
Tengah taip, tengah buat homework bahasa melayu. Sekarang, hampir siap karangan yang memerlukan isi. Yang lain cuma ingin dihabiskan sahaja. Alhamdulillah.
Nampaknya, daripada pengakuan rakanku, gerakan kepala botak telah pun dibubarkan kerana kemelut dalaman. Ana sedih melihat gerakan yang sungguh berkaliber ini pergi begitu saja. Tidak mengapalah. XD
Lawak pun lawak, kita mulakan tazkirah yang separuh masak ini sajalah. Gambar yang dilukis untuk menghiburkan diri ialah seorang manusia, yang terperangkap dalam satu sangkar daripada pandangan atas.
Bagaimana rasanya apabila kita terperangkap, dan tidak mengetahui mengapa kita diperangkap? Tentu kita akan merasa marah, bukan? "Mengapa aku dikurung begini! Aku mahu keluar!" Begitulah jika manusia dalam gambar itu boleh bercakap.
Kalau orang itu diperangkap atas alasan dan motif yang benar, tetapi tidak dijelaskan kepadanya, samalah reaksinya seperti jika tiada motif. Hanya apabila orang dikurung itu menyedari sebab dikurung dan menyedari kesalahannya, barulah dia tidak akan merasa marah.
Jika ada kelihatan coretan ini berkaitan dengan suatu akta yang anda semua tahu, bukan itu maksud ana. Maksud ana ialah hari ini, terdapat orang yang diajar mengikut ajaran Islam tanpa mengetahui sebabnya. Tentu dia memberontak, kerana Islam ini meletakkan batasan pada nafsu manusia.
Kalau tak tahu sebabnya, tentulah dia berkata, kenapa Islam ni kekang sangat kebebasan aku? Ikut suka akulah nak buat maksiat! Maka, kita perlulah memberinya sebab musabab mengapa undang-undang dan syariah Islam dilaksanakan, hikmahnya. Barulah orang akan menerimanya dengan baik, dan kehidupan Islam dapat dilaksana dengan kerelaan orang.
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~!
No comments:
Post a Comment