[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, March 30, 2009

0037 - Ding

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada manusia-manusia yang tidak ana nampak pada waktu ini.

Yea, Ana memberi tahniah kepada adik ana (anak kedua) yang baru saja bertukar umur sepuluh mengikut kalendar masihi, 30 Mac 2009. Kek tu dia tak makan, tak nak kek pisang. So ana makan. =P

Kepada sesiapa lain yang juga bertukar umur pada 30 Mac, ana ucapkan juga selamat hari lahir kepada anda, di mana saja anda berada. =)

Tazkirah yang ana akan berikan pada hari ini juga berkenaan dengan hari lahir, kelahiran dan umur. Kalau terfikir umur, apa yang anda fikir? Umur panjang lagi? Umur itu hanya satu nombor? Umur tiada kepentingan?

Bagi ana, umur itu hanyalah ukuran berapa lama kita di bawah rahmat Allah, bahkan lama sebelum tu lagi, ketika ditakdirkan penciptaan KITA nun masa Luh Mahfuz dicipta dan ditulis oleh Allah. Rahmat Allah itulah kewujudan kita. Dengan "Kun" Allah, kita boleh hilang lenyap tanpa kesan apa-apa pun.

Hari ulangtahun kelahiran itu dilihat sebagai satu hari untuk meraikan seseorang itu kerana telah melalui satu tahun kehidupan. Kita renungkan diri sendiri pada hari itu, apakah yang telah aku lakukan pada tahun lepas? Adakah aku telah mencapai sesuatu yang bermakna? Adakah aku lebih dekat dengan Allah?

Ingatlah bahawa satu tahun lebih, satu hari lebih, satu detik lebih lagi hidup kita ialah satu langkah yang membawa kita lebih dekat dengan detik apabila kita dijemput oleh malaikat maut. Mengingati hari lahir ialah satu cara untuk kita mengingati mati dan muhasabah diri. Kita boleh mencari kelemahan diri dan perbaiki untuk masa depan kita.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

2 comments:

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran