[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Thursday, July 2, 2009

0088 - Penjaga Senyap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang masih berlekit lekat dengan coretan ana yang berhabuk ini.

So oklah, laaaaaama sangat tak menulis. Rasa macam otak tengah jem pulak untuk idea apa nak tulis. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga inspirasi dalam bentuk pengalaman baru.

Hari ni pun rasa macam penat. Program ulangkaji intensif bermula kurang 2 minggu lagi. Tanggungjawab pengerusi kelab telah dilepaskan. Fuh. Legaaa.

Apaapajelah. Jika hendak ditulis apa-apa, kita mulakan dengan gambar, kan? Baiklah, jadi gambar ini suatu lukisan buruk yang menggambarkan ayah ana, yang ana panggil Abati. Bukan Abi, ye. Pergilah tanya ustaz bahasa Arab terdekat anda.

Walaupun Hari Bapa sedunia telah pun berlalu, masihkah anda teringat lagi kepada ayah anda? Kalau ayah ni, ada dua jenis yang dapat ana fikirkan. Satu, yang jenis senyap, yang tak banyak cakap kecuali kalau kita cakap dulu. Inilah ayah ana. Ramai ayah macam ni, kita fikir ibu lebih dominan dari segi bebelan. =P

Ada juga yang garang, macam ayah kepada seorang cikgu ana. Ayah ni seorang polis, sangat garang. Kalau baru nak angkat jer nak pukul, anaknya semua terus melalak meminta belas kasihan. Ayah yang tegas ini pun ada juga kebaikannya, mendorong anaknya, walaupun dengan caranya tersendiri.

Ada juga ana kenal orang yang sudah tiada ayahnya. Ayahnya meninggal semasa kawan ana ni kecil lagi. Ana dengar daripadanya tiga tahun lepas, kalau tak silap. Sebak ana mengingati kawan ana ni. Lagi hargai ayah ana yang sudah meningkat usianya kepada umur 42 tahun ni.

Jadi, hargailah ayah anda. Orang ni bertungkus lumus bermandi peluh meredah lautan api- eh silap. Yelah, faham-faham sajalah. Ayah kita penting kepada kita, tanpanya, kita tidak akan wujud di dunia ini! Kan gen-gen dalam DNA kita separuhnya warisan daripada ayah kita? =D

Renungkanlah, kerana petunjuk itu bagi orang yang berfikir. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran