[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Sunday, March 15, 2009

0022 - KtakKtakKtakDing!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, orang yang special di sisi-Nya tidak kira siapapun anda...

Phew~ baru balik muar, so exhausted... tp bukan ana pun yang drive haha =P bagus jugak dapat jenguk atok, embah, nenek, cik man, sumer relative ana.. love you all <3

Perut pun terase kenyang plak bila balik dari kampung... tp selalunya benci betul kat nyamuk johor.. asyik target ana jer... geRAMMM betull... tido tak aman... T_T

Apaapajelah, kita start dengan gambar harini OK? Kelihatan... seorang urm, lelaki ker perempuan ke takkisahlah, asalkan dia tengah... apa itu? Tengah tulis apaapalah, asalkan menulis okay? >_<

Tazkirah hari ini didapati terimakaseh kepada kebosanan ana dan adik ana Hareez bila ada kat kampung muar.. bila takde game best kat komputer, tetiba bukak microsoft word (shhhhh pirate) pastu mula menulis benda yang bukan-bukan... huh, best pulak. Berebut2.

Ada apa dengan perihal menulis ni? Bila kita disuruh menulis, kita taknak, bosan, takde idea. Bila bosan, takde apa nak buat, tiba2 keluar idea yang meluas dan mengarut seperti yang berkenaan dengan 3.147 dan pai blueberi. (Hari Pi baru lepas - Mac 14 - nampak? 3/14, 3.14 haha =)

Menulis ini mengeluarkan apa2 yang ada dalam kepala kita pada waktu itu, sepertilah apa yang ana sedang lakukan sekarang ini. Mungkin kita boleh dapat mengambil pengajaran daripada apa yang kita tulis secara rambang tadi, atau kita boleh lepaskan emosi geram, marah, sedih ke, apa apa je. Penulisan ini ekspresi diri, style menulis itu sendiri menggambarkan siapakah kita, boleh muhasabah diri dan perbaiki diri.

Cubalah sendiri. Ambik satu kertas, kertas lama, belakang surat dibuang ke kalau boleh, sebab taknak buang kertas yang elok :) pastu ambik pensel, pen, marker, air liur apa2 lepas tu lukis, tulis, conteng. Hasilnya mungkin mengejutkan anda dan mengelakkan ngantok dalam kelas. Tu teknik ana, kalau tengok buku2 ana PENUH ngan lukisan camni. Huhuhuh.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran