
Yey, hari ini barulah ana cuti di rumah secara tidak rasminya dan boleh lepak kat rumah main game... hahahah. Harap2 boleh catchup akaun, dagangan, ekonlah cuti ni.. insya-Allah.
Baru tadi habis main game Xenogears (PS1) Game berasaskan orang yang membawa robot atau rasminya mecha. Falsafahnya bagus walaupun bleh dari segi agamanya, ada unsur reincarnation... *pfft*
Baiklah, hidup ana habes, gambar yang ana lukis akan jadi perbincangan hari ini. Lihat orang dilukis itu. Orang yang sedang tidur, lengkap dengan meja empuk dan air liur basi. xD
Pernahkah anda ditangkap cikgu dalam kelas dalam keadaan sebegini? Mesti pernah sekali dua, bukan? Kalau tidak, ana tabik anda, hebat sungguh. =P Tidur dalam kelas... hou. Memang around lepas zohor tu memang terasa lembut sangat meja tukan hihi..
Kalau dapat tangkap pelajaran walaupun terlentok sebentar, itu takpelah, cuma mintak maaflah kat cikgu kalau cikgu tak marah. Sejuk hati cikgu kalau kita mintak maaf kat cikgu. Kalau tak, takut2 nanti terguris pulak hati cikgu ni... especially cikgu yang memang sensitif.
Tidak dinafikan mengantuk itu penawarnya satu saja: tidur. Tapi tahan2lah sikit, gunalah teknik tersendiri, jaga hati cikgu. Macam tidur antara kelas ke, duduk kejap kat surau sebelum solat, tidur (tidur duduk tak batal wuduk), conteng buku masa kelas ke, buat nota masa kelas ke, tak kisah, apaapajelah.
Tidur ni memang Allah beri rahmat bagi kita untuk kita recharge bateri kita supaya lebih segar dan aktif untuk melakukan lebih ibadah selepas tidur dan segar. Dan kita pun memang direka oleh Allah, rasa ngantok sikit tengah hari. Tidur tengah hari sekejap (sekejap!) memang sunnah Rasulullah pun. Tapi jangan overdo, k?
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
Kalau tak silap, dalam reader's digest cikgu pernah baca afternoon nap is good for our health...sunnah dan scientifically support! yeay!
ReplyDeletemaka, peraturan baru pelu digubal. pelajar2 dibenarkan dalam kelas tido sekejap around zohor. Cikgu2 pun boleh tidur.hehe ;p.Anta semakin mahir melukis guna tetikus.oOOOooooo
ReplyDeleteAssalamualaikum!!!
ahah.. waalaikumussalam izal... mmg pon ana terfikir nak suggest tue, tapi nnt balik lewat lak kan? =)
ReplyDelete