
Heh. Pelik. Hari ni cepat sangat nak balik rumah terlupa pulak nak bawak balik beg. Hehhhh. Macamana nih? Ah, ambik masa free lah.
Lagi satu, dapat muzik baru hari ni~ bestnya dengar. Sangat menarik, lain daripada muzik melankolik yang biasa ana dengar, ni lebih bersemangat.
Baiklah, MASA TAZKIRAH. Gambar yang diphotoshop dengan malasnya pada hari ini pula ialah gambar gunung-ganang. Asalnya nak letak salji, tapi malaslah pulak. >_>
Gunung. Salah satu ciptaan Allah subhanahu wata'ala yang amatlah mencetuskan ketakjuban. Melihat gunung yang tinggi dan mendominasi lanskap... oh, panorama yang sungguh mengasyikkan!
Apakah yang sungguh menakjubkan? Ada, ketinggiannya. Kita memerlukan sesuatu untuk kita lihat ke atas dan mencontohinya. Apapun, mesti ada seseorang yang lebih hebat dan tinggi tarafnya di sisi Allah daripada kita.
Lagi satu ialah keteguhannya. Keteguhan gunung. Keteguhan ini yang memacakkannya sebagai satu yang tetap di bumi ini dan tidak dapat digerakkan, cuma mesin berat sahaja boleh. Apa yang boleh diambil daripada ini ialah kita mesti mempunyai pendirian yang teguh supaya tidak dipengaruhi orang lain.
Akhir sekali, apabila untuk mencecah puncaknya, memerlukan persediaan yang amat teliti. Begitulah juga, apabila kita bercita-cita tinggi, kita juga perlu membuat perancangan yang baik supaya matlamat dapat dicapai.
Semoga dapat pengajaran daripada tazkirah ini. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
No comments:
Post a Comment