[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Thursday, March 12, 2009

0019 - Anda Mampu Mengubahnya

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh kepada pembaca blog ana ini yang tidaklah seberapa, hanya sekadar tazkirah buat si anda ini.

Waii~ semua caliph 14 tahun lepas dapat result SPM, waahhh, semua nampak happy-happy belaka, cakap2, gelak2. Tahniah seribu sejuta kepada abang kita, Halim yang dapat 13 A1. Hebatnya, ada target untuk dikalahkan! Mari menuju ke arah kejayaan!

Dalam berita lain, ramai orang mendapatkan result ujian2 mereka minggu ini! Lah, terlupa pulak nak comment nih. Walaupun kita dah teruk ujian, jangan putus asa. Ujian inilah checkpoint kita ke A untuk SPM nanti. Berusahalah!

Baiklah. Kita berbincang pula tentang gambar yang dilukis hari ini! Mmmm, diwarna lagi, dua orang berlainan warna, berdiri di sebelah orang yang putih warnanya.

Baiklah, orang merah di kiri itu, ialah representation nafsu, dan hasilnya jika kita mengikut nafsu secara melulu dan tidak berfikir. Nafsu inilah bahagian yang boleh membawa kita kepada status yang seperti binatang, syaitan, malah lebih rendah daripada keduanya. Binatang mengikut tujuan ciptaannya. Syaitan masih menyembah Allah. Tidak seperti manusia.

Orang biru di kanan pula menyimbolkan kesucian fitrah seseorang, iaitu menerima agama Allah, tenang, baik. Mengajak orang lain kepada kebaikan dan menegah kejahatan orang lain. Mengikut segala perintah Allah dan menghindari larangan Allah. Lebih tinggi daripada malaikat sekalipun, kerana manusia ada pilihan, dan malaikat tiada.

Akhir sekali. Orang berwarna putih di tengah itulah anda dan akal anda. Diberi kuasa fikiran oleh Allah subhanahu wata'aala. Diberi pilihan dalam hidup oleh Allah. Diberi petunjuk oleh Allah melalui Rasul-Nya, Muhammad sallallaahu 'alayhi wasallam. Diberi segala macam nikmat dan ujian untuk menentukan keteguhannya kepada Allah. Bersedia untuk menerima sebarang warna yang dipilih, biru, merah ataupun ungu?

Baiklah, jalan manakah yang akan anda tujui? Tidak ada apa2 kesan pada Allah tidak kira mana2 jalan yang anda pilih. Cuma anda saja yang menerima kebaikannya atau keburukannya. Buatlah pilihan yang terbaik. Anda mampu mengubahnya.

Wallahua'lam. Renungkanlah. Wassalam...

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran