[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, February 23, 2009

0005 - Suci ke Ego

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua.... Kita bertemu lagi, jika anda sedang membaca ini pertama kali, selamat datang...

Sebelum coretan dan bebelan ana harini, sedikit daripada hidupku sajalah. Inikan blog, takkan tak ade coretan hidup ana sekali bukan?? Haha..

Harini pun diumumkan bahawa fatah sebenarnya memenangi tesper 09 dua minggu lepas.. tiada unsur riak (ciplak kata achid dalam blognya huhu) kasihan falah dah siap bergambo dengan ustaz hasni lagi... aku empati dengan mu... (sympathy is for losers)

Baiklah, habis semua benda itu, kita bincangkan gambo hari ini... maka sekali pandang, ya, gambar ini adalah gambaran kita pada sekarang...

Pada suatu waktu, beberapa tahun dahulu, anda telah lahir ke dunia fana ini... ibu anda membelai anda dengan penuh kasih sayang dan ayah anda mengazankan anda setelah ibu anda bersalin... bayi yang suci dan bersih menciut hatinya... seperti dikatakan dalil naqli ini (ana x ingat detail la sorry) bahawa semua orang dilahirkan islam, hanya ibu bapa menjadikan yahudi, nasrani atau majusi...

Ana alhamdulillah dilahirkan ke dalam keluarga yang sangat berpegang teguh kepada asas asas islam yang fundamental... ana memikirkan, bagaimana dengan semua orang lain yang tidak begitu menerima nikmat ini... yang dilahirkan sebagai anak orang kafir, munafik, fasik, dan sebagainya...

Kita pun, apabila besar, tak ubah sangat seperti mereka yang lahir kepada keluarga-keluarga ini, remaja juga, muda juga, ingin tahu juga, ego juga... yang bezanya ialah kita mendapat didikan agama islam yang sungguh mulia daripada ibu bapa kita dan guru-guru kita... alhamdulillah.. syukuuur nikmat.

Tetapi, adakah kita berusaha untuk menjadi lebih baik? Atau adakah kita masih terkapai-kapai di alam keremajaan yang goyah ini, mengikut hawa nafsu yang dihasut syaitan laknatullah? Allahuakbar... Lihat diri kita sendiri ini... adakah kita juga mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti orang di luar sana?

Maka, sebelum kita menceburkan diri di luar sana, di kehidupan yang sebenar, marilah kita melengkapi diri kita selengkap-lengkapnya dengan sifat-sifat mahmudah dan mengikuti sunnah Rasulullah saw... supaya kita menjadi soleh dan mampu menjadi musleh kepada orang di luar sana nanti... khususnya kepada diri ana yang sudah form 5 ini... yang akan menempuh dunia sebenar tidak lama lagi...

Renung-renungkanlah...
(hmm... terasa macam pendek plak post harini, apaapajelah)

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran