[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Sunday, April 19, 2009

0057 - Kegelapan itu Hasad

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, janganlah terperap di depan skrin ini saja. =P

Oh yea, terlupa nak cakap selamat hari lahir kepada cikgu arasy, cikgu alia dan cikgu hawa yang semuanya pada minggu ini. Moga dirahmati Allah! ^^

Pah, inspirasi untuk blog ni kadang-kadang payah nak dapat. Kadangnya sampai termenung kat photoshop, apalah yang ana nak lukis nih? Haha.

Baiklah, alhamdulillah Allah masih memberi idea kepada ana untuk nasihat buat semua. Gambar yang dilukis pada hari ini ialah seorang yang agak menakutkan, memegang pisau yang bersinar.

Lihat orang itu, apakah motifnya sekarang? Ya, barangkali sedang dihasut syaitan, kemungkinan hasad kepada seseorang dan ingin menyakiti orang itu. Rasa macam pembunuh bersiri pulak. *herr*

Mengapakah kita hasad? Hasad ialah perasaan tidak suka kepada kejayaan orang lain dan merasa "mengapa aku tidak mendapat nikmat itu? agh!" Begitulah hasad dalam sepintas lalu maksudnya.

Hasad boleh menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Jika orang hasad itu tidak menyakiti orang yang ditujukan itu, kemungkinan dia akan menyimpan sebagai dendam yang disimpan dan diperam. Hasil dendam ini: menyakiti orang tidak bersalah atau merosakkan harta awam atau orang lain.

Kita harus menghindari sifat mazmumah ini. Bagaimana? Satu, kita hendaklah berpaling kepada Allah, dan redha dengan kehendak-Nya, kerana ini satu ujian buat kita. Dua, kita boleh juga sama bergembira dengan orang itu, maka kita taklah marah-marah pula. Kan lebih bagus tu? Tiga, kita bergaul dengan orang yang baik, supaya tidak timbul perasaan hasad ini.

Hasad ini sesuatu yang mesti dihindari. Melalui ayat Quran, kita boleh meminta perlindungan daripada Allah supaya kita tidak disakiti orang yang hasad.
Dan daripada kejahatan orang hasad apabila dengki. (al-Falaq:5)
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

No comments:

Post a Comment

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran