
Ah, terasa sungguh bersalah pula kat ayah ana. Mula2 cakap ada meeting, 10 minit selepas tu, meeting cancel, ayah ana terpaksa drive balik ke sini.. takpelah, mungkin ada khairnya (haha, quote ust hasnan).
Lisan bahasa melayuku nampaknya postpone ke hari esoknya. Lega rasanya, ana rasa mungkin tak berapa hafal lagi skrip. xP
Baiklah, tanpa membuang masa walaupun sebenarnya memang sudah, kita membincangkan gambar yang telah ana lukis pada malam ini.. dilihat gambar yang buruk di sini menggambarkan lampu yang biasa dilihat di tepi jalan.
Biasanya, pagi-pagi, kalau keluar awal, masih nampak lagi lampu ni menerangi jalan ke destinasi. Bila naik matahari pula, cahaya jingga lampu ini pun tidak kelihatan lagi, menghilang entah ke mana. Apabila senja mendatang, cahaya ini kembali menerangi jalan-jalan kita.
Pernahkah anda jalan di tepi jalan waktu malam, nak pergi surau ke, tiba2 lampu tepi jalan out. Anda pun mula gelabah takut alamak, mulalah baca ayat kursi, 2 qul dan sebagainya. Tak terfikir pula lampu itu akan rosak pula. Anda pun mula berdoa minta lampu tu terbuka balik
Sebelum ni, anda pun tak pernah terfikir kepentingan lampu tepi jalan itu. Baru apabila perkhidmatannya sudah terhenti buat seketika pun, anda baru nak menghargainya. Begitulah dengan semua nikmat-nikmat lain yang Allah beri kepada kita. Udara untuk bernafas, cahaya untuk melihat, akal berfikir, macam-macam Allah bagi.
Cuma satu saja Allah minta pada kita, beribadah kepadanya. Adakah kita melakukan perintah Allah yang satu ini? Wallahua'lam. Renung pada lampu di tepi jalan tu. :)
No comments:
Post a Comment