[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, April 6, 2009

0044 - Strategi

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana harap dalam keadaan sihat walafiat.

Bleargh, tak rasa sedap badan la malam ni, rasa macam nak muntah. Tapi yang keluar sendawa aje. Bleargh, rasa sangat tidak selesa.

Dalam berita lain, nota ekonomi yang ana post semalam ada sedikit perubahan, sila download semula. Perubahan tu kesilapan pada pihak ana, minta maaf.

Baiklah, walaupun rasa sakit sikit malam ni, kita start tazkirah. Gambar yang dilukis pada hari ini pula ialah seorang manusia yang gelabah melihat dot-dot merah pada skrin, apa itu, radar kot. Yang main game perang taulah.

Seperti yang dijangka, titik merah itu menunjukkan musuh, atau lebih tepat sesuatu yang tidak dikenali. Jika ini satu situasi dalam peperangan, kita sudah tentu mempunyai perancangan untuk menghapuskan musuh.

Jika diserang musuh dengan tiada apa-apa strategi, kemungkinan musuh yang lebih arif dalam teknik peperangan akan mengalahkan tentera yang dihantar dengan mudah. Kita pula akan terduduk dan terdiam, sementara musuh semakin mendekati kita.

Apakah persamaan situasi ini dengan kehidupan kita? Kalau anda pelajar sekolah, seperti saya, anda tentu akan menghadapi musuh yang sangat payah untuk dikalahkan, iaitu peperiksaan. Paling susah ialah peperiksaan akhir tahun.

Bagaimana untuk mengalahkan musuh ini? Dengan strategi yang berkesan, tentu sekali. Kita sediakan rancangan pertempuran (study plan) dan menggunakan pertempuran kecil (ujian) sebagai tempat untuk melengkapkan diri dengan senjata tambahan (pengajaran daripada kesalahan)

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran