
Hari ini tak adalah banyak sangat aktiviti. Kedengaran form 5 buat barbeku kat sekolah, tapi ana tak datang, sebab memang latihan sabtu tradisi ana tak datang. =(
Lagi berita, hari ini, ialah 16 Mei! Bermaksud hari ini ialah hari untuk menyambut Hari Guru, hari yang menandakan penghargaan dunia kepada guru!
Tazkirah hari ini pun berkisar tentang guru, seperti yang digambarkan dalam lukisan ana. Sebelum itu, guru itu apa sebenarnya? Dalam erti kata mudah, guru ialah orang yang memberi ilmu.
Tidak kira ilmu itu banyak segunung buku, ataupun sekadar satu tambah satu. Masih dikira guru. Kalau adik kita pun ajar sikit kita, kita panggilnya guru. Maka apakah yang mendefinisikan guru yang baik?
Guru yang baik selalu cuba memperbaik dirinya supaya dapat mengajar muridnya dengan lebih baik. Guru seperti ini patut dijadikan contoh kepada semua orang yang ingin menjadi guru. Ikhlas dalam tugasnya dan tidak mementingkan materialiti.
Guru, walaupun seberapa muda atau tua, kaya atau miskin, harus dihormati dengan rendah diri, kerana kita mendapat suatu ilmu daripadanya. Ilmu itu sangat berharga, walaupun sedikit mana sekalipun. Malahan, ilmu bermanfaat salah satu perkara yang kita bawa ke kubur dan terus mendapat pahala daripadanya.
Oleh itu, berusahalah untuk menjadi guru, dan sampaikan ilmu kepada orang lain. Banyak manfaat yang dapat kita peroleh dengan memberi ilmu kepada orang lain. Orang lain dapat manfaat, kita dapat pahala, dua-dua dapat kebaikan.
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam..
P.S. Ada satu kesalahan dalam gambar. Cari kalau boleh... =P
No comments:
Post a Comment