[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Friday, March 27, 2009

0034 - Dimensi Sebenar

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua, orang yang mencari ilmu pengetahuan di internet luas.

Ahhhh, sekarang tengah buat esei bm, gahhhhhh, tolong anaaaa ya Allah~ =_x tolonglah bagi ilham kepada hambamu iniii.

Lagi satu, pelik, khutbah uia hari ni guna LCD? Pertama kali ana nampak guna. Mungkin dah guna sebelum ni kot, ana je tak nampak.

Baiklah, gambar hari ini. Lihat gambar ini dan teliti. Tiada banyak untuk diteliti, kecuali sebuah bola yang mempunyai garisan-garisan yang melintang dan menegak mengelilingi bola tersebut.

Melihat cara lukisan bola ini (maaf jika tidak elok) anda akan mengatakan bahawa lukisan ini ialah sfera, bukan? Tetapi bukankah lukisan ini masih berbentuk bulatan? Hanya garisan -garisan yang dilukisa memberi ilusi sfera.

Cuba fikirkan, bolehkah anda melukis objek tiga dimensi pada kertas yang ada ruang 2 dimensi sahaja? Secara logiknya, tentu tidak, bukan? Kita hanya boleh menggambarkan sesuatu itu, tetapi tidak mampu memberi satu salinan yang benar-benar tepat, kerana dihadkan oleh kertas yang dicipta manusia.

Kalau hendak direnungkan lagi, bukankah ini berkaitan dengan Allah? Kita mendengar tentang sifat-sifat Allah dalam al-Quran dan as-Sunnah, tetapi adakah zat Allah itu dapat kita tangkap? Sudah tentu tidak, malah tidak boleh memikirkan tentangnya kerana dikhuatiri murtad.

Allah itu bersifat lebih agung daripada semua ciptaannya, termasuklah dimensi, pemikiran, ruang, masa, dan sebagainya. Maka secara logiknya, sudah tentu Allah tidak dapat digambarkan dengan ciptaannya, kan?

Hanyalah satu peringatan tentang kebesaran Allah melalui dalil aqli, semoga dapat memberi lebih keteguhan iman kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran