
Hari ini ana tertidur sambil duduk di makmal kimia. Ah, tahan tidur sangat payah bila bi, bm tak tidur sebab cikgu wasitah cerita, tapi kimia tertidurr~ haishhh.
Er, hari ni pun ada teori memanah by si z... sangat penuh dengan maklumat yang amat penting!!! banyak ada gelak dan tawa, mungkin si z memang menarik perhatian macam tu kot.
Apaapajelah™, mari kita mula dengan gambar yang kulukis pada malam pukul 9 nih. Oke? Ya, itulah dia, kepala manusia simple, menunjukkan, uh, otak kot. Apa lagi kat kepala yek? Adik ana kata kalau pusing gambar nampak macam gigi sumbing rongak. 0_o
Yelah, kita mula tazkirah hari iniiiiiii Ya, otak. Otak itu ialah organ yang paling penting dalam badan kita. Tanpanya, kita tidak mampu melakukan apa-apa langsung yang bermakna. Otak itu dipenuhi dengan air, darah, dan sel. Kebanyakannya itu jer. Takdelah sangat hebat.
Lagipun, haiwan lain pun ada kan? Jadi apakah yang kita beza? Itu akal kan? Akal, yang membolehkan kita membezakan baik buruk. Akal, yang membolehkan kita memajukan diri kita melalui inovasi. Akal, yang membolehkan kita BERFIKIR.
Tetapi, mengapakah kita masih memanggil sesama sendiri dengan perkataan BODOH? Adakah anda bodoh? Ana rasa tidak. Adakah ana bodoh? Ana rasa tidak. Jadi mengapakah kita ingin menghina dengan perkataan yang tidak menyenangkan ini?
Sama saja otak kita semua. Akal berlainan sebab persekitarannya. Kita ada otak yang lebih kurang sama dengan otak genius-genius seperti ulama-ulama Islam dahulukala. Kenapa kita tak jadi bijak-bijak macam mereka? Melalui izin Allah, akal fikiran dan usaha, apa2 sahaja boleh.
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
No comments:
Post a Comment