[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Friday, March 20, 2009

0027 - Takutkah Anda?

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua, insan yang dicipta oleh Allah dan akan kembali kepada Allah.

Balik dari kelas tambahan kimia dan addmath, kimia habiskan form 4 topic last, addmath terus vector, mula masuk bab tambahtolak yang sangat panjang kiraan. Harap-harap semua orang lain faham gak, k?

Harini pun hampir dah nak habis cuti, dah hari jumaat. Orang lain, macamana habiskan cuti? Study ker? Main sakan? Atau tido? Apaapajelah, asalkan bagus.

Kita mula dengan gambar yang ana lukis pada hari ini, iaitu seorang manusia menggigil ketakutan dalam selimut, di luar kilat sabung-menyabung, hujan turun dengan lebatnya. Macam cerita seram pulak. Hahahah.

Sebelum kita mula tazkirah hari ini, satu ayat daripada al-Quran ul-Karim:
Atau seperti hujan daripada langit, padanya kegelapan, guruh dan kilat. Mereka meletakkan jari-jari mereka dalam telinga mereka daripada halilintar, ketakutan akan mati. Dan Allah meliputi (mempunyai kuasa) atas orang-orang kafir. (al-Baqarah : 19)
Ya, memang kita semua takut akan mati, bukan? Orang kafirlah khususnya, sebab mereka tahu mereka melakukan banyak kesalahan atas bumi ini. Kalau tak takut mati, itu bukan manusialah namanya, kan? =D

Oklah, serius. Kilat, guruh, halilintar, itulah salah satu cara Allah memasukkan perasaan takut, gerun kepada kuasa yang lebih tinggi, iaitu Allah. Bunyi halilintar itupun sudah cukup untuk membuatkan kita kecut perut, apatah lagi kalau melihatnya.

Tetapi, adakah kita patut takut dan cuba menghapuskan mati, seperti sesetengah kafir Barat cuba melakukan? Mustahil untuk lari daripada mati, jaga diri supaya sihat tu bolehlah, tapi fakta kematian itu satu kepastian. Tiada yang hidup selamanya melainkan Allah sahaja.

Jadi, apakah yang kita boleh buat? Ya, kita boleh banyak melakukan amal soleh dan cuba menghindari mungkar, supaya apabila kita mati, kita mati dalam keadaan aman dan beriman. Masuklah jannah. Insya-Allah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

2 comments:

  1. Kilat dan petir juga merupakan cara Allah menunjukkan kekuasaannya kepada kita...dan bunyi guruh itu adalah merupakan tasbih memuji akan kekuasaan Allah....sbb tu bile trnmpk kilat atau trdgr bnyi guruh digalakkan kita beristighfar dan berdoa kepada Allah...btul tak???

    ReplyDelete
  2. Yea, betul2 itu al-Barq. Nyahcas elektrik dan tempikan itu semua bertasbih kepada Allah yang mencipta mereka.

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran