[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, March 16, 2009

0023 - Bluhhhhhh

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, penghuni dunia akhir zaman yang kucar kacir tidak tentu hala. =)

Yey, hari ini barulah ana cuti di rumah secara tidak rasminya dan boleh lepak kat rumah main game... hahahah. Harap2 boleh catchup akaun, dagangan, ekonlah cuti ni.. insya-Allah.

Baru tadi habis main game Xenogears (PS1) Game berasaskan orang yang membawa robot atau rasminya mecha. Falsafahnya bagus walaupun bleh dari segi agamanya, ada unsur reincarnation... *pfft*

Baiklah, hidup ana habes, gambar yang ana lukis akan jadi perbincangan hari ini. Lihat orang dilukis itu. Orang yang sedang tidur, lengkap dengan meja empuk dan air liur basi. xD

Pernahkah anda ditangkap cikgu dalam kelas dalam keadaan sebegini? Mesti pernah sekali dua, bukan? Kalau tidak, ana tabik anda, hebat sungguh. =P Tidur dalam kelas... hou. Memang around lepas zohor tu memang terasa lembut sangat meja tukan hihi..

Kalau dapat tangkap pelajaran walaupun terlentok sebentar, itu takpelah, cuma mintak maaflah kat cikgu kalau cikgu tak marah. Sejuk hati cikgu kalau kita mintak maaf kat cikgu. Kalau tak, takut2 nanti terguris pulak hati cikgu ni... especially cikgu yang memang sensitif.

Tidak dinafikan mengantuk itu penawarnya satu saja: tidur. Tapi tahan2lah sikit, gunalah teknik tersendiri, jaga hati cikgu. Macam tidur antara kelas ke, duduk kejap kat surau sebelum solat, tidur (tidur duduk tak batal wuduk), conteng buku masa kelas ke, buat nota masa kelas ke, tak kisah, apaapajelah.

Tidur ni memang Allah beri rahmat bagi kita untuk kita recharge bateri kita supaya lebih segar dan aktif untuk melakukan lebih ibadah selepas tidur dan segar. Dan kita pun memang direka oleh Allah, rasa ngantok sikit tengah hari. Tidur tengah hari sekejap (sekejap!) memang sunnah Rasulullah pun. Tapi jangan overdo, k?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

3 comments:

  1. Kalau tak silap, dalam reader's digest cikgu pernah baca afternoon nap is good for our health...sunnah dan scientifically support! yeay!

    ReplyDelete
  2. maka, peraturan baru pelu digubal. pelajar2 dibenarkan dalam kelas tido sekejap around zohor. Cikgu2 pun boleh tidur.hehe ;p.Anta semakin mahir melukis guna tetikus.oOOOooooo
    Assalamualaikum!!!

    ReplyDelete
  3. ahah.. waalaikumussalam izal... mmg pon ana terfikir nak suggest tue, tapi nnt balik lewat lak kan? =)

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran