[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, March 23, 2009

0030 - EPIC FAIL

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, seorang manusia yang selalu menemui kegagalan.

Ya, kalau anda warga 5 Salman al-Farisi pada 23 Mac 2009, anda tahu bahawa cikgu Wasitah mengeluarkan result BM hari ini. Teruk, ana pun teruk.

Kegagalan itu memberi pandangan kedudukan ana dalam pelajaran BM. Ya, ana memang perlu tingkatkan diri. Anda semua pun tahu kan, SPM Bahasa Melayu amat mencabar.

Dan itulah inspirasi gambarku pada hari ini. Seorang manusia, memegang sekeping kertas bertulis F. Atau fail, gagal, tidak berjaya, 9G, dan sebagainya.

Pernah terdengar kata-kata: kegagalan permulaan kepada kejayaan (atau sepertinya). Hm, kata-kata itu SALAH. Pengajaran daripada kegagalan permulaan kepada kejayaan. Lihat kelemahan diri, perbaiki. Lihat kekuatan diri, bina lagi.

Pernah kan anda mendapat fail? Mesti pernah, ana pun pernah sebelum ini. BM jugak >_> Yelah, lepas tu memang agak marah kepada diri sendiri sebab tak usaha lebih. Kalau anda takde perasaan dapat fail, ana tak tahu siapa anda. Lepas marah diri itu, cool. Lepas tu, fikir apa yang perlu dibuat.

Banyak kesilapan yang telah dibuat oleh orang-orang pada zaman lalu. Mesti pernah dengar percubaan berkali-kali Thomas Edison mencipta mentol, Colonel Sanders dengan ayam KFC, Soichiro Honda dengan syarikat kereta Honda.

Jadi, jangan kecewa dengan kegagalan, dan jangan pula pasrah dengan kegagalan. Usaha dengan kegagalan, insya-Allah, lambat laun akan ada kesenangan di akhirnya. Usaha, doa, tawakkal.
Maka sesungguhnya dengan kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya dengan kesusahan ada kesenangan. (al-Insyirah: 5-6)
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

2 comments:

  1. saya pun gagal seperti kamu, kita usaha saja lagi, igt 5 karangan 500pp jgn lupa pula ya

    ReplyDelete
  2. hahahah, ya, kita semua gagal, banat saja ada yang dapat 40+, geramnyer. D: takpelah kita akan BERUSAHAAAA! HIYARGH! xP

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran