[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Saturday, March 21, 2009

0028 - Grrrrr... Cubaan...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada anda, makhluk yang dicipta sebagai manusia, dan bukanlah tanah.

Ahhhh, hari ini tak buat apa, cuma baca komik, tulis cerita, baca buku perdagangan sikit. Ni barulah rasa macam cuti. Dah nak habis cuti la pulak. T_T

Hmmm, rasanya kena ada orang yang boleh ajar ana perdagangan + ekon. Benda ni susah sangat nak hadam. Kalau macam math tu teknik jer, senang baca. Ni semua ayat panjang, saket kepala ana. Siapa boleh tolong bagitau ana cepat.

Baiklah, kita mulakan dengan gambar hari iniiiii Ya, itu dia, musuh yang paling aku geram dan nak bunuh dan siat dan buat sup dan apaapajelah asalkan mati. Itulah dia, kawan kita, nyamuk. Khususnya nyamuk surau ana. >:(

Memang ana biasanya pergi surau zohor asar (berkat tarbiyah mak ana alhamdulillah) ataupun salah satu daripadanya. Malangnya, itulah masanya nyamuk mengganas kat surau tu. Berkerumun mungkin 5-6 kot kat kaki ana masa solat. Tak khusyukkk arr...

Tapi ana tetaplah pergi. Nyamuk itu hanyalah satu ujian daripada Allah kan? Kaffarah dosa pulak tu. Ana ni pun bukannya bebas kesalahan pun. Banyak jugak dosa yang dilakukan sepanjang beberapa tahun ni.

Jadi, adakah kesusahan itu bermaksud Allah tak suka kepada kita? Tidak sama sekali, kerana Allah menguji orang yang lebih beriman dengan ujian yang lebih susah. Kalau takde ujian kesusahan pun, kesenangan itupun ujian, kan? Kalau takde ujian, maksudnya kita bukanlah beriman. Kita nak iman kan?

Jadi, lihatlah semua kesusahan yang ditempuhi setiap hari. Jangan fikirkan susah, fikirkan cabaran untuk dihadapi. Macam kata P. Ramlee "Cubaann..." xP Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

4 comments:

  1. eh amir, sume gamba yg kt blog tu ko lukis ke?

    ReplyDelete
  2. kahkahkah... yea, itulah hasil tangan saya dengan tetikusku ini.. :P semuanya dilukis dengan brush di photoshop 7 (kecuali effects, tu bukan brush la)

    ReplyDelete
  3. waii, gila rajin doh! haha hebat2

    ReplyDelete
  4. rajinnnn? wahahahahhh, itulah, kalau paksa ana buat kerja, ana tak buat tauu!! kalau motivated, inilah hasilnya.. =P

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran