Balik dari kelas tambahan addmath, vectors. Ramai jugak yang datang, surprise surprise. Memang orang suka kot pegi sekolah masa cuti, bosan kat rumah . :P
Dah nampak banner Earth Hour kat atas tu? Silalah klik dan register nama anda, dan bagitau orang lain, k? Kita tunjukkan dunia bahawa Malaysia Boleh!! =D
Baiklah, kita mula dengan gambar pada hari ini. Gambar yang dilihat anda di tepi ini ialah cubaan ana untuk membuat semula panorama yang ana lihat selepas maghrib di luar rumah ana. Cuba tengok di luar rumah anda, ke langit. Cantik pemandangan itu kan?
Baiklah, ketakjuban pada benda yang cantik itulah yang ana ingin bincang harini. Ana nak tanya, kalau anda nampak sesuatu yang dirasakan cantik, adakah orang lain mengatakan itu juga cantik? Mungkin tidak, orang lain juga boleh mengatakan bahawa benda ini tidak cantik. Adakah benda yang dianggap cantik oleh semua orang?
Selain itu, tentu kalau anda melihat sesuatu yang cantik, anda akan tergerak, walaupun sedikit, untuk melihat sesuatu yang lebih cantik daripada yang lepas itu. Perkara ini akan berulang, sehingga anda akan menginginkan sesuatu yang maha cantik, paling cantik, menakjubkan semua orang tidak mengira siapa pun.
Haaa, ini pun ada kaitannya dengan sebahagian hadis yang berbunyi:
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan." (Riwayat Muslim, lihat no. 269)Ya, Allah itulah yang maha cantik. Tauhid bahawa Allah itulah Tuhan yang paling sempurna, yang tiada kesalahan, tiada kesilapan, tiada kecacatan. Fitrah kita inginkan kecantikan, dan kita selalu tidak nampak yang paling cantik ini, iaitu Allah.
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...
No comments:
Post a Comment