[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Sunday, May 31, 2009

0085 - Tua Terbongkok

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada pembaca yang masih ikut lagi perkembangan tulisan-tulisan ana ini.

Balik kampuuung~ Muar, Johor, jenguk datuk nenek sebelah ayah. Panggilan Atok, Embah. Ada lagi nenek saudara panggil nenek jer. So much love for these people :3

Terasa nanti bila dah sampai no. 101, nak tukarlah sikit format entri-entri ana ini supaya tidaklah banyak sangat ana kena taip. Lagipun 101 ni hanyalah sebagai 'projek' ana untuk tengok boleh ke ana buat. XD

Baiklah, habis bebelan tidak berguna. Mulakan bebelan berguna, dengan gambar yang sudah menjadi kebiasaan. Gambar hari ini menunjukkan seorang tua yang sudah terbongkok dan memegang tongkatnya sekali. Terlupa nak lukis orang tua ni terketar-ketar. Biarlah.

Bila kita balik ke kampung, buat orang yang masih ada lagi orang tua, pasti gembira menemui mereka. Salam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Buat yang sudah tiada lagi orang tua, doakanlah mereka dalam kubur tu. Mak ana kadang-kadang suruh ana bacakan Yasin untuk datuk sebelah mak ana yang sudah meninggal. Bacalah walaupun sedikit, Fatihah pun bolehlah.

Rasulullah pun menghormati orang tua, bahkan orang tua kafir pun dihormatinya. Mungkin pernah dengar kisah Umar dengan Yahudi buta tua. Yahudi ni kerapkali disuap makan oleh Rasulullah ketika hidup. Yahudi ni, tak tau yang menyuapnya siapa, lalu selalu mencemuh Rasulullah.

Bila Rasulullah wafat, Umar pergilah untuk membantu si tua ni. Dengar Yahudi ni mencaci Rasulullah, geramlah, lalu disuapnya dengan keras sikit. Yahudi tu cam "Engkau bukan orang yang selalu suap aku. Kau suap kasar, tak kunyah sampai lumat macam orang sebelum ni."

Umar pun tanya, "tau ke siapa yang menyuapmu selama ini?" Yahudi tu kata, tak. Umar pun bagitaulah, "Rasulullah yang kau caci tulah yang suap kau selama ni." Lihat, betapa baiknya Rasul kita kepada orang tua, buta, lepas tu kafir pulak. Kita hari ni macam mana? Mak ayah diherdik dicaci gitu je, apa lagi orang tua lain.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 26, 2009

0084 - Kekecewaan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini yang masih hidup, walaupun nyawa-nyawa ikan. XD

Habissssss peperiksaan semester pertamaku buat kali terakhir. Lepas ni takde periksa dekat sekolah lagi dah, cuma trial dan SPM saja. Terasa sedih la pulak. T_T

Semalam masa tajwid, ada satu soalan: mana waqaf hasan pada awal surah al-Haqqah. Semua tercari-cari. Penjaga kami, si Brother Bear duk tunjuk-tunjuk al-Quran dengan sengihan memanjang. Geram dan nak tergelak pada masa yang sama. =D

Oklah, blog ni untuk tazkirah kan? Ana mulakan sekarang. Dilihat gambar itu, menggambarkan seorang manusia memegang sesuatu yang kuning, mungkin kuih kot. Tapi difikirkannya benda yang lebih besar gedegang.

Pernahkah anda melalui perasaan seperti orang dalam gambar tersebut, anda mendapat sesuatu yang tidak disukai, disangkakan awalnya sesuatu yang jauh lebih hebat dan menyeronokkan. Seperti dalam istilah sastera, anti-klimaks, atau saspens yang membina kepada sesuatu yang tidak padan dengan saspens tadi.

Apakah perasaan anda pada ketika itu? Mungkin anda rasa nak menghempaskan benda itu (jika boleh pegang) ke lantai dan memijak-mijaknya dengan menjerit sekuat hati. Mungkin anda akan terima saja benda itu dengan tak puas hati dan masih menginginkan sesuatu yang lebih.

Jika anda salah satu daripada golongan yang ana sebutkan itu, janganlah berbuat begitu, kerana dengan perbuatan anda itu, anda sudah menyalahi rukun iman keenam, iaitu beriman dengan qada' dan qadar. Beriman dengan kedua-dua ini memerlukan keredaan kepada takdir Allah.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita. Mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik melalui benda yang mengecewakan itu. Mungkin itu hanyalah suatu ujian, dan jika anda tidak puas hati dengannnya, anda telah gagal dalam ujian itu. Mahukah begitu?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wednesday, May 20, 2009

0083 - Manzili

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua kakanda dan adinda yang sangat kusayangi.

Agh, esok sejarah, blargblargblarg, tak habis baca lagi... sabarrr.. cubaaannn. Form 4 dah habis.. Form 5... bila nak baca lagi?!

Hari ini pula.. buat addmath, tak adalah sangat kertas 1. Cuma kertas 2, lamaaaa sangat, tengah buat seksyen B, tengok belakang, terlupa ada seksyen C pulak lagi. XD

Baiklah, tazkirah untuk anda sebelum ana tidur dan bersedia untuk hari esok. Kelihatan pada lukisan ana hari ini ialah sebuah rumah yang bersinar dengan sangat hebat sinarannya! Aaaaa~

Hah, saja jer. Ini ialah lukisan sangat kasar rumah ana. Anda pun mesti ada rumah, kan? Rumah ialah salah satu keperluan asas untuk manusia hidup, atau lebih tepat lagi, tempat tinggal. Orang prasejarah mana ada rumah, gua adalah. Haha.

Rumah, pernahkah kita hargainya? Bagi yang pernah pindah, ana rasa mungkin anda lebih hargai rumah lama apabila sudah pindah. Balik semula rumah lama tu, wah, nostalgia menyerang kalbu bagaikan sungai yang mengalir deras.

Rumah, adakah anda menjaganya? Okayla, mungkin ana sendiri taklah berapa sangat jaga bilik ana sendiri pun, tapi eloklah jika anda kemas-kemas sedikit sendiri kalau orang lain yang buatkan (mak, bibik, kakak, sesape la) Kalau memang dah buat, tahniah, teruskan.

Rumah, ana bandingkan dengan Islam kita. Kita jaga, lebih baik daripada orang jagakan untuk kita. Kita tinggalkan, terasa resah dan ingin pulang. Kita hargai, kita akan dapat mengecapi kemanisannya yang sebenar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 19, 2009

0082 - Kawan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada rakan-rakan ana di luar sana yang ana sangat sayang.

Hari ini, ujian bahasa Inggeris dan cerita jam penipu. Hah, alkisahnya, jam kelas rosak, orang ingat banyak masa lagi, tidur. Lepas tu, semua orang marah-marah jam. XD

Maaflah kalau ana tak berapa kerap update blog ni, sebab ana semakin ketat digunakan masa ana, dan tak ada banyak sangat masa untuk blog ini. Sooorrry~

Apaapajelah, kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain dengan peringatan pada hari ini! Gambar itu, tidaklah menunjukkan kembar tau. Hanyalah dua orang kawan yang sangat rapat sekali.

Adakah anda mempunyai rakan yang rapat dengan anda? Jika ada, maka tahniah, anda telah mendapat suatu bekalan untuk akhirat nanti dalam bentuk peluang berbaik dengan kawan.

Kalau tiada, apa tunggu lagi, pergi cari. Kawan amat bagus untuk dapat. Ana ada tahu beberapa orang yang mengatakan mereka tidak dapat hidup kalau tak ada kawan yang sentiasa bersama mereka. Orang ni ana tabik, sangat hargai persaudaraan.

Kawan yang sejati ana tahu, membantu antara satu sama lain. Juga sangat mementingkan kesejahteraan kawan yang lagi satu, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi dan membawa kebaikan untuk rakan lagi satu.

Satu contoh yang sangat bagus ialah persahabatan antara Abu Bakar as-Siddiq dan Rasulullah S.A.W. Tengok Abu Bakar ni, mengiyakan semua kata-kata Rasulullah, sanggup korban diri untuk Rasulullah, dan banyak lagi ana tak dapat masukkan di sini. Contohilah sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran