[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Saturday, February 21, 2009

0002 - Pisang

Salam, semua...

Inilah fikiran ana bila nak lukis Sydney Opera House. Tahukan Opera House kat Australia nih? Kalau x tau ana pun x tau nak cakap camne.

Baiklah, apa yang entum semua nampak di sebelah ni? Tentulah pisang, bukan? Cuba google image opera house ni dan fikirkan, opera house ni nampak macam apa?

Mungkin ada yang cakap, ombak lah, layar lah, mungkin ada jugak yang cakap pisang :P Tapi apa2 pun, tentu semuanya cakap lain2, kan?

Inilah bukti yang anda boleh lihat, bahawa semua orang ada perspektif sendiri tentang kehidupan mereka. Perspektif orang lain patut kita hormat, dan mungkin juga ambil pengajaran.

Malangnya, dunia sekarang dah tunggang terbalik.. Semua orang asyik bertelagah itu ini... Memang buat orang yang biasa agak tensyen... macam ana... huhuhu...

Dalam dunia yang perfect, semua orang ade perspektif yang sama. Takde orang berselisih, semua orang happy aje. Tapi dunia kita ni Allah dah cipta manusia dengan akal fikiran yang berbeza.

Konflik ni ada jugak kebaikannya. Contohnya, mungkin line fikiran kita terpesong sikit, ada orang lain baik tolong betulkan ke arah kebaikan. Mungkin jugak perselisihan itu akan membawa kepada idea-idea yang lebih bernas daripada idea sebelumnya yang berkonflik.

Dah, tu jelah. Ana penat nih. Wassalam.

2 comments:

  1. Yah..
    kita tak boleh nk suroh org jadi macam kita
    kita hidup style kita la kan...
    cuma perlu kena pada tempatnya lah..
    yosh

    ReplyDelete
  2. asalkan syariat islam itu jadi akarnya.semua perspektif pun boleh diterima.

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran