[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Tuesday, March 17, 2009

0024 - Terlepas dari Tangan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salaam sejahtera kepada anda, orang yang ana harap tidaklah dalam kerugian.

Fuhhh~ harini duduk2 di masjid UIA, terserempak pulak beberapa ikhwan dari al-Amin, ada form 3, 4, 5 pun ada. Ada apa2 event yang ana tak tau ke nih?? 0_o

Entah kenapa, hari ni rasa macam tak buat apa2 pun. Macam, lepak2 jer. Terasa sungguh tak sedap hatilah kalau cuti setiap hari macam ni. =_x Saket mata lak tu. Urgh.

Apaapajelah, mari kita lihat gambar hari ini pula!! :) Kelihatan, panel pertama, orang tengah saket.. ish3, derita. Panel kedua pula menggambarkan orang yang sudah gelabah, bertimbun tak siap kerja... wah.

Kaitan gambar ini ialah dengan hadis yang berbunyi seperti begini:
Sabda Rasulullah s.a.w: Ada 2 nikmat yang manusia sering terlepas: kesihatan dan masa lapang untuk melakukan kebaikan. (Riwayat Bukhari)
Ya, hadis ini sudah pun menyimpulkan apa yang ana hendak cakap pada hari ini.

Masa kita sihat, macam sekarang, kita tak pun bersyukur kepada Allah kerana nikmat yang diberikan iaitu kesihatan. Kita pun takdelah manfaatkan kesihatan kita itu sepenuhnya, bukan? Jarang terlintas kesyukuran untuk kesihatan kita sampai kita sakit. Itulah masanya baru kita nak bersyukur.

Lain pula, masa lapang. Masa lapang, bila kita ada, kita selalu cakap, ah, bosan lah. Takde apa nak buatlah. Macam ana ni jugak. =P Tapi bila bosan itu, cubalah lakukan apa2 bermanfaat, seperti buat kerja ke, renung ciptaan Allah ke, apaapajelah.

Janganlah lepaskan peluang kesihatan dan masa lapang untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda, orang lain atau Allah. Cubalah hari ini. :) Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. urrrr... bahasa sms patut disimpan dalam sms saja, saket kepala org nak figure out.

    ReplyDelete
  3. Di Masjid UIA ada program tahfiz SMIAAG tajaan PIBG SMIAAG. Tu antara sebab musabab mengapa anta berpampasan dengan warga al-Amin kot.
    Syukran jazilan utk tazkirah yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. Ooooh, begitu rupanya ya. Patutlah jumpa ramai al-Amin. Syukran atas penjelasan anti. :)

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran