Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, orang, manusia, insan, homo sapiens, person, rajulun au mar'atun.
Hahhh, baru habes baca lagiii satu komik online... ana ni memang gila komik online nih, terasa macam nak cuba pulak. Malangnya ana tiada scanner. Siapa ada scanner lama boleh kasi tak? XD
Mmmm, hari ni seorang kawanku melawat ke rumahku. Nak mintak ajar bio. Bukannya lama sangat pun, ntah kenapa lak nyibuk datang. "........" Taklah, taklah. No offense kepada kawanku, k?
Baiklah, gambar hari ini. Ok, nampak gambar kan? "You are here" cuba tengok betul2 kat hujung anak panah tu. Tengok dekat2 sikit. Ada tak bintik merah kecik? Ya, itulah anda.
Pernah terfikir kedudukan kita di alam semesta ini? Kita hanyalah seorang manusia, yang kalau naik berapa jauh pun, macam, 1 kilometer ke, tak nampak dah pun. Apa lagi kalau dari pandangan luar sana di angkasa lepas.
Rasanya kalau gambar di atas itu gambaran alam semesta, rasanya bintik merah itu simbol apa? Kita? Bukan. Bumi? Bukan. Sistem solar kita? Bzzt, salah. Bima Sakti (milkyway)? Kecik tu. Kalau sekumpulan galaksi tu kemungkinan. Galaksi besar-besar. Haaa. D:
Terasa tak kerdil sekarang? Jadi, apakah yang kita nak bermegah-megah? Adakah kita ada hak untuk mempunyai sifat TAKABBUR? Adakah kita boleh menjadi PENTING DIRI? Adakah kita mampu mengatakan bahawa kita layak menjadi BONGKAK? Sedangkan Allah swt itulah saja satu-satunya kuasa mutlak di dunia ini.
Kita? Sekalipun kita semua kafir (nauzubillahi minzalik) Allah tak rasa apa pun. Jadi, apa yang nak dibanggakan sangat pasal spesis BANGGA DIRI ini yang bernama homo sapiens? Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
No comments:
Post a Comment