
Hari ini memang ana tak pergi sekolah waktu pagi, muntah pagi, makan pil chi kit teck aun, alhamdulillah ok. Pergi petang tu nak pinjam buku hands-on bio yang ana tidak miliki.
Ponteng sekolah... hmm, tak rasa best sangat pun. Rasa bosan adalah. Rasa risau pasal homework, pasal kawan2, pun ada. Baik tak payah jer. =_=
Apaapajelah, kita mulakan tazkirah hari ini. Gambar yang ana lukis pada hari ini berkaitan dengan hidup kita secara umumnya. Makan, buat benda untuk hidup, tidur. Ulang sampai mati.
Tidakkah terasa macam sesuatu tidak kena? Tidakkah difikirkan bahawa hidup kita ini, pada pandangan dan persepsi akal, hanyalah satu kewujudan yang tidak ada makna? Bahawa kita hanya wujud, dan kemudian tidak wujud, iaitu mati. Dah. Fullstop.
Sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran, kita tentu akan cuba memegang kepada sesuatu yang lebih. Sesuatu harapan bahawa hidup ini tidaklah seperti yang dinyatakan oleh akal. Sesuatu yang dipanggil al-ilah. Yang disembah. Atau lebih tepat, tuhan sekelian alam, Allah subhanahu wata'ala.
Tanpa pegangan ini, manusia tidak dapat berfungsi. Sejak dari lahir, malah sebelum lahir barangkali, kita sentiasa mencari sesuatu yang agung. Mula-mula, akal kita fikir, oh, mak ayah. Lepas tu, dunia. Lepas tu, ah, dunia ni kecil. Barulah kita berpaling kepada sesuatu yang maha itu, iaitu Allah.
Tanpa-Nya, kita tiada apa-apa. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...
No comments:
Post a Comment