
Mengantuk daa. Asyik tidur lewat aja malam-malam ni. Hahhh, tak apa. Sabtu Ahad boleh tidur tengah hari. Harap-harap Jumaat tak termasik sekali. =P
Uh, perenggan ni tak tahu nak tulis apa. Jadi ana akan menulis sesuatu yang tidak bermakna dan tidak memberi manfaat apa-apa pun. Eh, perenggan habis dah.
Baiklah! Gambar hari ini memerlukan isi dan huraian secepat mungkin! Baiklah, untuk orang yang tak nampak, lukisan menggambarkan seorang manusia melihat cahaya di hujung terowong. "Light at the end of the tunnel" dalam bahasa omputih.
Baiklah, bayangkan anda terperangkap dalam gua, seperti manusia gambar ini. Banyak sangat terowong yang anda boleh pilih, tetapi mungkin bukan jalan untuk keluar. Mungkin anda akan sesat selama-lamanya dalam gua itu dan mati kebuluran, dahaga, bosan ataupun gila. Atau gila kerana bosan takde apa nak makan atau minum.
Kesesatan dalam gua ini ana nak analogikan kepada hidup kita sendiri. Anda tersesat dalam hidup, dan anda ingin keluar untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Fikir, kalau anda tidak mengetahui petunjuk untuk keluar dari gua, anda akan terus tersesat. Seperti dalam hidup, jika anda tidak mempunyai ilmu untuk berjalan di jalan yang benar, anda tidak akan berjaya di akhirat.
Bagaimanapun, kalau anda memgetahui petunjuk untuk keluar, tetapi anda duduk saja di satu tempat, bagaimana anda hendak keluar? Seperti dalam hidup, jika anda mempunyai ilmu yang baik, tetapi tidak mengamalkannya, bagaimana anda hendak berjaya di akhirat nanti?
Akhirnya, jika kita mempunyai ilmu dan amal, kita akan sampai ke peleraian perjalanan kita dan mendapat cahaya di hujung terowong kehidupan ini. Insya-Allah. Wallahua'lam, renungkanlah. Wassalam.
No comments:
Post a Comment