[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Tuesday, March 24, 2009

0031 - Happy Ending?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, manusia, iaitu anak Nabi Adam, bapa kepada semua insan yang biasa saja.

Alhamdulillah, ketika ana menaip ayat ini, baru habis 2 esei BM, tinggal 3 lagi. Aduhaiiii~ Tidak mengapa, itu semua ialah cabaran dan ujian Allah untukku dan untukmu.

Bagi tingkatan 5, nampaknya Sabtu dan Ahad tidak dapat berehat waktu pagi, sebabnya sekolah ganti dan bengkel bahasa Arab. Datang tau?

Baiklah, pergi ke gambar untuk hari ini... kelihatan seorang manusia telah pun meninggalkan alam dunia dan menuju alam barzakh, iaitu meninggalkan dunia. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji'uun.

Seperti yang ana fikirkan, hanya ada satu kepastian dalam hidup kita, iaitu kematian. Selain daripada perkara itu, kita tidak tahu, orang lain tidak tahu, hanya Allah tahu, tercatat dalam Luh Mahfuz.

Walaupun mati itu pasti, kita masih tidak tahu bagaimana mati, bila mati, mengapa mati dan siapa mati. Ketidakpastian itu ialah ujian Allah untuk kita semua. Jika kita tidak tahu bila kita mati, pasti kita akan membuat andaian.

Andaian tentang bila kita akan mati. Biasanya orang menerka bahawa dia akan mati pada waktu tua. Habis, semua kanak-kanak, remaja dan belia yang mati tu tualah? Tidak. Mati akan datang pada bila-bila masa. Kita dekat dengan mati seperti ibu jari dekat dengan jari telunjuk.

Apakah yang perlu dibuat jika begitu? Buatlah persediaan dan bekalan untuk saat nazak itu, sebelum malakul maut datang menziarahi jasad. Sebelum tidur, baca doa tidur, dengan nama Allah yang aku hidup dan aku mati. Kalau mati dalam tidur, kita mati dalam Islam. Happy ending untuk kita akan menunggu di akhirat nanti, insya-Allah.

Ingatlah pesanan Allah dalam al-Quran:
Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan kepada Kami-lah kamu akan kembali. (al-Ankabut: 57)
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

1 comment:

  1. going by the link http://boulevardstreets.blogspot.com/

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran