[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Tuesday, March 31, 2009

0038 - Pelindung yang Tidak Dihargai

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, orang yang masih bergelut dalam dunia, iaitu ujian yang singkat bagi mukmin.

Ahh, alhamdulillah, ketika ana taip ini ana sedang dalam perjalanan untuk menyiapkan esei bahasa melayu yang tidak siap lagi. Bila dakwat penku kering, aku mencari pen lain, dan syukur, ada dakwat.


Ana terasa seperti bersalah pula semalam, ana cakap sesuatu pada seseorang, tetapi tengok-tengok, tak benar. Gelabah mulanya, tapi akhirnya ana diberi penjelasan: kalau tak sengaja, dimaafkan. Phew.


Apaapajelah, kita mulakan dengan tazkirah yang ana ingin sampaikan pada hari ini. Lihat gambar yang telah ana lukis dalam masa kurang satu minit dengan malasnya, iaitu orang yang berjalan tengah hujan di bawah payung.

Baiklah, hujan. Hujan itu ialah air yang diturunkan dari langit. Satu penjelasan makna yang mudah. Persepsi orang terhadap hujan pula berbagai-bagai. Ada yang mengatakan bahawa hujan itu rahmat, ada yang mengatakan bahawa hujan itu menyusahkan dan lain-lain pendapat yang ana tidak nyatakan di sini.

Hujan itu sering tidak dihargai oleh kebanyakan orang yang mempunyai persepsi negatif tentangnya. Ana nyatakan pendapat berlainan di atas kerana ana ingin membincangkan pendapat ini sahaja, iaitu majoriti. Hakikatnya, hujan itulah pelindung manusia daripada kematian.

Mengapa? Kerana tanpa hujan, kita tiada sungai. Tiada kitaran air. Tiada takungan air. Pokok tidak hidup. Haiwan darat tidak hidup. Hanyalah air laut masin yang tidak berguna dalam keadaan asalnya. Ya, mungkin hidupan laut boleh hidup, tetapi darat akan menjadi padang pasir yang luas dan tidak hidup.

Hujan ini apabila tidak berfungsi sebagai pelindung, bertukar menjadi pemusnah. Banjir, tanah runtuh, kerosakan dan sebagainya. Bayangkan kalau orang tidak dihargai, tentu marah, bukan? Begitulah juga umpamanya (bukan sebenarnya) hujan.

Entahlah kalau mesej yang ana nak sampaikan ni masuk ke tak. Melihat di atas, macam serabut lah sikit. Harap-harap masuk. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran