
Ah, update semakin lewat pagi! Pelik pula, pagi tadi adik ana yang selalunya liat pagi bangun awal pulak. So tertolak pula update ke pukul 6.
Sekolah ana rasa semakin memberatkan... ujian ini menguji kesabaran... tidak mengapa. Nanti ulangkaji intensif... heh, bebas sekali! =D
Baiklah, tazkirah untuk hari ini berkenaan dengan sesuatu yang memang anda semua sudah lali dan liat, iaitu yang terlukis di gambar, itulah buku.
Buku, tulisan oleh seorang penulis yang bersusah payah mencari idea dan mengarangnya dalam bentuk tulisan pada kertas untuk tatapan umum. Banyak jenis buku ini, yang anda paling anti nak sentuh, tentu buku akademik, kan?
Buku ini perlu dibaca, tidak dibacakan kepada kita. Tabiat membaca ini patut dipupuk semasa kecil lagi, dengan memberi buku-buku cerita yang pendek yang mudah dibaca kanak-kanak. Bukannya buku teks yang membosankan. Kalau diberi buku teks dengan buku cerita, mana satu anda ambil dulu?
Bila sudah dipupuk, insya-Allah amat banyak faedahnya apabila besar nanti. Kalau liat nak baca buku, belajar tak masuk. Kalau dengar cikgu membebel di depan, belajar tak masuk. Kalau didengar sekali dengan rujuk buku, barulah masuk lebih sikit.
Membaca ini suatu pintu masuk ke alam baru yang penuh maklumat dan ilmu yang kita tidak pernah terfikir langsung. Bukankah menimba ilmu itu suatu kewajipan bagi muslim dan muslimah? Maka dengan itu, ambillah sebuah buku dan bacalah. Iqra'.
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~