
Pertama sekali, ana ingin minta maaf kepada fellow usrah ana kerana tidak dapat datang ke futsal yang telah dikatakan. Tak tahu pula dimesej, sebab telefon bimbit itu bukanlah kepunyaan ana.
Lagi satu, maaf kepada pembaca kerana kebelakangan ini, update semakin lewat dan ada ana terlepas satu hari dalam aturan ana, jadi maaf yea~ 0_____o
Tazkirah yang difikirkan pada hari ini akan bermula sekarang. Gambar yang dilukis pula menggambarkan waktu malam, tetapi ana ingin menyentuh tentang bulan yang sedang bersinar di tengah itu.
Bulan hanya akan nampak sinarannya dengan jelas pada waktu malam, bukan? Tetapi, adakah bulan itu bintang, seperti matahari? Tidak, bulan hanyalah seketul batu yang mengorbit bumi, sebagaimana bumi mengorbit matahari.
Jadi, bagaimana bulan mendapat cahayanya yang serba putih itu? Bukan daripada dirinya sendiri, tetapi daripada sinaran matahari. Sinaran matahari? Bukankah matahari sudah terbenam dan meninggalkan penglihatan kita? Tetapi masih diberi cahayanya melalui bulan. Hebatkan ciptaan Allah?
Matahari ingin ana analogikan kepada ulama' terkemuka yang hebat-hebat dan berilmu dahulu itu. Ulama' itu sinaran ilmunya jauh lebih terang daripada kita, tetapi kita masih boleh mempelajari ilmunya dan menyebarkan kepada orang lain.
Ulama' dahulukala sudah mati, tetapi kita masih boleh menyebarkan cahayanya, seperti bulan menyebarkan cahaya daripada matahari yang sudah terbenam. Manfaat ilmu itu, kita sebar, kita dapat pahala, ulama' dulu pun dapat pahala. Kan best tu? =D
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
No comments:
Post a Comment