[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Friday, May 1, 2009

0068 - Kekunci

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua yang ana kini semakin rasa lebih dekat dengan ana.

Study group~ memang best! Dapat jumpa kawan-kawan, rasa pelajaran lebih 'lekat', memang berkesan. Boleh belajar kat mana-mana pun (yang ada whiteboard lagi best!)

Arghhh, terluper nak update pagi tadi, jadi terima sajalah update yang ana buat petang ni sebelum ana balik dari uia nih.

Baiklah, kita mulakan majlis ilmu kita buat hari ini, yek? Gambar yang dilukis itu, maaf jika sedikit rongak, menunjukkan tombol pintu berlubang kunci, dengan sebuah kunci.

Rasa-rasanya, kalau guna kunci itu, boleh buka ke pintu itu? Cuba tengok-tengok sikit dimensinya. Aha, terlebih panjang sikit. Mana nak muat, bukan? Kalau tak muat, mana nak dibuka pintu.

Lagi-lagi, kalau kunci tu muat pun dalam lubang kunci, tak semestinya kunci tu dapat membuka pintu itu, betul kan? Kunci itu mesti mempunyai bentuk di hujung yang bertepatan sekali dengan bentuk yang ada dalam lubang kunci. Kalau tak, pusinglah manapun, tak terbuka pintu tu.

Macamlah kita dengan masalah seharian kita. Kalau kita terburu-buru, hentam guna apa aje untuk selesai masalah, tentu tak dapat diselesaikan dengan baik, kan? Kalau dapat pun, taklah elok sangat hasil akhirnya.

Kita perlu mencari penyelesaian yang tepat bagi setiap masalah untuk mendapatkan hasil yang paling baik. Macamlah kunci, mungkin ada yang muat, tapi hanya satu atau beberapa saja yang dapat diputar sepenuhnya dan membuka pintu itu.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran