[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Saturday, April 18, 2009

0056 - 'A' for Effort

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda. Apakah anda menjangkakan sapaan yang lebih kompleks? =D

Yayaya~ baru reinstall windows xp. Dapatlah Windows 7. Beta, version selepas Vista. Ok jugak. Diperbaik selepas kegagalan Vista.

Ahhh, masih ada lagi beg kat sekolah. Tak nak ambik hari ni sebab 1. tak nak kacau mak ayah. 2. hari ni jpa. memang habit tak datang. dah terlambat nak tukar habit.

Baiklahhh, tazkirah buat anda perlu ana taip, atau anda ini wujudkah? Takpelah. Gambar yang dilukis (aiks ada warna) menunjukkan seseorang memegang epal yang berwarna merah cerah.

Epal, iaitu buah yang dihasilkan oleh pokok epal. Ana pernah waktu kecil dulu tengok biji kecil dalam epal masa makan. Terfikir pulak nak tanam. Tapi, eh, kan sini tropikal. Mana ada boleh tanam epal, fikir hati kecilku.

Bercucuk tanam ini sesuatu usaha yang sangatlah mulia. Kalau kita makan gaji orang lain, belum tentu kita dapat hidup selesa. Tapi kalau kita berbakti kepada bumi, bumi tak akan melupakan bakti itu. Kita tentu dapat hasil kalau betul caranya.

Tanaman yang kita tanam sendiri rasanya lebih sedap kan? Macam kalau kita masak sendiri makanan buat kali pertama, mesti sedap makan. =D Oleh sebab itu, lebih baik kita lakukan usaha yang berpatutan jika kita hendak sesuatu.

Kalau difikirkan logik, memanglah ada risikonya, tetapi kebolehan untuk mengawal tahap usaha sendiri itu ada. Kalau kita bekerja bermandi peluh untuk orang lain, belum tentu lagi kita dapat balik lebih, kan?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

2 comments:

  1. btol2, bile kite tanam sendiri pokok an mesti kite rase puas sgt bile tengok hasil dia. Ana ade tanam satu pokok nie,bile dia tumbuh pucuk baru, (kire anak pokok ar) waah mcm satu nikmat. Nenek ana ckp pokok nie ade perasaan tau, kalau kite ske belai dan siram setiap hari,nnt dia akan gemuk dan menghijau... btol gak ape nenek ana ckp, pokok2 kat umah nenek ana tu gemok2 ar.So bile kite sungguh2 b'usaha hasilnya xsia2.
    p/s:tapi bile dia layu rase sedeyh ar.....

    ReplyDelete
  2. hahaha, memang pun, pokok sangat bagus. lagipun dapat pahala kan? kalau bela pokok, dapat bagi orang buah, lagi banyak.. uuuh.

    ReplyDelete

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran