ada manusia.

Rasanya, gambar yang ana lukis ini boleh menjadi penjelasan kepada dirinya sendiri, tapi biarlah ana menjelaskan dengan lebih detail dan ketepatan, masukkan tafsiran anda sendiri kalau nak.

Kalau hati kita tidak dilindungi oleh iman, hati akan dimakan dan dikotori oleh nafsu. Iman pula dibina dengan keyakinan yang dibina dalam hati. Dengan iman dan hati yang bersih, kita tidak pula tenggelam ke dalam kegelapan maksiat.

Nafsu pula ialah sesuatu yang memang diletak oleh Allah dalam setiap manusia. Nafsu ini boleh digerakkan oleh manusia lain. Manusia yang dimaksudkan ialah syaitan yang bertopengkan manusia. Jauhilah manusia sebegini dan pelihara hatimu.

Lihat bagaimana nafsu tidak dapat melepasi iman yang besar dan teguh mempertahankan hati. Adakah iman anda sebesar itu? Atau adakah iman anda sudah kecil, atau lebih teruk lagi, tiada? Maka apakah yang mempertahankan hati anda?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran