
Anyway, ana akan ada kursus kepimpinan pengawas esok.. soe hari Jumaat n Sabtu tiada update.. harap2 ana tidak terlalu penat untuk update hari Ahad... tengok2 lah.. :)
Yeh... tengah taip nih.. tiba2 ana baru jer discover site ini.. iaitu blog Cute Overload!! Argh, geramnye tengok sumer benda2 kiut-kiut nih.. geraammm... nak cubit pipinya sehingga menangis!! (ahaha, quoted from izzaldin, tak ada copyright kan?) ;)
Baiklah, isu semasa sudah diceritakan, mari kita membaca benda2 yang lebih berfaedah kepada hidup kita ini... maka dilihat gambar lukisan hari ini terdapat seorang budak mentah yang sedang memegang suatu objek.. apakah itu~ ohh itu adalah belon! Ya, itu adalah belon. Saya pasti itu adalah belon.
Maka apakah maksud belon itu dalam falsafahku yang sangat berputar belit? Baik, cuba beli belon. Tiup sehingga penuh (kalau tak boleh, anda memerlukan senaman lebih) dan bagilah adik2 kecil yang ada, carilah mana2 kalau anak bongsu atau tunggal, main2 kat surau ke. Lama-kelamaan, belon itu akan pecah dek karenah anak2 kecil... dan anda sedih mengenangkan nasib belon anda itu...
Dalam mengingati belon anda yang pecah, anda membeli lagi satu belon, dan tidak memberi adik2 yang kecil itu. "Nak, abang!" "Takleh, dah pecah dah satu!" Maka budak2 itu menangis.. anda pun menyorok lah belon baru anda di stor rumah... malangnya anda terlupa tentang belon itu, dan tertinggal lah... selepas beberapa minggu, baru anda teringat belon anda tersayang.. malangnya ia sudah kecut... habis tinggal lembik saja.. anda sedih.
Maka anda pun beli lagi satu belon, dan anda berjanji tidak akan melupakan si belon ini pula. Anda pun bermain2 dengannya di luar, melepaskannya dan menangkapnya sebelum ia terapung dari capaian tangan anda... sedihnya, anda cuai, dan terlepaslah belon itu ke angkasa entah mana.. anda pun sedih. Dan tidak membazirkan wang anda dengan belon. "Apa belon2 ni! Buang duit aku jer. Huh."
Maka belon itu pun disimbolkan sebagai manusia.. kita ini sungguh lembik dan lemah... sungguh mudah untuk kita dicederakan oleh orang yang tidak mengetahui.. dan mati.. kita juga mudah lupa kepada Allah, dan murung akhirnya membawa kepada bunuh diri... akhir sekali, kita sangat cuai pada masa2, kadang2 kita leka merempit di jalan, pusing sana, pusing sini, akhirnya nyawa terlepas antara jari kita...
Habislah renunganku pada hari ini... seeyouonsundayderrrrrrr