[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Wednesday, March 11, 2009

0018 - Mengapa Bunga itu Biru?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh kepada pembaca blog yang sempat membaca tulisan yang ditaip dengan jari telunjuk kiri yang sakit ini.

Alhamdulillah, hari ini baru saja habis buat lisan bahasa melayu, bagus juga, dapat a, alhamdulillah, lega rasanya beban lisan bahasa melayu ini terlepas dari bahu. Ahhhh~

Yey, sabtu ini, ana akan bertolak ke bukit gambir di muar di johor di malaysia buat aqiqah adik perempuanku nawwar~ yang lahir oktober lepas. Seekor kibasy akan tumbang dan akan dimasak, ooohhh.

Baiklah, habis hidupku buat sekarang. Kita lihat gambar yang telah ana lukis dan warnakan (!) pada hari ini... maka dilihatlah sekuntum bunga yang berwarna biru. Tiada apa2 yang khas, special tentangnya, hanya bunga berwarna biru langit.

Ciptaan Allah yang satu ini, membawa banyak makna yang dapat dikecapi. Hanya terpulang kepada kita untuk memikirkan tentangnya dan membuat kesimpulan-kesimpulan yang patut. Contohnya, mengapa ada satu titik tempat di mana kelopak bunga itu bertemu? Mengapakah bunga itu berwarna biru? Mengapa hanya terdapat satu batang yang menyokongnya? Mengapa tidak lebih daripada satu batang?

Soalan-soalan itu hanya kita dapat tanyakan, sama ada kepada orang lain mahupun diri sendiri. Hanya memerlukan masa untuk berfikir. Dengan soalan-soalan, kita dapat memajukan diri ke hadapan, memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah, malah mendekatkan diri kepada Allah dalam kehidupan seharian.

Jika dikumpulkan segala soalan yang pernah difikirkan atau ditanyakan oleh manusia, mungkinkah dakwat 7 lautan cukup untuk menulisnya? Apatah lagi jawapannya. Apatah lagi ilmu yang dimiliki oleh Allah yang sangat luas mencecah infiniti. Soalanlah yang membawa muslimin kepada kemajuan suatu ketika dahulu dan kafirun kepada kemajuan kini.

Jadi, nyatakan soalan anda. Wallahua'lam. Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran