Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, manusia yang sama seperti ana, atau mungkin lebih atau kurang, ikutlah taqwa anda.
Ahhhh, baca komik tak sedar dah nak pukul 12! Ish, manga ni terlalu banyak jenisnya, bermacam-macam nak dibaca. Ana ni pun syok kalau dah baca cerita. DX
Esok majlis takrim, jadi kalau anda mendapat hadiah, tahniah dan selamat berjaya buat tahun ini pula! Yang tak dapat, berusaha lagi, mungkin tahun depan, siapa tahu?
Baiklah, tazkirah hari ini ana dapat dari cikgu kimia ana, terima kasih cikgu! Cuma ana olah sikiiiit aje, sebab ana tak suka kopi.
Baiklah, bayangkan anda ada 3 periuk yang penuh dengan air yang sedang mendidih. Periuk pertama, anda masukkan beberapa daun teh. Periuk kedua, anda masukkan telur ayam mentah. Periuk ketiga, anda masukkan lobak merah.
Biar sekejap. Lepas tu, ambil dan lihat hasilnya. Daun teh, masih ada, air dah jadi air teh. Telur, dalamnya asalnya cair dah jadi keras. Lobak merah, daripada keras bertukar menjadi lembik.
Baiklah, sekarang, umpamakan air itu, hidup kita. Kalau kita seperti telur, kita melalui hidup dengan isi hati yang sensitif dan lemah lembut. Keluar hasilnya, hati kita bertukar menjadi keras dan tidak lagi seperti sebelumnya.
Kalau kita seperti lobak merah, kita memasuki hidup dengan satu ketabahan yang menebal yang tidak dapat dipatahkan sehingga kita dipatahkan. Tapi, bila keluar, eh, dah lembik. Tak ada semangat nak teruskan perjuangan.
Kalau kita seperti daun teh, kita masuk hidup sebagai daun kehijauan, tenang. Keluar, kita masih daun yang sama, tetapi hidup telah bertukar menjadi sesuatu yang lebih baik, seperti air tadi, bertukar daripada air masak menjadi air teh yang lazat diminum.
Siapakah anda antara tiga ini? Ana pun tak tahu. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
hhmm, satu analogi yg bagos....
ReplyDeletemestila kite nak jadi mcm daun teh kan???