
Ahhhh, rasa segar. Lama tak tido lepas subuh macam tadi. Mata pun terkebil-kebil masa nak buka. Heheh. At least dapat bayar hutang tido minggu ni, tido lepas pukul 11.
Yea, cuti pertengahan semester satu sudah pun bermula secara rasminya kira-kira 11 jam sebelum ini. Cuti seminggu yang akan dipenuhi tidur buat seseorang, dan study buat orang lain.. siapakah anda itu? >:D
Baiklah, gambar lukisanku hari ini pula. Urm, itulah dia, seekor anak burung yang tidak diketahui spesisnya, genusnya, apaapajelah, asalkan mempunyai kaki, kepala, badan, kepak dan sebagainya.
Lihat anak burung di atas ni. Agaknya boleh terbang lagi ke tak? Tak boleh lagi, kan? Memerlukan tumbesaran yang banyak, menjadi burung besar, baru boleh mendapat kepak yang membolehkannya terbang. Terbang menuju angkasa kebiruan yang luas. Tiada kekangan seperti berjalan.
Lihat anak burung ini, masih terduduk di atas tanah, tidak mampu terbang. Tetapi tidak semestinya tiada masa yang akan sampai di mana anak burung ini boleh terbang, bukan? Potensinya masih ada dalam badan anak burung itu. Cuma memerlukan masa, makanan dan keizinan Allah subhaanahuu wata'aalaa untuk dikeluarkan.
Nah, sekarang bandingkan kita dengan burung ini. Kita masih menjalani hidup kita, tetapi kita masih ada potensi untuk meningkatkan keupayaan kita. Cuma diperlukan, hanyalah usaha untuk memulakannya, masa untuk usaha itu dijadikan tabiat dan istiqamah, dan izin Allah kerana tiada apa yang mampu berlaku tanpa perintah Allah.
Khas ditujukan buat abang form 3 dan form 5 yang baru sahaja menerima result-result sesetengah ujian yang mungkin menyedihkan hati, tetapi janganlah putus asa. Teruskan usaha, dan insya-Allah 'A' itu dalam genggaman semasa PMR dan SPM nanti. Tunggulah.
Wallaahua'lam. Renungkanlah, wassalaam =)
No comments:
Post a Comment