Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda dan ana. Patutkah ana beri salam kepada diri sendiri? *entah*
Tak banyak sangat berlaku hari ini, cuma fire drill. Ada orang yang tak turun. Main dart katanya?? Hehh?? Masa hafazan main dart? Eh. Pelik.
Berkaitan juga, masa demo pemadam api, masa spray tu kat arah orang, memang rasa serbuk tu macam masam, pelik. Alhamdulillah ana tutup muka dengan kopiah. Orang kata serbuk tu sakit mata.
Baiklah, tazkirah untuk hari ni akan dimulakan sekarang! Gambar yang telah digambarkan menggambarkan sebuah kapal layar yang sedang berlayar di laut bergelora dengan bulan yang mengambang penuh dan bintang bersinar.
Tentu susah untuk berlayar di laut bergelora, bukan? Kalau dengan kapal berenjin hari ini pun susah, apakan lagi orang dulu yang hanya mampu guna angin untuk pergi ke tempat lain? Ditakdirkan, tiba-tiba kapal terbalik.
Tetapi, ada juga petunjuk yang menunjukkan jalan. Bulan menunjukkan laluan dengan cahayanya yang menerangi malam dengan sinaran putih tenang. Tambahan pula dengan bintang yang menunjukkan jalan tujuan, seperti bintang menunjukkan arah utara.
Seperti hidup kita. Kita hanya melalui apa yang ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala, penuh dengan cabaran dan dugaan. Tetapi Allah telah memberi kita petunjuk untuk kita ikuti. Cuma memerlukan keinginan untuk menggunakannya dan ilmu bagaimana menggunakannya.
Begitulah hidup kita bagaikan perjalanan di lautan bergelora. Ambillah pengajaran yang sepatutnya. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaam...
[] ...LinkScroll™ Beta... []
Thursday, April 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[] ...Penutup Majlis... []
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyeah, ana bersetuju dan lagi satu igt kan dlm surah Alam Nasyrah Allah bersabda "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". Allah ulang ayat tu dua kali lagi. so setiap ujian yg kite hadapi tu mesti ade jalan penyelesaian dan kite jgn segan2 utk mintak pertolongan dan petunjuk dr Allah. sesungguhnya Allah suka utk mendengar rintihan hamba2nya.
ReplyDelete~peace
Mmmm. Bernas komen anda. Ana setuju.
ReplyDelete