[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Tuesday, April 21, 2009

0059 - Potpet

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, tetamu ana yang ana hargai. Marilah masuk.

Ah, kat sebelah ni ada novel, baca baru sikit. Rasa macam nak baca manga lagi best. Ahhhh, ketagihanku sudah mencapai tahap kritikal! D:<

Baru baca jugak entri blog abang Syarifuddin tadi. Tersenyum sinis sikit adalah, tapi takdelah terguling-guling. Gerakan Kepala Botak XD

Baiklah, tazkirah yang ingin diberi pada hari ini akan bermula... sekarang! Gambar yang dilukis dengan inspirasi adik ana (syukran) ialah orang yang tak henti-henti cakap.

Bercakap ialah satu bentuk komunikasi yang sangat penting dalam tamadun manusia. Tanpa percakapan, manusia mempunyai akal untuk berfikir, tetapi tidak mampu meluahkannya dengan berkesan.

Dalam kebaikan percakapan ini, ada juga keburukannya. Kita asyik dengan bercakap-cakap, tiba-tiba, termasuk pula topik kawan kita. Perbualan santai bertukar sekelip mata menjadi sesi tukar gosip dan mengumpat. Ish, ish, ish...

Mengumpat itu pula kalau perkara yang dibualkan tu benar. Lagi teruk, kalau buat cerita. Naik taraf pulak jadi fitnah yang lebih teruk daripada membunuh. Kalau bunuh, hilang nyawa, begitu saja. Kalau fitnah, paling buruk, hilang maruah, orang tak percaya, merana hidup, lagi baik mati.

Maka, apakah yang boleh dilakukan untuk mencegah gejala sosial ini ?! Yalah, fitnah pun kira gejala sosial juga, kerana kita lakukan ketika bersosial! Satu cara ialah melakukan hanya satu perkara yang sangat mudah. Katakan yang baik atau diam saja. Mudah sangat untuk buat, tapi tak dibuat juga, tak ada faedahnya, kan?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran