Yaaa... salam kepada semua sekali lagiiii...
Ah, sebelum ana lupa, selamat hari lahir kepada naqib usrahku, Abang Wan yang baru saja level up ke umur 28 Jumaat lepas! Hahaha, semoga Allah memberkati hidupmu, abang.
Oklah, sekarang ke lukisanku / coretanku hari inii~ Orang di sebelah ni tengah buat aper tue? Aaaaa, die tunjuk tangan die, oh siap power lagi...
Dengan tangan inilah, manusia melakukan benda yang menjurus ke arah kebaikan, mahupun benda yang menjunam ke arah kejahatan...
TETAPI! Pernahkah kita menyelami watak dan perwatakan tangan kita sendiri??? (hehe, komsas lak) Marilah kita mendalaminya... buka mukasurat 21...
Ibu Jari: Waaahhh, inilah boss kepada sumer jari... boleh gerak sumer arah.. jari lain boleh atas bawah je. Siap name ibu jari lagii... haha... Tanpa ibu jari, tangan kita tak mampu nak pegang benda dengan betul... cuba pegang benda ngan 4 jari tu je... payahkan?? Maka kita perlu pemimpin untuk maju dalam hidup... biarlah kita sendiri atau orang lain... tapi... kalau jari lain tu takde, pemimpin si ibu jari ni pun takde guna lah kan??? Maka raja takda juga gunanya tanpa rakyat...
Jari Telunjuk: Haa, inilaa jari yang gunanya pelbagai... contohnya untuk menaip apa yang tertera di kaca skrin anda ini!!! hehe... selalunya jari telunjuk jugalah yang berkerjasama dengan ibu jari untuk menulis ilmu, dengan pensil ke, pen ke, marker ke... apa2 pun jari telunjuk + ibu jarilah buat kerja pegangnya... tapiii... ini watak dinamik... boleh juga digune untuk fitnah... tuding jari pada orang tidak bersalah... na'uzubillahimizalik....
Jari Hantu: Ooooo... takutnye... nama pun jari hantu... ahaha... jari hantu ini pula laksana orang yang lebih tua dan berpengalaman... senior kepada semua jari.. tengoklah dia kat tengah, paling panjang pulak tu... jari hantu ni kenalah menunjukkan contoh and teladan yang baik kepada sumer jari yang lain... kalau digunakan untuk benda-benda yang tidak baik... menunjukkan kemarahan contohnya.. ahh.. satu badan lagi dipengaruhi...
Jari Manis: Inilah jari manis, entah, dia pun manis-manis, malu-malu aje, takdelah terlalu penting sangat, untuk sokongan saja.. tetapi tanpanya.. tangan itu tidak lengkap.. tidak sempurna.. aaa... macamlah watak pipih dalam komsas... takde watak pipih, terasa macam ada watak utama aje.. bosanlah cerita itu bukan?? tidak sempurna..
Jari Kelingking: Jari inilah yang kelihatan kecil, paling kecil antara semua jari itu.. tetapi cuba ukur... haaa... lebih kurang macam ibu jari bukan?? ahaa, inilah bukti bahawa kita tidak boleh menentukan perwatakan orang itu dengan sekali lihat.. kita mesti teliti dengan baik... ukur betul-betul.. maka, kita lihat lagi, orang yang kecil-kecil ini, mungkin ada yang tersirat di sebaliknya...
Tapak Tangan: Uiks, ingat watak ada jari aja ka?? Haha, tidak, tapak tangan juga ada.. tapak tangan ini ialah tempat di mana semua jari bercantum dan bertemu... inilah baru ukhuwwah yang teguh dan mantop.. tanpa tapak tangan ini... tangan tidak wujud, hanyalah jari yang tidak berguna sendirian.. tidak mampu memegang apa2, melakukan tiada apa2...
Pergelangan Tangan: Dan inilah di mana tangan dan jari-jemari bertemu dengan lengan... di mana semua support tulang, bekalan saluran darah dan arahan melalui sel-sel saraf... memasuki kawasan tangan ini.. maka jika salah satu daripada saluran ini rosak atau terputus... maka tangan tidak akan berfungsi dengan baik... tulang bagai tiang yang membolehkan kita berada di dunia ini iaitu RUH kita... lembik aja tangan kita kalau takde tulang.. saluran darah bagai cara untuk melakukan semua benda yang kita hendak lakukan iaitu JASAD kita... sel pada tangan kita tidak dapat berbuat apa2 tanpa darah.. dan arahan dari sel saraf bagai pentunjuk ke jalan yang lurus memberi arahan dari atas sana... iaitu arahan AKAL kita... jika arahan saraf ini rosak, maka tangan kita pun terpusing sana terketar sini...
Wassalaaam.... ana penat fikir sumer benda nih... ambil pengajaran please... ^_^
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
No comments:
Post a Comment