[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Wednesday, March 18, 2009

0025 - Sebutir Nasi Itu...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua ikhwan dalam islam yang ana kasihi sekalian...

Takde buat apa pagi ni, tertidur sampai pukul 10-11 adalah. Heheheh. Solat subuh ok, jemaah la jugak (tapi x pergi surau la, lewat) cuma ngantok lepas tu. Janganlah buat kesimpulan cepat sangat. Ish. v_v

Mmmm, baiklah, kita start awal gambar yang ana lukis pada hari ini. Mungkin nampak macam kacang soya, tapi sepatutnya sebutir nasi. Maaflah kalau tak berapa nampak ye. :P

Baiklah. Apa yang kita nak bincangkan pada hari ini ialah makanan. Lebih tepat lagi, pembaziran makanan. Memang ana tahu ustaz dan cikgu semua dah berkali2 bagi tazkirah ni, tapi insan itu pelupa, kan?

Nasi. Makanan ruji orang Melayu, Cina, banyak lagi bangsa di Asia kebanyakannya. Lihat, mereka pun makan nasi. Baiklah, cuba tengoklah dulang (murid) atau pinggan (sesape lain) anda. Adakah butiran-butiran yang tertinggal, mungkin juga ada yang terjatuh ke tepi.

Dikumpulkan semua nasi (tak kira lauk lagi!) yang pernah dibuang ke dalam tong sampah, mungkin boleh bagi makan beberapa orang kebuluran untuk beberapa tahun, mungkin. Hebat sungguh kita, sampai makanan, rahmat, nikmat begitu boleh dibuang gitu aje. Tak fikir apa2 pun.

Pernahkah anda terfikir beratnya satu butir nasi? Mungkin tak banyak dari sudut gram, tapi mungkin lebih besar jika diukur dalam konteks kesalahan, dosa. Pernahkah terfikir bahawa, mungkin nanti, di akhirat, butiran-butiran nasi itu akan bersaksi melawan anda, dan akibatnya, dihumban ke dalam neraka... Astaghfirullah.. Na'uzubillahi minzalik.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam... :)

4 comments:

  1. Sebutir beras tu, ibarat setitik peluh petani~
    hargailah beras kite~~~

    ReplyDelete
  2. hahaha... btul2, terlupa nak masukkan ayat tersebut... :D

    ReplyDelete
  3. betul2...kalau dikire dengan dose mmg bnyk sgt2... tapi kite slalu praktikkan tak kat sek contohnye....mcm kumpln makan ana.kitrg buat rules selagi nasik x habis kitrg x kan berganjak.....hehehe...x kire la kenyang sgt ke...kalau kenyang sgt kitrg sedekah kat jiran sebelah yg lapar....x pon kat kucing2 yg baik hati(ni kire membazir tak?)....

    ReplyDelete
  4. rasanya ada dengar cakapan imam mana ntah (syafie kot x ingat) daripada kita makan berlebihan takut membazir, baik kita sedekah kat kucing/anjing.

    so tak membazir la tu. :)

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran