[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Wednesday, February 25, 2009

0007 - Gula = Evil

Assalamu'alaikum... dan salam sejahtera. Pada malam ini (atau pagi/tengahari/petang) kita akan membaca post blog ini untuk mencemuhnya dan melupakannya.

... Okay, baru saja dapat internet balik, geram tadi asyik connecting... connecting... connecting... aaargh! Apa-apajelah let bygones be bygones ek?

Alahai.. terasa cam addicted to internet lak.. ^^;; whatever lah, kita akan mulakan berbincang berdiskusi tentang gambar yang ana telah lukis pada hari ini, ok?

Di sini ana telah lukis satu kiub gula. Tak tahu lah macam mana nak lukis sebagai butiran, jadi ia menjadi kiub. Barangkali ada makna kepada bentuk kiub ini? Tak ade. Sajesaje.

Baiklah, gula itu manis, kan? Ada pengesan rasa pada lidah kita, jadi walaupun kita tutup hidung, hita tetap rasa kemanisan sesuatu. Gula ini bagus untuk menyedapkan makanan seperti kek, biskut, apa2lah atau pun juga boleh minuman supaya kopi tidak pahit diminum. Glukosa ini ialah sumber utama tenaga untuk semua benda2 yang hidup, iaitu melalui cellular respiration...

Tetapi, awas ya anak-anak, gula ini mempunyai sesuatu yang amat buruk untuk badanmu jika diambil terlalu banyak ya.. jika diambil terlalu banyak, hormon2 insulin yang menukar gula darah untuk disimpan akan tidak diterima oleh badan, badan akan alah kepadanya. Keadaan inilah yang dipanggil Diabetes Type 2.

Selain itu, bagi pembaca2 yang sudah dibacanya buku sains teras form 5, biologi form 4 atau kimia form 5, akan mengetahui bahawa glukosa ini, boleh diferment, ditapai, menjadi sesuatu yang telah 1400 tahun diharamkan oleh Allah swt... iaitu ethanol... komponen penting dalam minuman khamr, atau arak. Arak yang boleh dihasilkan daripada apa2 yang mengandungi gula, terutamanya buah-buahan...

Maka moral of the story pada hari ini... ialah bahawa kita mesti berwaspada dengan orang yang talam dua muka... sekejap dia baik (seperti kemanisan gula) dan selepas itu... haaa... dia mengkhianati anda~ (diabetes) ohohoho... dan juga jaga pemakanan anda supaya anda sihat dan tidak sakit diabetes pada waktu berumur nanti... kahkahkah...

Renungkan lah, wahai hamba Allah.

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran