Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh kepada pencari ilmu yang sedang melayari internet untuk mendapatkan peringatan buat hidup yang pendek ini.
Ah, hari ini ustaz Ishar (guru kelasku) memberi kami semua warga kelas 5 Salman borang pendaftaran SPM.. Wahh, inilah borang yang membina jalan untuk masa depan kita, insya-Allah.
Ana ambil sains tulen, masalahku nak ambil Sains Asas, tapi tak dapat buat eksperimen sebenar supaya cikgu boleh tengok cara handle eksperimen.. kriteria 4 tak silap. Apa2 cadangan untuk masalah ana ini amatlah dialu-alukan.
Baiklah, hari ini kita membincangkan gambar yang telah ana photoshop dengan mouse yang tidak berapa cantik. Dilihat di dalam post ini, gambar kalkulator, sebuah kalkulator, kemungkinan besar kalkulator saintifik, seperti Casio fx-570MS yang ana guna.
Baiklah, untuk orang yang baca manual bila beli kalkulator seperti ini, tentu anda tahu kalkulator seperti ini boleh melakukan banyak operasi, termasuk operasi addmath dan banyak lagi yang tidak kita tahu dalam beberapa saat, kecuali mungkin operasi integration yang memakan masa.
Nah, bagi abang-abang form 5, bolehkah anda melakukan integration lebih pantas daripada kalkulator itu sendiri? Hah, tau-tau jelah cacing, bestfriend, acuan dan sebagainya. Kalau mampu, nampaknya anda lebih hebat daripada kalkulator! Wah!
Kalau integration kalkulator lebih cepat pun, kalau tulis jawapan gitu aje dalam peperiksaan, dapat markah tak? Mungkin dapatlah, ana tak tahu jawapan aje dapat markah ke tak, tapi tak penuh seperti jika anda buat secara manual. Lihat, manusia lebih hebat daripada kalkulator.
Last sekali, cuba tunjukkan test paper anda itu kepada kalkulator. Bolehkah ia melakukan ujian itu sendiri? Tidak, ia masih memerlukan input daripada otak manusia itu sendiri. Mana ada orang tak tau apa2, ada kalkulator, tiba2 dapat 100 addmath. Pelik la kalau camtu.
Jadi janganlah terlalu memegahkan ciptaan manusia, kerana manusia lebih baik dan lebih sempurna daripada ciptaan manusia, kerana manusia itu ialah ciptaan ALLAH subhaanahuu wata'aalaa yang agung.
Wallaahua'lam. Renungkanlah.. Wassalam~
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
No comments:
Post a Comment