Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaaatuh dan salam sejahtera kepada anda, rakna-rakanku seislamku sama ada di dunia atau di akhirat.
Heheheh, baru saja habis Earth Hour beberapa detik yang lalu. Sangat best kalau diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Atau anda boleh beriktikaf di surau/masjid yang bercahaya.
Ana main tarik muka bawah selimut dengan adik ana. Setiap kali nak tarik muka, tutup lampu suluh dulu, pastu bukak. Kelakar muka adik-adik ana. XP
Baiklah, tazkirah pada hari ini ingin diperkatakan. Berdasarkan tajuk dan lukisan gambar yang berada di bahagian atas post ini, ana telah melukis seberkas ranting. Oh, untuk seberkas ranting ini boleh 2 kali ganda kebaikan, dan mampu diambil 2 pengajaran daripadanya!
Tarik salah satu ranting daripada berkas tersebut, dan cuba patahkan. Prakk. Dah, begitu saja. Tiada apa-apa daya ketahanan walaupun adalah sedikit sahaja. Sekarang, ambil seluruh berkas ranting itu. Tanpa ranting yang anda ambil tadi menegangkan ikatan kayu tersebut, yang lain mudah terkeluar dan terjatuh ke tanah.
Cuba kalau tak tarik mana-mana pun ranting, dan cuba patahkan sekarang. Amat sukar, dan ana akan takjublah kalau anda berjaya. Hahahah. Ya, hal ini membuktikan bahawa kerja berkumpulan penting, dan kumpulan itu tidak akan berkesan seperti sebelumnya jika tiba-tiba satu orang dikeluarkan.
Baiklah, tazkirah kedua. Tahukan kalau dahulu, nak cari duit, semudah mengumpul kayu ranting sebagai kayu api, mengikatnya dengan apa-apa tali yang dijumpai, dan menjualnya di pasar terbuka. Dapat duit untuk makan tengahari. Lebih baik daripada meminta-minta. Rasanya ada cerita ni dalam satu hadis, tapi tak ingat.
Cuma ana sedikit musykil. Kalau contohnya kawan kita ada makanan/minuman, kita mintak sikit. Adakah itu dikira sebagai meminta-minta ataupun perkongsian? Kalau ada yang dapat memberi jawapan kepada soalan ana ni, ana sangat berbesar hati.
Wallahu'alam. Renungkanlah, wassalam...
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
No comments:
Post a Comment