[] ...Ummul Kitab... []

Aku Berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang Direjam
[1]
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
[2]Pujian bagi Allah, Penguasa Seluruh Alam
[3]Maha Pemurah dan Maha Penyayang
[4]Pemilik Hari Ad-Deen
[5]Kepada Engkaulah Kami Beribadah dan Kepada Engkaulah Kami Meminta Pertolongan
[6]Tunjukkanlah Kami Jalan yang Lurus
[7]Jalan Orang yang Engkau Beri Nikmat, Bukanlah Orang yang Engkau Murkai dan Bukanlah Orang yang Sesat
Amiiin...

Monday, July 6, 2009

0089 - Bisikan Licik

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda lagi. Selamat datang kepada satu sesi lagi tulisan ana tak seberapa, kan?

Aiseh... minggu depan ulangkaji intensif, ada lagi yang tak habis silibus... =_=" Ana pun baru nak mula intensif nota ana yang baru nak start PSI... argh. Moga-moga dapatlah.

Durian pun memeningkan kepala pagi tadi. Rasa macam kepala nak gerak ke sana sini. Mual takdelah pulak. Ah, biar sajalah. Sekarang pun rasa takde apa.

Anyway, kita mula untuk sesi hari ini, dengan gambar yang comel lagi molek. Kelihatan orang lengkap berjubah dan berkopiah.. dengan sorang mamat merah duk urut bahunya.

Tahulah kan siapa itu mamat merah ini? Ya, itulah gambaran syaitan yang direjam. Musuh kita yang dicipta oleh Allah untuk menguji iman dan taqwa kita kepada-Nya. Seperti yang kita semua kata, kita benci syaitan kan? Benar-benar benci?

Habis, mengapalah kita duk mengikut cakap perihalnya sampai ada yang terpesong sangat (nauzubillah) sampai memuja dan menyembah syaitan tu. Lagi teruk dari syaitan. Syaitan dia tahu siapa Tuhan dia. Cuma dia satu saja, dia sombong dengan kita, sebab dia asal api membara dan kita asal tanah kotor dan busuk.

Syaitan ni dia licik. Kalau yang jahat-jahat, dia hantar syaitan yang ranking dia rendah. Senang nak goda. Kalau yang baik-baik, dia hantar yang general, yang komando pun ada. Maka, lebih beriman kita, lebih mudah kita terjerumus ke dalam perangkap laknatullah ini.

Sebenarnya, ada sejenis syaitan yang mungkin tak disedari, tetapi memang boleh dilihat dengan mata kasar. Asalkan tak buta sudah. Nak tau? Aaa, kita ambil dari dua ayat akhir surah an-Nas.
Yang membisikkan kepada telinga manusia. Daripada jin dan manusia. (An-Nas: 5-6)
Bacalah tu. Hah, rupanya ada syaitan yang bertopengkan manusia, seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru ana. Maka, berhati-hatilah dengan syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Thursday, July 2, 2009

0088 - Penjaga Senyap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang masih berlekit lekat dengan coretan ana yang berhabuk ini.

So oklah, laaaaaama sangat tak menulis. Rasa macam otak tengah jem pulak untuk idea apa nak tulis. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga inspirasi dalam bentuk pengalaman baru.

Hari ni pun rasa macam penat. Program ulangkaji intensif bermula kurang 2 minggu lagi. Tanggungjawab pengerusi kelab telah dilepaskan. Fuh. Legaaa.

Apaapajelah. Jika hendak ditulis apa-apa, kita mulakan dengan gambar, kan? Baiklah, jadi gambar ini suatu lukisan buruk yang menggambarkan ayah ana, yang ana panggil Abati. Bukan Abi, ye. Pergilah tanya ustaz bahasa Arab terdekat anda.

Walaupun Hari Bapa sedunia telah pun berlalu, masihkah anda teringat lagi kepada ayah anda? Kalau ayah ni, ada dua jenis yang dapat ana fikirkan. Satu, yang jenis senyap, yang tak banyak cakap kecuali kalau kita cakap dulu. Inilah ayah ana. Ramai ayah macam ni, kita fikir ibu lebih dominan dari segi bebelan. =P

Ada juga yang garang, macam ayah kepada seorang cikgu ana. Ayah ni seorang polis, sangat garang. Kalau baru nak angkat jer nak pukul, anaknya semua terus melalak meminta belas kasihan. Ayah yang tegas ini pun ada juga kebaikannya, mendorong anaknya, walaupun dengan caranya tersendiri.

Ada juga ana kenal orang yang sudah tiada ayahnya. Ayahnya meninggal semasa kawan ana ni kecil lagi. Ana dengar daripadanya tiga tahun lepas, kalau tak silap. Sebak ana mengingati kawan ana ni. Lagi hargai ayah ana yang sudah meningkat usianya kepada umur 42 tahun ni.

Jadi, hargailah ayah anda. Orang ni bertungkus lumus bermandi peluh meredah lautan api- eh silap. Yelah, faham-faham sajalah. Ayah kita penting kepada kita, tanpanya, kita tidak akan wujud di dunia ini! Kan gen-gen dalam DNA kita separuhnya warisan daripada ayah kita? =D

Renungkanlah, kerana petunjuk itu bagi orang yang berfikir. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wednesday, July 1, 2009

0000 - Bonus!

So yeah, ana tengok blog Faiz J. ¬_¬

1. Besides your lips, where is the favorite spot to get KISSED?
Cheeks, I guess.

2. How did you feel when you woke up this MORNING?
SIX AM FFFF-

3. Who was the last person / people you took a photo WITH?
Forgot, been a LONG time since this happened.

4. Would you consider yourself SPOILED?
Quite.

5. Will you ever donate BLOOD?
Hurts, but sure.

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite SEX?
Of course not. That would be silly.

7. Do you want someone to be DEAD?
Why would I?

8. What does your last text message SAY?
No-phone pledge till I reach university.

9. What are you thinking about right NOW?
How weird it is that I'm actually typing for my blog right now.

10. Do you want someone to be with you right NOW?
That would be nice. Especially... hehehe, oh nevermindyou.

11. What was the time you went to bed last NIGHT?
Nine thirtysomething.

12. Where did you buy the tee you are wearing NOW?
Kedah, probably.

13. Is someone on your mind right NOW?
Not really.

14. Who was the last person who text YOU?
See No. 8.

TEN Lucky Person to do this quiz…
10? Waaaaay too many. Okay, let's pick everything on my list. Simple yet uneffective.
1. Muhsin the Action Camen! Bebebebeep.
2. Rashid the Laughably Serious. He means it.
3. Baem the Strangely Named. Often the butt of jokes.
4. Al-Amin the Ollllld Friend. Still humorous.
5. Amin with the Rly Srs Bznz. I mean, whoa.
6. Aisyah the uh, first Girl on this List. Huzzah.
7. Nurazah the Respected or Whatever. She's quite worded.
8. Azlina, who actually deserves the title Supergenius. Nuff said.
9. Aliyah, er, Cookie Monster. Nomnomnom.
10. Zuhairah, Veggie Hater. Names are _way_ too close.

15. Who is no.2 having relationship WITH?
Relationship? This guy? No way, man.

16. Is no.3 a male or a FEMALE?
Male.

17. If no.7 and no.1 get TOGETHER, would it be a GOOD?
Serious + Un-serious = Kaboom.

18. What is no.1 STUDYING?
Everything at once, probably.

19. When was the last time you chatted with THEM?
Less than half, probably this morning. Other more than half, probably last eternity. =(

20. Is no.4 SINGLE?
No idea.

21. Say something about no.2
You know, you would make a perfect match with- ah nevermind.

22. What do you think about no.3 & no.6 being TOGETHER?
I doubt I'll see a wedding ceremony.

23. Describe no.9.
Can I has kukis?

24. What will you do if no.6 and no.7 FIGHT?
Would probably never happen, since one is quite passive.

25. Do you like no.8?
I guess I do, probably, as a rival. I do compete with her academically. Quite fierce, I must say. I think she regards me as a rival as well. Yay.

And that is a very long quiz.

Tuesday, June 2, 2009

0087 - Meow, Kitty!

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua. Sila baca perenggan di bawah kerana perenggan ini tiada makna sama sekali.

Kelas kelas kelas... banyaknya benda nak dibuat masa cuti. <_<>_> Hah. Takde apa nak buat, cuma komputer jer. Apaapajelah, pergi je kelas.

Seekor anak kucing yang comel datang semasa kelas bio. Diambil, kemudian, dengan tidak semena-mena, pergi gigit kaki. Geram, pergi ambil kerusi, kejar kucing keluar. Lega.

Apapun, kita mulakan tazkirah hari ini dengan muqaddimah, iaitu gambar seekor kucing (jangan risau, kucing ini ada badan) Berapa ramaikah antara anda tidak menyukai kucing? Lebih-lebih lagi kucing hitam, ana tahu ada orang yang tak suka.

Balik ke cerita ana tadi, lepas dah kejar dengan kerusi tu, ana rasa lega, tapi sekejap saja. Terfikir pula, apakah implikasi perbuatan ana ini di akhirat nanti? Tengok kucing tu, takkan gigit saja-saja. Mungkin lapar, dan ana tak langsung menyeksanya hanya kerana nak cari makanan.

Kita ambil satu contoh sahabat pula, Abu Hurairah. Kalau nak dikatakan, Abu Hurairah ni memang sangat suka anak kucing, sampai diambilnya dan disimpannya dalam pakaian sambil berjalan, kerana itulah namanya diberi begitu, bermaksud bapa kucing.

Dalam Islam, kita digalakkan supaya berlaku baik kepada semua makhluk, tak kiralah manusia, haiwan atau tumbuhan. Haiwan tak boleh dibunuh sesuka hati, hanyalah untuk pemburuan. Tumbuhan pun tak boleh dicabut atau ditebang sewenang-wenangnya, sampai dalam peperangan pun tak boleh. Banyak lagi sebenarnya cerita tentang kebaikan kepada haiwan, itu boleh cari sendiri atau tanyalah ustaz terdekat anda.

Baiklah, wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Monday, June 1, 2009

0086 - Hayaa'

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada ahli-ahli fikir yang merenungi alam hasil ciptaan-Nya ini.

Rasanya macam cuti kali ini akan berlalu begitu saja, tanpa sebarang makna. Bukan buat banyak sangat pun masa cuti. Tapi tension fikirkan bila buka sekolah nanti banyak kerja. DX

Melihat video hari guru yang dibuat form 4 dan form 5, ana tersenyum tersahaja. Nanti nostalgik pulak dibuatnya ana ni bila tengok balik. Lagunya pun cantik, A Land Called Paradise.

Habislah pot pet ni, kita teruskanlah dengan tulisan pada hari ini. Gambar, melihatkan seorang manusia yang... nampak macam dipadam mukanya.

Mengapa ana pergi padam muka orang ini? Hah, mungkin kerana orang ni malu kot dilihat mukanya. Agaknya nak melindungi privasi diri kot, takut sangat orang tengok dia kat sini. Hahahah.

Baiklah, kita cakap tentang malu. Malu itu, secara amnya, tidak mahu melakukan sesuatu disebabkan takut oleh pemerhatian seseorang yang lain (kamus dewan tertinggal kat sekolah yek) Maka, malu ni takut nak buat sesuatu sebab orang lain tengok. Dah. Kompleks sangat ker?

Malu ada bertempat dan tak bertempat, mengikut kata-kata orang. Malu yang bertempat ialah malu untuk melakukan sesuatu maksiat atau keburukan. Ini memang baik, kerana sudah fitrah manusia benci kepada manusia. Bagaimanapun, malu ini lebih baik dituju kepada Allah, dan bukan manusia, kerana kalau begitu, kita bertuhankan pendapat manusia, bukankah begitu?

Malu tak bertempat pula ialah malu untuk menegur orang atau malu untuk melakukan sesuatu yang baik, seperti solat, kerana takut diperlekeh dan dipermainkan oleh orang lain. Malu jenis ni patut dielak, apa kita kisah pendapat dan cacian orang, perintah Allah untuk menyebar kebenaran dan cegah kemungkaran lagi tinggi.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sunday, May 31, 2009

0085 - Tua Terbongkok

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada pembaca yang masih ikut lagi perkembangan tulisan-tulisan ana ini.

Balik kampuuung~ Muar, Johor, jenguk datuk nenek sebelah ayah. Panggilan Atok, Embah. Ada lagi nenek saudara panggil nenek jer. So much love for these people :3

Terasa nanti bila dah sampai no. 101, nak tukarlah sikit format entri-entri ana ini supaya tidaklah banyak sangat ana kena taip. Lagipun 101 ni hanyalah sebagai 'projek' ana untuk tengok boleh ke ana buat. XD

Baiklah, habis bebelan tidak berguna. Mulakan bebelan berguna, dengan gambar yang sudah menjadi kebiasaan. Gambar hari ini menunjukkan seorang tua yang sudah terbongkok dan memegang tongkatnya sekali. Terlupa nak lukis orang tua ni terketar-ketar. Biarlah.

Bila kita balik ke kampung, buat orang yang masih ada lagi orang tua, pasti gembira menemui mereka. Salam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Buat yang sudah tiada lagi orang tua, doakanlah mereka dalam kubur tu. Mak ana kadang-kadang suruh ana bacakan Yasin untuk datuk sebelah mak ana yang sudah meninggal. Bacalah walaupun sedikit, Fatihah pun bolehlah.

Rasulullah pun menghormati orang tua, bahkan orang tua kafir pun dihormatinya. Mungkin pernah dengar kisah Umar dengan Yahudi buta tua. Yahudi ni kerapkali disuap makan oleh Rasulullah ketika hidup. Yahudi ni, tak tau yang menyuapnya siapa, lalu selalu mencemuh Rasulullah.

Bila Rasulullah wafat, Umar pergilah untuk membantu si tua ni. Dengar Yahudi ni mencaci Rasulullah, geramlah, lalu disuapnya dengan keras sikit. Yahudi tu cam "Engkau bukan orang yang selalu suap aku. Kau suap kasar, tak kunyah sampai lumat macam orang sebelum ni."

Umar pun tanya, "tau ke siapa yang menyuapmu selama ini?" Yahudi tu kata, tak. Umar pun bagitaulah, "Rasulullah yang kau caci tulah yang suap kau selama ni." Lihat, betapa baiknya Rasul kita kepada orang tua, buta, lepas tu kafir pulak. Kita hari ni macam mana? Mak ayah diherdik dicaci gitu je, apa lagi orang tua lain.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 26, 2009

0084 - Kekecewaan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini yang masih hidup, walaupun nyawa-nyawa ikan. XD

Habissssss peperiksaan semester pertamaku buat kali terakhir. Lepas ni takde periksa dekat sekolah lagi dah, cuma trial dan SPM saja. Terasa sedih la pulak. T_T

Semalam masa tajwid, ada satu soalan: mana waqaf hasan pada awal surah al-Haqqah. Semua tercari-cari. Penjaga kami, si Brother Bear duk tunjuk-tunjuk al-Quran dengan sengihan memanjang. Geram dan nak tergelak pada masa yang sama. =D

Oklah, blog ni untuk tazkirah kan? Ana mulakan sekarang. Dilihat gambar itu, menggambarkan seorang manusia memegang sesuatu yang kuning, mungkin kuih kot. Tapi difikirkannya benda yang lebih besar gedegang.

Pernahkah anda melalui perasaan seperti orang dalam gambar tersebut, anda mendapat sesuatu yang tidak disukai, disangkakan awalnya sesuatu yang jauh lebih hebat dan menyeronokkan. Seperti dalam istilah sastera, anti-klimaks, atau saspens yang membina kepada sesuatu yang tidak padan dengan saspens tadi.

Apakah perasaan anda pada ketika itu? Mungkin anda rasa nak menghempaskan benda itu (jika boleh pegang) ke lantai dan memijak-mijaknya dengan menjerit sekuat hati. Mungkin anda akan terima saja benda itu dengan tak puas hati dan masih menginginkan sesuatu yang lebih.

Jika anda salah satu daripada golongan yang ana sebutkan itu, janganlah berbuat begitu, kerana dengan perbuatan anda itu, anda sudah menyalahi rukun iman keenam, iaitu beriman dengan qada' dan qadar. Beriman dengan kedua-dua ini memerlukan keredaan kepada takdir Allah.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita. Mungkin Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik melalui benda yang mengecewakan itu. Mungkin itu hanyalah suatu ujian, dan jika anda tidak puas hati dengannnya, anda telah gagal dalam ujian itu. Mahukah begitu?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Wednesday, May 20, 2009

0083 - Manzili

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua kakanda dan adinda yang sangat kusayangi.

Agh, esok sejarah, blargblargblarg, tak habis baca lagi... sabarrr.. cubaaannn. Form 4 dah habis.. Form 5... bila nak baca lagi?!

Hari ini pula.. buat addmath, tak adalah sangat kertas 1. Cuma kertas 2, lamaaaa sangat, tengah buat seksyen B, tengok belakang, terlupa ada seksyen C pulak lagi. XD

Baiklah, tazkirah untuk anda sebelum ana tidur dan bersedia untuk hari esok. Kelihatan pada lukisan ana hari ini ialah sebuah rumah yang bersinar dengan sangat hebat sinarannya! Aaaaa~

Hah, saja jer. Ini ialah lukisan sangat kasar rumah ana. Anda pun mesti ada rumah, kan? Rumah ialah salah satu keperluan asas untuk manusia hidup, atau lebih tepat lagi, tempat tinggal. Orang prasejarah mana ada rumah, gua adalah. Haha.

Rumah, pernahkah kita hargainya? Bagi yang pernah pindah, ana rasa mungkin anda lebih hargai rumah lama apabila sudah pindah. Balik semula rumah lama tu, wah, nostalgia menyerang kalbu bagaikan sungai yang mengalir deras.

Rumah, adakah anda menjaganya? Okayla, mungkin ana sendiri taklah berapa sangat jaga bilik ana sendiri pun, tapi eloklah jika anda kemas-kemas sedikit sendiri kalau orang lain yang buatkan (mak, bibik, kakak, sesape la) Kalau memang dah buat, tahniah, teruskan.

Rumah, ana bandingkan dengan Islam kita. Kita jaga, lebih baik daripada orang jagakan untuk kita. Kita tinggalkan, terasa resah dan ingin pulang. Kita hargai, kita akan dapat mengecapi kemanisannya yang sebenar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuesday, May 19, 2009

0082 - Kawan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada rakan-rakan ana di luar sana yang ana sangat sayang.

Hari ini, ujian bahasa Inggeris dan cerita jam penipu. Hah, alkisahnya, jam kelas rosak, orang ingat banyak masa lagi, tidur. Lepas tu, semua orang marah-marah jam. XD

Maaflah kalau ana tak berapa kerap update blog ni, sebab ana semakin ketat digunakan masa ana, dan tak ada banyak sangat masa untuk blog ini. Sooorrry~

Apaapajelah, kita mengingatkan diri sendiri dan orang lain dengan peringatan pada hari ini! Gambar itu, tidaklah menunjukkan kembar tau. Hanyalah dua orang kawan yang sangat rapat sekali.

Adakah anda mempunyai rakan yang rapat dengan anda? Jika ada, maka tahniah, anda telah mendapat suatu bekalan untuk akhirat nanti dalam bentuk peluang berbaik dengan kawan.

Kalau tiada, apa tunggu lagi, pergi cari. Kawan amat bagus untuk dapat. Ana ada tahu beberapa orang yang mengatakan mereka tidak dapat hidup kalau tak ada kawan yang sentiasa bersama mereka. Orang ni ana tabik, sangat hargai persaudaraan.

Kawan yang sejati ana tahu, membantu antara satu sama lain. Juga sangat mementingkan kesejahteraan kawan yang lagi satu, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi dan membawa kebaikan untuk rakan lagi satu.

Satu contoh yang sangat bagus ialah persahabatan antara Abu Bakar as-Siddiq dan Rasulullah S.A.W. Tengok Abu Bakar ni, mengiyakan semua kata-kata Rasulullah, sanggup korban diri untuk Rasulullah, dan banyak lagi ana tak dapat masukkan di sini. Contohilah sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh Abu Bakar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sunday, May 17, 2009

0081 - Peperiksaan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada manusia-manusia yang sentiasa melalui ujian Tuhannya.

Peperiksaan esok bagi sekolah menengah ana, adakah anda bersedia? Ada buku bahasa Melayu di tepi ana ni, menunggu untuk dibaca.

Ahad, tak banyak sangat berlaku. Cuma ana dapat meja baru untuk letak komputer dengan study. Sebelum ni meja kemetot jer ana ada. Syukuuur~

Alkisahnya, kita bermula dengan tazkirah untuk anda dan ana pada hari ini. Gambar yang dilukis menggambarkan dua jenis orang yang berhadapan dengan peperiksaan.

Jenis orang yang pertama, gelabah, prepare pada saat terakhir, kemungkinan malam periksa ataupun lagi teruk, pagi peperiksaan itu sendiri! Janganlah jadi orang ini.

Jenis orang yang kedua, confident, yakin. Hal ini demikian kerana orang ini telah pun bersedia lama untuk peperiksaan ini dan semua pelajarannya dalam otaknya. Malangnya ana tidaklah tergolong dalam golongan manusia seperti ini. Hahahah.

Apakah yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri untuk peperiksaan? Tip yang ana dapat berikan ialah sediakan diri awal-awal, jangan tidur lambat sangat, tawakkal kepada Allah, fahami semua pelajaran sebelum ulang kaji, istiqamah dalam ulang kaji.

Dengan ini, ana mengucapkan selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar sekolah menengah, apabila lihat soalan payah, jangan takut, buat soalan senang dahulu, dan kembali kepadanya. Kalau tak boleh lagi, berserah kepada Allah dan buat sajalah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaam...

Saturday, May 16, 2009

0080 - Guru, Insan Mulia

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada, hmm, manusia jelah. Takde idea nak cakap apa lagi. =P

Hari ini tak adalah banyak sangat aktiviti. Kedengaran form 5 buat barbeku kat sekolah, tapi ana tak datang, sebab memang latihan sabtu tradisi ana tak datang. =(

Lagi berita, hari ini, ialah 16 Mei! Bermaksud hari ini ialah hari untuk menyambut Hari Guru, hari yang menandakan penghargaan dunia kepada guru!

Tazkirah hari ini pun berkisar tentang guru, seperti yang digambarkan dalam lukisan ana. Sebelum itu, guru itu apa sebenarnya? Dalam erti kata mudah, guru ialah orang yang memberi ilmu.

Tidak kira ilmu itu banyak segunung buku, ataupun sekadar satu tambah satu. Masih dikira guru. Kalau adik kita pun ajar sikit kita, kita panggilnya guru. Maka apakah yang mendefinisikan guru yang baik?

Guru yang baik selalu cuba memperbaik dirinya supaya dapat mengajar muridnya dengan lebih baik. Guru seperti ini patut dijadikan contoh kepada semua orang yang ingin menjadi guru. Ikhlas dalam tugasnya dan tidak mementingkan materialiti.

Guru, walaupun seberapa muda atau tua, kaya atau miskin, harus dihormati dengan rendah diri, kerana kita mendapat suatu ilmu daripadanya. Ilmu itu sangat berharga, walaupun sedikit mana sekalipun. Malahan, ilmu bermanfaat salah satu perkara yang kita bawa ke kubur dan terus mendapat pahala daripadanya.

Oleh itu, berusahalah untuk menjadi guru, dan sampaikan ilmu kepada orang lain. Banyak manfaat yang dapat kita peroleh dengan memberi ilmu kepada orang lain. Orang lain dapat manfaat, kita dapat pahala, dua-dua dapat kebaikan.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam..
P.S. Ada satu kesalahan dalam gambar. Cari kalau boleh... =P

Friday, May 15, 2009

0079 - Bangkitlah

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada semua saudaraku di luar sana, sama ada sekeluarga atau seagama.

Semakin kurang update belakangan ini. Kemungkinan sebabnya ialah peperiksaan yang akan datang pada minggu hadapan. Maaf kalau ana terlepas sikit.

Herh, tadi balik sekolah untuk hadir mesyuarat, tapi tersilap tempat, menyebabkan ana terlepas mesyuarat. Takpelah, ana pun benci mesyuarat. :3

Apaapajelah, ana akan memberikan sedikit tazkirah untuk anda dan ana. Tazkirah hari ini berkaitan dengan keadaan umat Islam pada pandangan dunia sekarang.

Terasa ana ingin menangis sekarang, tetapi tidaklah mengalir air mata. Kasihan tentang keadaan umat Islam sekarang, sungguh daif dan mundur, dibandingkan dengan pihak kuffar.

Dunia Barat kini maju dengan bantuan ulama-ulama terunggul Islam terdahulu, seperti Ibn Nafis dan Ibn Sina. Orang Islam dahulu berpegang erat pada agama Islam sebenar. Kita? Bahkan ada yang tidak menyentuh langsung Quran di rumah, kan?

Apakah umat Islam sudah tidak mengikuti jalan yang diberi oleh Rasulullah? Apakah Quran dan Sunnah sudah menjadi hanya sekadar tulisan dalam buku, untuk dibaca semata-mata dan tidak diamal. Alilmu bila amalin kashajaru bila thamarin, ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah.

Untuk memajukan dunia Islam kembali menjadi kebanggaan umat Islam dahulu, kita semua mesti kembali kepada dua harta yang ditinggalkan oleh Nabi saw, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Ambillah Quran sekarang, bacalah. Ingat kembali sunnah Rasulullah, amalkanlah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Tuesday, May 12, 2009

0078 - Peluru Apa Gunanya?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada sesiapa yang memang baca perenggan ini pun. Heh.

Hari ni rasa macam terbuntu sikit nak buat entry apa. Mungkin hari ni nak tidur awal sikit, biasanya ana tidur pukul 12 belakangan ini. Tukar jadual tidur.

Cikgu tadi suruh buat solat minta hujan. Panas sekarang rasanya, bahang betul. Tapi, kalau esok semua mengikut rancangan, kelas ana akan membeli sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini! Yayyyy~ =D

Baiklah, kita mulakan tazkirah untuk malam ini. Kelihatan satu objek telah dilukis, apakah itu? Objek yang anda lihat ialah sebuah peluru.

Peluru, apakah kegunaannya? Biasanya peluru digunakan untuk mencederakan dan membunuh. Peluru juga biasa digunakan dengan senjata api, seperti senapang dan pistol.

Peluru berfungsi dengan menyimpan serbuk peledak di ruang belakangnya, yang dicetus oleh pengetuk di dalam senapang atau pistol. Tanpa pengetuk ini, peluru tidak dapat melakukan apa-apa kerosakan. Hanyalah sebagai sekeping logam yang tiada guna.

Seperti dalam diri kita, kita semua mempunyai saluran-saluran untuk melakukan kejahatan dan kerosakan. Bagaimanapun, kita tidak melakukan kejahatan sewenang-wenangnya. Mengapa? Ya, kerana kita memerlukan suatu cetusan untuk mendorong kita melakukan kejahatan itu.

Pencetus-pencetus ini ada banyak, seperti rakan sebaya, pengaruh media, dan sebagainya. Kita boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam kemaksiatan dengan mengelak pengaruh-pengaruh yang tidak baik ini dan menapisnya. Hidup lebih bagus tanpa maksiat.

Wallahua'lam, renungkan, wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Monday, May 11, 2009

0077 - Senioriti

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, seorang hamba Allah yang sama saja seperti ana.

Hari ini, tak ada banyak sangat. Cuma adalah sikit belajar ekonomi dengan kawan, tu pun terlentok. Haha, tak ingat bila tertidur. Ingat sayup-sayup pasal pelaburan... pastu blank. XD

Lagi berita, ana siap nota komsas spm dan duduk di tepi keyboard ni sekarang. Rasa macam telah mencapai sesuatu, rasa best pulak dalam hati.

Apa-apapun, kita mulakan tazkirah buat kali ini. Gambar yang dilukis ialah seorang manusia pendek melihat seorang lagi yang jauh lebih tinggi. Nampak macam takutlah pulak, sampai menggigil.

Inilah pandangan seorang kanak-kanak kecil terhadap seorang dewasa. Orang yang tinggi dan patut diikuti kata-katanya. Kalau tidak, pasti dimarahi. Bukankah begitu fikiran anda semasa kecil?

Kalau diletakkan dalam konteks pelajar di sekolah, yang junior melihat tinggi pada yang senior. Apabila abang senior baik, maka junior kagum dan ingin mencontohi. Apabila senior tak berapa baik, ah, tahu sajalah akibatnya.

Beginilah senarionya. Orang yang lebih tua memikirkan dirinya sudah gah dan tidak perlu mengikut peraturan. Apabila dilihat oleh orang yang lebih muda yang melihat tinggi pada orang tua, persepsi negatif akan terpahat pada fikirannya.

Apakah yang kita harus lakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Perbaik diri sendiri supaya menjadi contoh kepada yang lebih kecil, dan nasihati si kecil dengan lembut dan tidak keras. Dengan izin Allah, kita dapat menyebarkan sifat soleh dalam diri semua orang. Mulakan dengan si kecil.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Sunday, May 10, 2009

0076 - Ibu, Wirawatiku

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada hadirin yang sentiasa dirahmati oleh Allah subhanahu wata'aala.

Hahh, tak kesampaianlah update catch-up Sabtu. Tak mengapalah, nanti ada ganjaran yang menanti dalam bentuk nota komsas spm ringkas dan padat! =D

Hari ini, seperti yang anda semua pasti tahu, ialah Hari Ibu. Apakah yang anda beri pada ibu anda? Ana beri kad jer, takdelah sangat. Adik ana bagi senyuman. =)

Tazkirah yang akan dimulakan hari ini juga berkisar tentang sejenis manusia yang bergelar ibu. Ibu, manusia perempuan yang menjaga seseorang sebagai anaknya. Tak kiralah ibu kandung ke, ibu tiri ke, tetap namanya ibu.

Banyak sebenarnya gelaran ibu ni. Mama, mummy, mum, umi, dan banyak lagi. Tetap hebatnya orang ini. Kalau ibu kandung lagi tinggi statusnya. Beliau melahirkan semua jenis makhluk, tak kira manusia, haiwan, atau tumbuhan. Cuma yang tumbuh dari diri sendiri (asexual) dan 2 manusia, Adam dan Hawa saja tidak dilahirkan ibu.

Ibu ini, kalau konteks manusialah, seorang yang pada naluri dan fitrahnya memang penyayang. Adakah ibu yang tidak menyayangi anaknya? Kalau ada, itu ibu psiko barangkali. Dah tiada kemanusiaan dah.

Ibu ini, banyak berjasa kepada kita. Menyusui kita, menjaga kita, menyayangi kita, menyara kita (kalau bukan suri rumah) dan menyokong kita bila kita memerlukannya. Tidakkah kita rasa sungguh kerdil berbanding ibu?

Kalau begitulah, mengapa semakin ramai anak menderhaka kepada ibu? Mengapa ibu sudah semakin diperlekeh setelah bermandi peluh dan berkorban untuk anaknya? Padahal pepatah Arab mengatakan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu!

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Saturday, May 9, 2009

0075 - Siapakah Anda?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana tidaklah mengetahui identitinya.

Hari ni penuh dengan benda yang berunsurkan pelajarannn, banyaknya. Bengkel perdagangan, ekonomi. Bagus yeak, dapat banyak ilmu.

Balik rumah, diiringi bau yang enak dan membangkitkan rasa ingin tahu. Tengok dapur, homemade piza. Wah. Rasa nak terjerit masa tu. XP

Baiklah, kita mulakan sesuatu benda yang dinamakan peringatan untukmu dan untukku, iaitu tazkirah. Gambar yang dilukis di ruang gambar menunjukkan semua orang mempunyai tanda soal pada muka.

Kalau anda guna internet, anda pasti pernah terserempak dengan orang yang tidak anda kenali. Mesti kali pertama bertemu, jengkel bukan? Biasanya kalau kat internet ni, namanya Anon ke, Guest ke. Tidak diberitahu nama.

Rasa macam, lebih geram bila cakap, dia tahu kita, tapi kita tak tahu dia siapa. Geram. Rasa ingin tahu membuak-buak bagaikan magma dalam gunung berapi. Tetapi, apakan daya. Kita tidak dapat tahu melainkan orang itu mendedahkan atau orang lain yang mengetahui.

Kalau situasi ini berlaku dalam kehidupan sebenar, tentu orang itu memperkenalkan diri. Tetapi ciri internet yang paling ketara ialah kesamaran identiti diri. Kalau kita tak dedah, siapa pun tak tau. Identiti ini bagus juga kalau disembunyi untuk keselamatan.

Tapi kalau dah orang yang kita kenal, tak payah lah sembunyi identiti tu. Buat naik geram jer orang tu. Berbuih darahnya. =D Kan orang muslim itu bersaudara. Kalau tak tau saudara, bagaimana nak bersatu?

Wallahua'lam. Itulah sambal saya, kalau pedas, rasalah lagi dan renungkan. Wassalam~

Friday, May 8, 2009

0074 - Tidak Disangka

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda ana ucapkan. Semoga Allah terus merahmati anda.

Malam ni sibuk jugak sikit main-main dengan photoshop, best jugak, esok pun cuti. Cuma ana tak berapa mahir sangatlah lagi. Takpe.. practice..

Lagi-lagi, exam dah nak dekat. Apa ana buat main-main komputer ni! Ana patut baca buku tebal-tebal untuk prepare periksa! Aarrgghh!

Apaapajelah, kita akan mulakan tazkirah hari ini yang ana ada cerita yang ana lalui pada hari ini. Kemungkinan anda juga boleh ambil pengajaran daripadanya.

Oklah, ana balik dari sekolah, jalan-jalan nak pegi uia. Tiba-tiba ada satu lelaki dengan isterinya kot, dalam kereta MPV apa ntah, tak ingat jenama, panggil ana. Eh, pelik. Tak kenal pun mamat ni. Takpelah, ana pun pergi. Rupa-rupanya, dia tengah nak cari satu sekolah ni, ditakdirkan ana tahu. Driver mintak ana tolong tunjukkan dalam kereta.

Ana pun tak fikir panjang, terus cakap ya, nak menolonglah diperkatakan (takde takbur ye) Masuk-masuk, tiba-tiba ana ragu-ragu keputusan ana. Takkanlah nak tetiba masuk kereta entah ke mana. Takpelah, berserah jelah. Lepas beberapa minit, takde apa-apa, ana tunjukkan sekolahnya, nak disekolahkan anak sulungnya di sekolah darjah satu. Mula timbul rasa tak sabar nak balik ni, tapi dipendamkan jauh-jauh.

Lepas tu, tengok-tengok pejabatnya dah tutup. Lepas tu, takde apalah sangat. Lelaki tu pun hantar ana ke depan uia. Dia cakap terima kasih, ana pun pergi. Subhanallah, Allah memberi pertolongan dalam pelbagai cara, ana fikir. Tak perlu ana jalan penat kaki. Maka, ambillah pengajaran anda sendiri daripada pengalaman ana ini.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Thursday, May 7, 2009

0073 - Tunggu.

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada penunggu yang mengikuti tulisan manusia yang duduk di depan monitor ni.

Balikkk kelas fizik, sangat berguna, wah. Banyak benda baru dapat. Hehe, bawa botol air sebanyak 1.5 liter, habis sekelip mata. Peliknya. Dahagakan ilmu kot. XD

Lagi lagi, tak sampai 2 minggu lagi periksa~ aiiiii. Tak baca lagi akaun, ekon, perdagangan, pqs, psi, apa lagi yek? Relaks fera, relaks... fuhh.

Okay, ana dah relaks. Phew. Boleh kita mula tazkirah sekarang? Baiklah. Gambar yang dilukis dengan coretan fotoshop, menunjukkan seseorang menunjukkan tarikh yang tidak ditulis.

Apabila anda menunggu sesuatu yang memang anda inginkan, apakah fikiran yang terlintas di hati? Adakah: "lambatnya, lambatnya" ataupun "tak kisah la" ataupun "sabar, cubaan".

Cuba kalau fikiran #1. Kita fikir, ehhh, lambatnya nak dapat apa yang aku nak. Kita asyik check masa, check tarikh. Masa dirasakan sangat lambat berlalu. Kalau boleh nak je back to the future. Hahaha. Tapi, masa dibazirkan dengan hanya menunggu.

Kalau fikiran #2. Ah, tak kisah la aku. Bukannya penting sangat benda tu. Tinggalkan jelah. Kalau macam ini, putus asa sebelum berusaha. Kalau terus begini, anda tidak akan berjaya dalam hidup. Cepat putus asa.

Fikiran #3! Inilah mindset yang perlu setiap orang ada. Kita hanya berserah kepada Allah, kerana tidak tentu hidup ini. Mungkin benda itu sudah tiada nanti, mungkin kita terlepas peluang, mungkin kita sudah mati. Mana tahu? Oleh itu, bersabarlah, kerana Allah itu bersama orang yang sabar.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam... PS: Cuba teka tarikh yang ditunjuk tu. Memang sebenar kalendar ni.

Wednesday, May 6, 2009

0072 - Sooorrrry

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada saudara kepada si kerdil ini, bacalah lagi tulisan ana ini.

Ahh, sudah miss pulak hari post. Mungkin nanti ana buat double post sabtu nanti, tapi tak tahu lah, tengok inspirasi nanti ada ke tak.

Dalam berita lain, karangan bahasa melayu 14 sudah pun siap, maka ana pun boleh relaks sikit, walaupun ada lagi kerja yang perlu disiapkan, sekurang-kurangnya bolehlah menghela nafas lega sikit.

Oke, kita bertazkirah lagi pada hari ini! Gambar yang menunjukkan sebuah kepala manusia meminta maaf. Heheh, terlupa pulak nak lukis badannya. Takpelah.

Kalau ada orang melakukan kesilapan, kecil sahaja tetapi menyinggung perasaan anda, apakah yang anda akan buat? Kalau dah dibuat muka macam dalam gambar tu, tak dinafikan memanglah barangkali anda akan maafkan.

Tetapi, bayangkan jika orang itu buat kesalahan, tetapi tidak meminta maaf. Maka apakah yang akan anda buat? Adakah anda akan menyimpan dendam terhadap orang itu? "Apalah orang ni, dah buat salah, tak nak minta maaf."

Meminta maaf dan menyimpan dendam. Kita fikirkan kedua-duanya. Meminta maaf akan mendamaikan antara dua pihak yang berbalah, dan perkara itu dilupakan setelah beberapa ketika.

Kalau menyimpan dendam pula, orang itu mungkin sudah lupa kesalahannya, tetapi kita pula masih menyalahkan orang itu, walaupun sudah lama berlaku. Silap haribulan, kita melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang yang bersalah itu.

Fikirkan, apa yang Rasulullah akan buat dalam situasi ini? Ya, beliau lebih cenderung kepada memberi kemaafan, kerana itu lebih baik daripada membalasnya dengan kejahatan lagi. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

Monday, May 4, 2009

0071 - Perangkap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang membaca untuk mendapat ilmu dan pengajaran.

Tengah taip, tengah buat homework bahasa melayu. Sekarang, hampir siap karangan yang memerlukan isi. Yang lain cuma ingin dihabiskan sahaja. Alhamdulillah.

Nampaknya, daripada pengakuan rakanku, gerakan kepala botak telah pun dibubarkan kerana kemelut dalaman. Ana sedih melihat gerakan yang sungguh berkaliber ini pergi begitu saja. Tidak mengapalah. XD

Lawak pun lawak, kita mulakan tazkirah yang separuh masak ini sajalah. Gambar yang dilukis untuk menghiburkan diri ialah seorang manusia, yang terperangkap dalam satu sangkar daripada pandangan atas.

Bagaimana rasanya apabila kita terperangkap, dan tidak mengetahui mengapa kita diperangkap? Tentu kita akan merasa marah, bukan? "Mengapa aku dikurung begini! Aku mahu keluar!" Begitulah jika manusia dalam gambar itu boleh bercakap.

Kalau orang itu diperangkap atas alasan dan motif yang benar, tetapi tidak dijelaskan kepadanya, samalah reaksinya seperti jika tiada motif. Hanya apabila orang dikurung itu menyedari sebab dikurung dan menyedari kesalahannya, barulah dia tidak akan merasa marah.

Jika ada kelihatan coretan ini berkaitan dengan suatu akta yang anda semua tahu, bukan itu maksud ana. Maksud ana ialah hari ini, terdapat orang yang diajar mengikut ajaran Islam tanpa mengetahui sebabnya. Tentu dia memberontak, kerana Islam ini meletakkan batasan pada nafsu manusia.

Kalau tak tahu sebabnya, tentulah dia berkata, kenapa Islam ni kekang sangat kebebasan aku? Ikut suka akulah nak buat maksiat! Maka, kita perlulah memberinya sebab musabab mengapa undang-undang dan syariah Islam dilaksanakan, hikmahnya. Barulah orang akan menerimanya dengan baik, dan kehidupan Islam dapat dilaksana dengan kerelaan orang.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~!

Sunday, May 3, 2009

0070 - Peninggalan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, moga-moga anda sentiasa di bawah perlindungan Allah.

Pertama sekali, ana ingin minta maaf kepada fellow usrah ana kerana tidak dapat datang ke futsal yang telah dikatakan. Tak tahu pula dimesej, sebab telefon bimbit itu bukanlah kepunyaan ana.

Lagi satu, maaf kepada pembaca kerana kebelakangan ini, update semakin lewat dan ada ana terlepas satu hari dalam aturan ana, jadi maaf yea~ 0_____o

Tazkirah yang difikirkan pada hari ini akan bermula sekarang. Gambar yang dilukis pula menggambarkan waktu malam, tetapi ana ingin menyentuh tentang bulan yang sedang bersinar di tengah itu.

Bulan hanya akan nampak sinarannya dengan jelas pada waktu malam, bukan? Tetapi, adakah bulan itu bintang, seperti matahari? Tidak, bulan hanyalah seketul batu yang mengorbit bumi, sebagaimana bumi mengorbit matahari.

Jadi, bagaimana bulan mendapat cahayanya yang serba putih itu? Bukan daripada dirinya sendiri, tetapi daripada sinaran matahari. Sinaran matahari? Bukankah matahari sudah terbenam dan meninggalkan penglihatan kita? Tetapi masih diberi cahayanya melalui bulan. Hebatkan ciptaan Allah?

Matahari ingin ana analogikan kepada ulama' terkemuka yang hebat-hebat dan berilmu dahulu itu. Ulama' itu sinaran ilmunya jauh lebih terang daripada kita, tetapi kita masih boleh mempelajari ilmunya dan menyebarkan kepada orang lain.

Ulama' dahulukala sudah mati, tetapi kita masih boleh menyebarkan cahayanya, seperti bulan menyebarkan cahaya daripada matahari yang sudah terbenam. Manfaat ilmu itu, kita sebar, kita dapat pahala, ulama' dulu pun dapat pahala. Kan best tu? =D

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Saturday, May 2, 2009

0069 - Awan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang kemungkinan sedang tidur pada masa ana menaip ini.

Kebelakangan ini, ana rasa semakin banyak menggunakan komputer untuk menulis dan berinteraksi dengan orang. Selama ini, main game banyak je. XD

Fikiran sekarang berada di awang-awangan... tidak tahu apa itu halangan... tidak mengerti apa itu kemalangan... hanyalah arus kehidupan, kematian...

Gah, bosan. Teruskan dengan tazkirah kita! Gambar yang kita lukis hari ini... ah, ah... awan! Cantik kan awan, kan, kan? Awan... sungguh cantik...

Awan itu, dengan sekali pandang saja, nampak seringan kapas. Nampak seperti tiada halangan, tiada batasan. Tetapi, mengeluarkan hujan, kadang-kadang sangat lebat. Eh, tengah hujan pulak sekarang. 0_0

Tetapi, kalau kita tunjuk kepada budak yang tak tahu apa-apa, lepas tu kita tanya dia, awan tu dibuat dari apa? Tentu dia cakap sesuatu, tapi ana rasa tidak akan berkaitan dengan hujan. Kalau tak tahu awan keluarkan hujan.

Apakah yang anda fikir budak itu akan cakap? Mungkin dia cakap, awan tu dibuat dari kapas! Ataupun, awan itu gula-gula kapas! Lagilah. XD Kalau kita lihat saja awan secara fizikal, kita tidak tahu bahawa awan mengandungi air.

Sama seperti orang. Jika kita melihat orang secara fizikal, kita tidak mengetahui apa yang disimpan oleh orang itu. Oleh itu, kita mesti menilai sesuatu dari semua segi sebelum membuat kesimpulan tentangnya.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Friday, May 1, 2009

0068 - Kekunci

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua yang ana kini semakin rasa lebih dekat dengan ana.

Study group~ memang best! Dapat jumpa kawan-kawan, rasa pelajaran lebih 'lekat', memang berkesan. Boleh belajar kat mana-mana pun (yang ada whiteboard lagi best!)

Arghhh, terluper nak update pagi tadi, jadi terima sajalah update yang ana buat petang ni sebelum ana balik dari uia nih.

Baiklah, kita mulakan majlis ilmu kita buat hari ini, yek? Gambar yang dilukis itu, maaf jika sedikit rongak, menunjukkan tombol pintu berlubang kunci, dengan sebuah kunci.

Rasa-rasanya, kalau guna kunci itu, boleh buka ke pintu itu? Cuba tengok-tengok sikit dimensinya. Aha, terlebih panjang sikit. Mana nak muat, bukan? Kalau tak muat, mana nak dibuka pintu.

Lagi-lagi, kalau kunci tu muat pun dalam lubang kunci, tak semestinya kunci tu dapat membuka pintu itu, betul kan? Kunci itu mesti mempunyai bentuk di hujung yang bertepatan sekali dengan bentuk yang ada dalam lubang kunci. Kalau tak, pusinglah manapun, tak terbuka pintu tu.

Macamlah kita dengan masalah seharian kita. Kalau kita terburu-buru, hentam guna apa aje untuk selesai masalah, tentu tak dapat diselesaikan dengan baik, kan? Kalau dapat pun, taklah elok sangat hasil akhirnya.

Kita perlu mencari penyelesaian yang tepat bagi setiap masalah untuk mendapatkan hasil yang paling baik. Macamlah kunci, mungkin ada yang muat, tapi hanya satu atau beberapa saja yang dapat diputar sepenuhnya dan membuka pintu itu.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Thursday, April 30, 2009

0067 - Iqra'

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang dirahmati Allah dan dilimpahkan kurnia-Nya.

Ah, update semakin lewat pagi! Pelik pula, pagi tadi adik ana yang selalunya liat pagi bangun awal pulak. So tertolak pula update ke pukul 6.

Sekolah ana rasa semakin memberatkan... ujian ini menguji kesabaran... tidak mengapa. Nanti ulangkaji intensif... heh, bebas sekali! =D

Baiklah, tazkirah untuk hari ini berkenaan dengan sesuatu yang memang anda semua sudah lali dan liat, iaitu yang terlukis di gambar, itulah buku.

Buku, tulisan oleh seorang penulis yang bersusah payah mencari idea dan mengarangnya dalam bentuk tulisan pada kertas untuk tatapan umum. Banyak jenis buku ini, yang anda paling anti nak sentuh, tentu buku akademik, kan?

Buku ini perlu dibaca, tidak dibacakan kepada kita. Tabiat membaca ini patut dipupuk semasa kecil lagi, dengan memberi buku-buku cerita yang pendek yang mudah dibaca kanak-kanak. Bukannya buku teks yang membosankan. Kalau diberi buku teks dengan buku cerita, mana satu anda ambil dulu?

Bila sudah dipupuk, insya-Allah amat banyak faedahnya apabila besar nanti. Kalau liat nak baca buku, belajar tak masuk. Kalau dengar cikgu membebel di depan, belajar tak masuk. Kalau didengar sekali dengan rujuk buku, barulah masuk lebih sikit.

Membaca ini suatu pintu masuk ke alam baru yang penuh maklumat dan ilmu yang kita tidak pernah terfikir langsung. Bukankah menimba ilmu itu suatu kewajipan bagi muslim dan muslimah? Maka dengan itu, ambillah sebuah buku dan bacalah. Iqra'.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Wednesday, April 29, 2009

0066 - Cili Tak Pedas

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada saudara-saudari yang dikasihi Allah sekalian.

Update pagi lagi, terasa semakin best pulak bangun awal pagi ni ek? Solat pun rasa tenang semacam jer. Anda tak pernah cuba?

Sekarang pun dalam proses sedang membuat nota komsas sikit yang ana lemah. Harap-harap boleh siap form four komsas.

Tazkirah pada hari ini akan berdasarkan gambar yang dilukis, yang menggambarkan... sebuah cili? Cili yang merah menyala pula warnanya.

Pernah anda makan cili, terasa kepedasannya? Fuh, kalau yang tak pernah makan sambal pun, terkapai-kapai dah tangannya mintak tolong diberikan air, katanya mulut terbakar. XD

Tetapi, buat orang yang memang sudah banyak kali makan cili, kalau cili merah bersaiz seperti yang dilukis ni, pergh! Tak ada apa-apa pun. Kunyah jer macam chewing gum. Tidak rasa pedas, malah nak yang hijau yang lagi pedas!

Apakah yang kita dapat ambil daripada makan cili ni? Kalau cili ini dibandingkan dengan masalah-masalah dalam hidup, cili besar merah macam masalah kecil, nampak besar dan menakutkan, tapi memang sikit aje dibandingkan dengan masalah lain.

Kalau kita makan cili berulang kali, macam kita mengharungi masalah berulang kali, kita akan lali kepadanya dan mintak yang lebih susah lagi! Kalau kita asyik mengelak masalah, kita tidak mampu menanggung masalah kecil, apatah lagi masalah besar. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa, tegal biasa.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Tuesday, April 28, 2009

0065 - Malam Bergemerlapan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana sayangi sebagai saudara seislam.

Haha, cuba update pagi-pagi lah pulak, sebab semalam umi suruh tidur awal, tak bagi buka komputer. Kalau ana tak ikut menderhaka lah kan? Tapi itu untuk tazkirah yang lain.

Bangun sekitar pukul 4.50, ana berterima kasih kepada umi juga yang mengejutkan ana. Lepas tu tahajjud sikit, yang jarang ana buat. Harap-harap boleh buat lebih lepas ni. =P

Tazkirah hari ini... akan mengatakan tentang malam dan penghuninya. Gambar yang dilukis menunjukkan pada waktu malam, ada 2 jenis orang, yang tidur dan yang jaga. Siapakah anda itu?

Malam, iaitu waktu untuk merehatkan diri daripada kesibukan dan kepenatan kerja-kerja harian. Kita tidur untuk cas semula badan kita untuk hari seterusnya. Kalau kita tidak tidur, pagi esoknya tentu kita lebih mudah tersengguk-sengguk dan akhirnya terlelap.

Tetapi apakah sunnah Rasulullah apabila waktu malam? Beliau tidur, walaupun sebentar saja, tetapi akan bangun untuk melakukan ibadah pada waktu malam, sehingga bengkak kakinya berdiri solat, seperti dalam sebuah hadis.

Kita sebagai hamba yang biasa yang tidak mampu melakukan begitu, sekurang-kurangnya boleh tidur awal dan bangun awal, seperti yang dipraktikkan. Ana pun nak cuba, sebab selama ini ana pun tidur lewat dan bangun lewat. Pukul 6 baru bangun.

Kalau payah nak bangun pagi-pagi tu, jika ibu bapa anda tidak berqiam pada waktu pagi dan tidak dapat mengejutkan anda, cubalah berniat pada malam sebelum tidur kepada Allah, ya Allah, ana ingin bangun pada pukul 4.30. Dengan izin Allah, kita akan bangun pukul 4.30, atau mungkin sekitarnya. Tapi bangunlah, jangan tidur balik, k?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Sunday, April 26, 2009

0064 - Benteng

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada si pembaca, moga-moga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

Dah berapa hari dah ayah ana demam. Darah tinggi, katanya. Baru berbekam minggu lepas rasanya. Kesian ayah ana duduk kat rumah aje.

Pagi tadi bengkel sejarah, dapat bahan baru untuk ulangkaji sejarah! Harapan untuk mendapat sejarah A1 semakin membara dalam diri ana!

Baiklah, kita akhiri coretan hidup dan mulakan peringatan buat anda dan ana hari ini. Gambar yang ana lukis, di belakang, ada hati, di tengah, ada benteng, di depan, ada manusia.

Rasanya, gambar yang ana lukis ini boleh menjadi penjelasan kepada dirinya sendiri, tapi biarlah ana menjelaskan dengan lebih detail dan ketepatan, masukkan tafsiran anda sendiri kalau nak.

Kalau hati kita tidak dilindungi oleh iman, hati akan dimakan dan dikotori oleh nafsu. Iman pula dibina dengan keyakinan yang dibina dalam hati. Dengan iman dan hati yang bersih, kita tidak pula tenggelam ke dalam kegelapan maksiat.

Nafsu pula ialah sesuatu yang memang diletak oleh Allah dalam setiap manusia. Nafsu ini boleh digerakkan oleh manusia lain. Manusia yang dimaksudkan ialah syaitan yang bertopengkan manusia. Jauhilah manusia sebegini dan pelihara hatimu.

Lihat bagaimana nafsu tidak dapat melepasi iman yang besar dan teguh mempertahankan hati. Adakah iman anda sebesar itu? Atau adakah iman anda sudah kecil, atau lebih teruk lagi, tiada? Maka apakah yang mempertahankan hati anda?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Saturday, April 25, 2009

0063 - Keseorangan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera dan muhibbah kepada yang berbahagia sang pembaca.

Hari ni, takrim... tak perlu cakaplah, mengantuk. Tertidur masa raptai XD Anyway, masa nyanyi tu suara orangnya ok, cuma PA jer yang nyibuk rosakkan. :<

Tahun ni, ya Allah, bantulah batch ana, ikhwanul 15, menerajui kecemerlangan al-amin dengan mendapatkan 100% lulus, amin~

Anyway, ana nak mulakan tazkirah yang ana ingin sampaikan pada hari ini pula. Lihat gambar yang berada dalam skop pandangan anda. Terdapat seorang di tengah-tengah yang sudah tidak tahan dengan bebelan manusia sekitarnya.

Pernahkah anda terjadi sebegini? Macam seluruh dunia tidak mahu berpihak kepada anda, bagaikan langit dan bumi berkonspirasi menjatuhkan anda. Mesti pernah, walau sekali. Kalau tak pernah, alhamdulillah, Allah merahmati kamu.

Kalau pernah, rasa tak perasaan tidak dapat buat apa-apa? Tiada apa-apa untuk bersandar dan tiada bahu untuk kita menangis. "Kawan" yang diharapkan pun tak tahu pergi ke mana, rasanya sangat dukacita, kan?

Tetapi, walaupun seluruh alam membenci anda, tetap ada satu yang masih menyayangi anda. Itulah Tuhan sekelian ciptaan, Allah subhanahu wata'ala. Selagi mana kita perlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan, pergilah kepada Allah.

Lagipun, kan Allah yang mengatur ujian-ujian dunia ini untuk kita? Tidaklah Allah menzalimi kita dengan memberikan kita ujian yang tidak mampu kita harungi dengan usaha dan tawakkal. Kalau dah putus asa, memang manusia secara fitrah suci akan berpaling kepada Allah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Friday, April 24, 2009

0062 - Masak-Masak

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, manusia yang sama seperti ana, atau mungkin lebih atau kurang, ikutlah taqwa anda.

Ahhhh, baca komik tak sedar dah nak pukul 12! Ish, manga ni terlalu banyak jenisnya, bermacam-macam nak dibaca. Ana ni pun syok kalau dah baca cerita. DX

Esok majlis takrim, jadi kalau anda mendapat hadiah, tahniah dan selamat berjaya buat tahun ini pula! Yang tak dapat, berusaha lagi, mungkin tahun depan, siapa tahu?

Baiklah, tazkirah hari ini ana dapat dari cikgu kimia ana, terima kasih cikgu! Cuma ana olah sikiiiit aje, sebab ana tak suka kopi.

Baiklah, bayangkan anda ada 3 periuk yang penuh dengan air yang sedang mendidih. Periuk pertama, anda masukkan beberapa daun teh. Periuk kedua, anda masukkan telur ayam mentah. Periuk ketiga, anda masukkan lobak merah.

Biar sekejap. Lepas tu, ambil dan lihat hasilnya. Daun teh, masih ada, air dah jadi air teh. Telur, dalamnya asalnya cair dah jadi keras. Lobak merah, daripada keras bertukar menjadi lembik.

Baiklah, sekarang, umpamakan air itu, hidup kita. Kalau kita seperti telur, kita melalui hidup dengan isi hati yang sensitif dan lemah lembut. Keluar hasilnya, hati kita bertukar menjadi keras dan tidak lagi seperti sebelumnya.

Kalau kita seperti lobak merah, kita memasuki hidup dengan satu ketabahan yang menebal yang tidak dapat dipatahkan sehingga kita dipatahkan. Tapi, bila keluar, eh, dah lembik. Tak ada semangat nak teruskan perjuangan.

Kalau kita seperti daun teh, kita masuk hidup sebagai daun kehijauan, tenang. Keluar, kita masih daun yang sama, tetapi hidup telah bertukar menjadi sesuatu yang lebih baik, seperti air tadi, bertukar daripada air masak menjadi air teh yang lazat diminum.

Siapakah anda antara tiga ini? Ana pun tak tahu. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Thursday, April 23, 2009

0061 - Semut Handalan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, saudara seislam yang bersaudara dengan ikhwan kita di Palestin. Doakan mereka!

Haah. Masih panas lagi, walaupun sudah hujan pagi... semalam, rasanya. Dengan kipas laju 4 pun panas lagi sikit. Air-con takde yek, merosakkan alam sekitar pulak tu. =o

Lagi satu, ana baru mula nak melukis dan scan! Kalau nak tengok hasil kebosanan ana, pegilah kat page deviantart ana di sini.

Baiklah~ tazkirah, mulakan enjin anda! 3, 2, 1, mula! Vroom... heh. Gambar yang dilukis dengan rajin sekali ialah seekor semut yang kecil molek.

Apakah semut? Semut itu ialah sejenis serangga, atau insect. Termasuk dalam kategori haiwan yang lebih satu sel. Sangat kecil, kalau tak tengok betul-betul, mesti terlepas pandang.

Semut ini kecil, tetapi apakah cirinya yang paling baik? Ya, semut itu sangat rajin. Semut itu, bekerja keras untuk mengumpul makanan. Bila nampak makanan, dia tak makan terus, tapi panggil kawan, angkut ramai-ramai ke sarang.

Semut ini juga sangat power dalam kejuruteraan. Boleh gali lubang dalam, jadikan rumah tempat tinggal. Semua ada, jagaan larva semut, simpanan makanan, tempat tinggal permaisuri, bagaikan ada pelan dalam kepalanya. Kita? Eh, kalau setakat nak gali lubang untuk tanam pokok tu bolehlah. Tu pun penat.

Akhir sekali, semut ini pandai mengembara di luar batasan. Pernah tak duduk saja-saja dekat satu tempat, tiba-tiba ada nampak seekor semut bersendirian, cari makanan. Takde teman pun. Fuh, berani sungguh kan?

Sungguh menakjubkan makhluk ciptaan Ilahi ini. Kalau dibandingkan saiz dengan kita, kita memang besar, tapi sifat macam rajin, kerjasama, jauh ketinggalan kita. Macam mana ni? Haa, fikir-fikir sendiri, baiki diri sendiri. Ambil pengajaran dari sang semut kenit.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Wednesday, April 22, 2009

0060 - Orang Gila

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera ana tujukan kepada saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian.

Balik dari kelas matematik tambahan. Buktikan persamaan trigonometri: hanyalah puzzle yang biasa. Kalau dah belajar, semakin senang. Macam kiub rubik, yang ana masih tak pandai. =P

Bila terfikirkan persamaan trigonometri ni, rasa "BLEARGH." Tapi masih bertahan, usaha tukar mindset jadi suka. Kalau tak naik gila (atau hampir) belajar benda ni.

Inspirasi untuk tazkirah hari ini dibawa kepada anda oleh addmath. Mencabar, lagi menyeronokkan. Yang dilukis itu, ya, itulah orang yang akhirnya sudah hilang akal dan terus meleleh air liurnya. Kasihan.

Orang gila, iaitu orang yang tidak dapat berfikir secara waras, atau bertindak secara tidak terkawal dan tidak menunjukkan kawalan atas diri sendiri. Jika orang gila ini sakit, bagaimana kita hendak merawatnya?

Sayangnya, kita masih tidak dapat mencari penawar untuk penyakit gila yang berkesan 100%. Orang gila ini dikira sebagai orang kurang upaya. Kalau kurang upaya, apakah yang perlu kita lakukan? Bantulah, apa lagi?

Kalau nampak ada OKU ke, apakah yang terlintas di hati anda? Adakah, "eii, apa oku ni? menyibuk jer ada kat sini." Atau, "ya allah, kesiannya mamat ni. apa yang aku boleh tolong dia ek?"

Kalau nak difikirkan, kat sekolah ana, ada juga orang yang tidak menghormati orang kurang upaya. Kalau ada pembaca seperti itu, ana nasihatkanlah, minta maaf dan bertaubat. Nanti takut perbuatan itu menjadi tiket anda masuk api bergejolak iaitu neraka. Na'uzubillahi minzalik.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Tuesday, April 21, 2009

0059 - Potpet

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, tetamu ana yang ana hargai. Marilah masuk.

Ah, kat sebelah ni ada novel, baca baru sikit. Rasa macam nak baca manga lagi best. Ahhhh, ketagihanku sudah mencapai tahap kritikal! D:<

Baru baca jugak entri blog abang Syarifuddin tadi. Tersenyum sinis sikit adalah, tapi takdelah terguling-guling. Gerakan Kepala Botak XD

Baiklah, tazkirah yang ingin diberi pada hari ini akan bermula... sekarang! Gambar yang dilukis dengan inspirasi adik ana (syukran) ialah orang yang tak henti-henti cakap.

Bercakap ialah satu bentuk komunikasi yang sangat penting dalam tamadun manusia. Tanpa percakapan, manusia mempunyai akal untuk berfikir, tetapi tidak mampu meluahkannya dengan berkesan.

Dalam kebaikan percakapan ini, ada juga keburukannya. Kita asyik dengan bercakap-cakap, tiba-tiba, termasuk pula topik kawan kita. Perbualan santai bertukar sekelip mata menjadi sesi tukar gosip dan mengumpat. Ish, ish, ish...

Mengumpat itu pula kalau perkara yang dibualkan tu benar. Lagi teruk, kalau buat cerita. Naik taraf pulak jadi fitnah yang lebih teruk daripada membunuh. Kalau bunuh, hilang nyawa, begitu saja. Kalau fitnah, paling buruk, hilang maruah, orang tak percaya, merana hidup, lagi baik mati.

Maka, apakah yang boleh dilakukan untuk mencegah gejala sosial ini ?! Yalah, fitnah pun kira gejala sosial juga, kerana kita lakukan ketika bersosial! Satu cara ialah melakukan hanya satu perkara yang sangat mudah. Katakan yang baik atau diam saja. Mudah sangat untuk buat, tapi tak dibuat juga, tak ada faedahnya, kan?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Monday, April 20, 2009

0058 - Wang Besar!

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam kesejahteraan kepada anda, pembaca tulisan ana yang ana kasihi.

Dapat balik beg... sungguh gembira ana kerana dapat kembali kepunyaan ana, walaupun satu pemegangnya dahpun tertanggal.. XP

Ada bagus jugak nota tasawwur ni, dapat juga inspirasi untuk blog ni. Ada dekat tokburong dot wordpress dot com. Saja tak nak letak link. Bahahahaha.

Oklah oklah, kita mulakan peringatan yang ana sampaikan untuk hari ini akan bermula sekarang~ gambar yang dilukis memperlihatkan orang yang melihat duit yang terkumpul dengan tersenyum. Tamaklah tu kan?

Duit ialah suatu benda yang berharga yang kita boleh tukar untuk barang atau perkhidmatan dengan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Eh, mengajar ekonomi pulak.

Manusia itu memang suka memiliki barang berharga, kan? Kalau boleh nak kumpul banyak-banyak lepas tu simpan aje, tak nak bagi orang lain. Lepas tu, mati, poof. Tak ada apa-apa makna dah harta yang dikumpul tu.

Sepatutnya, harta ini dibelanjakan sebaiknya. Kalau nak belanja untuk diri sendiri, boleh, berpada-padalah. Kalau nak bagi orang lain sedekah atau hadiah, boleh, berpada-pada jugaklah. Kalau cukup, keluarkan zakat supaya memenuhi rukun Islam ini.

Duit ini memang berguna dan berbahaya pada masa yang sama. Berguna sebab kita boleh melaksanakan banyak benda dengan duit. Berbahaya sebab kalau kita tak laksanakan hak duit itu yang sepatutnya, nanti masuklah neraka kita... Na'uzubillahi minzalik. Mungkin sebab inilah Rasulullah hidup sungguh daif dan tawaduk, kan? =|

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Sunday, April 19, 2009

0057 - Kegelapan itu Hasad

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, janganlah terperap di depan skrin ini saja. =P

Oh yea, terlupa nak cakap selamat hari lahir kepada cikgu arasy, cikgu alia dan cikgu hawa yang semuanya pada minggu ini. Moga dirahmati Allah! ^^

Pah, inspirasi untuk blog ni kadang-kadang payah nak dapat. Kadangnya sampai termenung kat photoshop, apalah yang ana nak lukis nih? Haha.

Baiklah, alhamdulillah Allah masih memberi idea kepada ana untuk nasihat buat semua. Gambar yang dilukis pada hari ini ialah seorang yang agak menakutkan, memegang pisau yang bersinar.

Lihat orang itu, apakah motifnya sekarang? Ya, barangkali sedang dihasut syaitan, kemungkinan hasad kepada seseorang dan ingin menyakiti orang itu. Rasa macam pembunuh bersiri pulak. *herr*

Mengapakah kita hasad? Hasad ialah perasaan tidak suka kepada kejayaan orang lain dan merasa "mengapa aku tidak mendapat nikmat itu? agh!" Begitulah hasad dalam sepintas lalu maksudnya.

Hasad boleh menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Jika orang hasad itu tidak menyakiti orang yang ditujukan itu, kemungkinan dia akan menyimpan sebagai dendam yang disimpan dan diperam. Hasil dendam ini: menyakiti orang tidak bersalah atau merosakkan harta awam atau orang lain.

Kita harus menghindari sifat mazmumah ini. Bagaimana? Satu, kita hendaklah berpaling kepada Allah, dan redha dengan kehendak-Nya, kerana ini satu ujian buat kita. Dua, kita boleh juga sama bergembira dengan orang itu, maka kita taklah marah-marah pula. Kan lebih bagus tu? Tiga, kita bergaul dengan orang yang baik, supaya tidak timbul perasaan hasad ini.

Hasad ini sesuatu yang mesti dihindari. Melalui ayat Quran, kita boleh meminta perlindungan daripada Allah supaya kita tidak disakiti orang yang hasad.
Dan daripada kejahatan orang hasad apabila dengki. (al-Falaq:5)
Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Saturday, April 18, 2009

0056 - 'A' for Effort

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda. Apakah anda menjangkakan sapaan yang lebih kompleks? =D

Yayaya~ baru reinstall windows xp. Dapatlah Windows 7. Beta, version selepas Vista. Ok jugak. Diperbaik selepas kegagalan Vista.

Ahhh, masih ada lagi beg kat sekolah. Tak nak ambik hari ni sebab 1. tak nak kacau mak ayah. 2. hari ni jpa. memang habit tak datang. dah terlambat nak tukar habit.

Baiklahhh, tazkirah buat anda perlu ana taip, atau anda ini wujudkah? Takpelah. Gambar yang dilukis (aiks ada warna) menunjukkan seseorang memegang epal yang berwarna merah cerah.

Epal, iaitu buah yang dihasilkan oleh pokok epal. Ana pernah waktu kecil dulu tengok biji kecil dalam epal masa makan. Terfikir pulak nak tanam. Tapi, eh, kan sini tropikal. Mana ada boleh tanam epal, fikir hati kecilku.

Bercucuk tanam ini sesuatu usaha yang sangatlah mulia. Kalau kita makan gaji orang lain, belum tentu kita dapat hidup selesa. Tapi kalau kita berbakti kepada bumi, bumi tak akan melupakan bakti itu. Kita tentu dapat hasil kalau betul caranya.

Tanaman yang kita tanam sendiri rasanya lebih sedap kan? Macam kalau kita masak sendiri makanan buat kali pertama, mesti sedap makan. =D Oleh sebab itu, lebih baik kita lakukan usaha yang berpatutan jika kita hendak sesuatu.

Kalau difikirkan logik, memanglah ada risikonya, tetapi kebolehan untuk mengawal tahap usaha sendiri itu ada. Kalau kita bekerja bermandi peluh untuk orang lain, belum tentu lagi kita dapat balik lebih, kan?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Friday, April 17, 2009

0055 - Kegunungan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana masih kasihi, walaupun ana tidak tahu siapa anda. =D

Heh. Pelik. Hari ni cepat sangat nak balik rumah terlupa pulak nak bawak balik beg. Hehhhh. Macamana nih? Ah, ambik masa free lah.

Lagi satu, dapat muzik baru hari ni~ bestnya dengar. Sangat menarik, lain daripada muzik melankolik yang biasa ana dengar, ni lebih bersemangat.

Baiklah, MASA TAZKIRAH. Gambar yang diphotoshop dengan malasnya pada hari ini pula ialah gambar gunung-ganang. Asalnya nak letak salji, tapi malaslah pulak. >_>

Gunung. Salah satu ciptaan Allah subhanahu wata'ala yang amatlah mencetuskan ketakjuban. Melihat gunung yang tinggi dan mendominasi lanskap... oh, panorama yang sungguh mengasyikkan!

Apakah yang sungguh menakjubkan? Ada, ketinggiannya. Kita memerlukan sesuatu untuk kita lihat ke atas dan mencontohinya. Apapun, mesti ada seseorang yang lebih hebat dan tinggi tarafnya di sisi Allah daripada kita.

Lagi satu ialah keteguhannya. Keteguhan gunung. Keteguhan ini yang memacakkannya sebagai satu yang tetap di bumi ini dan tidak dapat digerakkan, cuma mesin berat sahaja boleh. Apa yang boleh diambil daripada ini ialah kita mesti mempunyai pendirian yang teguh supaya tidak dipengaruhi orang lain.

Akhir sekali, apabila untuk mencecah puncaknya, memerlukan persediaan yang amat teliti. Begitulah juga, apabila kita bercita-cita tinggi, kita juga perlu membuat perancangan yang baik supaya matlamat dapat dicapai.

Semoga dapat pengajaran daripada tazkirah ini. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Thursday, April 16, 2009

0054 - Bergelora

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda dan ana. Patutkah ana beri salam kepada diri sendiri? *entah*

Tak banyak sangat berlaku hari ini, cuma fire drill. Ada orang yang tak turun. Main dart katanya?? Hehh?? Masa hafazan main dart? Eh. Pelik.

Berkaitan juga, masa demo pemadam api, masa spray tu kat arah orang, memang rasa serbuk tu macam masam, pelik. Alhamdulillah ana tutup muka dengan kopiah. Orang kata serbuk tu sakit mata.

Baiklah, tazkirah untuk hari ni akan dimulakan sekarang! Gambar yang telah digambarkan menggambarkan sebuah kapal layar yang sedang berlayar di laut bergelora dengan bulan yang mengambang penuh dan bintang bersinar.

Tentu susah untuk berlayar di laut bergelora, bukan? Kalau dengan kapal berenjin hari ini pun susah, apakan lagi orang dulu yang hanya mampu guna angin untuk pergi ke tempat lain? Ditakdirkan, tiba-tiba kapal terbalik.

Tetapi, ada juga petunjuk yang menunjukkan jalan. Bulan menunjukkan laluan dengan cahayanya yang menerangi malam dengan sinaran putih tenang. Tambahan pula dengan bintang yang menunjukkan jalan tujuan, seperti bintang menunjukkan arah utara.

Seperti hidup kita. Kita hanya melalui apa yang ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala, penuh dengan cabaran dan dugaan. Tetapi Allah telah memberi kita petunjuk untuk kita ikuti. Cuma memerlukan keinginan untuk menggunakannya dan ilmu bagaimana menggunakannya.

Begitulah hidup kita bagaikan perjalanan di lautan bergelora. Ambillah pengajaran yang sepatutnya. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaam...

Wednesday, April 15, 2009

0053 - CAAAAKE

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda. Bukan sahaja anda, tetapi orang lain juga, ah, biarlah.

Balik kelas addmath lagi~ albarq ngantok yer? :) Ehhhhh, penuh kepala bukit cerun, gusi lidah gusi, cacing, ahhhh. Tak faham sudah. =D

Lain cerita, kebab itu sedap. Mmmmmm, kebab ayam... mmmm, dengan sayur rangup dan sos yang lazat. Mmmmmm. *drool*

Apaapajelah, kita mulakan tazkirah pada hari ini! Gambar yang ana lukis, kalau tidak tahu, ialah kek. Kek yang berwarna hitam. Kemungkinan coklat. Terlupa nak letak warna coklat. Ah.

Kek ni sedap kan? Makan pun jarang-jarang. Makan dengan benda lain yang ada dekat, uh, birthday party biasanya kan? Sangat sedap. Makan pun kalau boleh nak banyak-banyak.

Tapi, kalau makan banyak-banyak, rasa tak sedap la pulak kan? Nak cuba benda lain pulak. Kek tu walaupun sedap, tetiba jadi muak. Menyampah rasa kek untuk beberapa jam. Lepas tu, makan lagi.

Apa yang boleh dapat di sini? Kalau kita berlebihan dalam sesuatu perkara, kita akan rugi. Kalau makan kek banyak sangat, dahlah tak suka kek lagi, benda lain pun tak boleh makan dah, sebab dah kenyang makan kek.

Jadi, ingatlah. Bersederhana, dan jangan berlebihan dalam apa jua perkara. Okay? Okayyyy.... Tidur. Ayah ana suruh tidur. Babai. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Tuesday, April 14, 2009

0052 - Optik

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada orang yang ana tujukan ucapan salam ini, iaitu anda!

Haaah, baru tengok dan buka buku tasawwur islam form 4. 17 bab. Uiks. Form 5, baru download nota, 10 bab, termasuk subtopik. Uiks. Takpe, takpe, ilmu... =)

Lagi satu, pernah tengok masa kat tepi ni? Bukan yang KL tu, yang bawah tu. Aqsa Tercinta. Itu ambik time zone Israel, bagi yang ingin tahu. Kira masa Palestin la tu. Okay?

Kembali, atau pergi, kepada gambar yang ana lukis pada hari ini. Itu ialah mata, bagi yang tidak melihatnya dengan mata sendiri. Atau tidak boleh menafsirkannya sebagai mata.

Mata. Pancaindera yang paling penting dan yang paling banyak kita guna. Kalau kita jaga aje, kita pasti guna mata. Bila tidur je tak guna mata. Tutup mata tu bukannya tak nampak apa. Nampak juga cahaya dari luar kelopak mata sikit-sikit.

Mata ini sangatlah banyak faedahnya. Boleh melihat ciptaan Allah, meneliti detail-detailnya, menelaah buku kegemaran anda (atau bukan kegemaran anda) dan banyak lagi. Pendek kata, memang banyak potensi mata ini.

Tapi, mata ini jugalah sumber dosa yang paling banyak. Tengok je, eh dapat. Tengok sana, eh dapat. Tengok mana-mana, eh dapat. Hahaha. Istighfar~ Ish. Mata ini pun banyak pula kejahatan yang boleh dilihatnya.

Kalau dibandingkan dengan telinga, kita duduk tempat sunyi tak guna. Hidung, banyak masa kita hidu udara jer. Sentuhan, kita tak buta. Lidah, kita tak makan nonstop (ye kan? haha). Mata jer kita guna banyak. Jadi gunalah ke arah kebaikan.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Monday, April 13, 2009

0051 - Perlahannya

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada saudara saudari yang dikasihi sekalian dan selamat datang.

Hari ini internet sangat menyeksa kelambatannya. Ergghh. Mencabar kesabaran ana supaya tidak membaling keyboard yang ana tengah guna ni. Dahlah Google block website tak tentu pasal. >_<

Juga hari ini, ada motivator datang perhimpunan cakap pasal kepentingan kesihatan mental. Point yang pentingnya, fokus dan mindset betul. Sangat bagus.

Baiklah, kita berbincang tentang gambar yang telah ana lukis pada hari ini. Kelihatan, seekor siput. Siput jenis apa, ana tak tahu. Buatlah spekulasi anda sendiri.

Apakah perwatakan siput ini? Ya, siput ini tiada tulang belakang, mempunyai cangkerang yang melindungi badan lembutnya, dibunuh dengan menggunakan garam, dan lambat. Saaaaaaangat lambat.

Apa berlaku kepada si siput jika siput lambat? Ya, kemungkinan siput tidak dapat melarikan diri daripada musuhnya, dan mungkin terpijak pula. Kita pula, tak sedar, eh, ada siput dekat bawah kasut aku. Eeeeeei, gelinyaaaaaa. XP

Apakah yang berlaku kepada kita jika kita lambat? Jika kita lambat, kita tidak dapat melarikan diri daripada musuh-musuh kita. Kita tidak dapat memajukan diri sendiri, lalu kita pun dipijak-pijak oleh musuh kita. Macam siput. Kesian.

Kalau kita tidak mahu menjadi seperti si siput, kita mestilah memajukan diri! Tidak berlengah-lengah bermain-main di dunia kita sendiri. Kalau siput tu memang dia tidak boleh lebih cepat, tapi kalau kita? Kita ada akal, ada tangan, MAJU KE HADAPAN

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Sunday, April 12, 2009

0050 - GOAL!

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang sedang menghadiri majlis ilmu ini. Baca al-Fatihah kat atas tu.

Eh, sedar tak sedar, dah sampai post nombor 50. Heheheh. Alhamdulillah, sampai kat sini, menuju ke arah #100, dan #365, jika diizinkan Allah. :)

Pagi tadi, bengkel PQS dan career talk. Career talk memang bestlah, especially pergi medic. Fuh, dengar tu terus inspirasi nak jadi doktor. XD

Tazkirah hari ini berdasarkan gambar yang telah ana lukis, iaitu seorang penjaga gol melihat sebuah bola. Mesti yang lelaki yang baca ni tentu tidak asing dengan gambaran ini, kan?

Kalau dalam permainan bola sepak, tentunya tumpuan kita pada gol lawan kita, kan? Bola mesti dimasukkan ke dalam gol lawan kita untuk memenangi perlawanan. Kalau tidak, kita kalah, ataupun paling kurang seri.

Kalau kita tendang bola tak tentu arah, takkanlah kita nak menang. Lainlah kalau tiba-tiba kita tendang masuk gol. Itu lain. Lain sama sekali. Kalau kita tendang tak tentu arah, mesti kita tidak menang.

Samalah seperti dalam hidup kita. Jika kita hidup tanpa tentu arah, kita tidak akan benar-benar berjaya dalam hidup kita, dunia ataupun akhirat. Kita mesti mempunyai tujuan yang nyata untuk diikuti. Kalau untuk kita orang Islam, tujuan itu ialah keredhaan Allah.

Kalau kita buat sesuatu untuk keredhaan Allah, kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan keredhaannya juga, jika diizinkan Allah. Bukankah itu sesuatu yang amat menarik? Berusahalah untuk mendapatkannya.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam. ;)

Saturday, April 11, 2009

0049 - Teh Tarik

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang sedang hidup di muka bumi Allah ini bersama manusia lain.

Lalala~ baru balik solat hajat pmr dan spm pukul 10 lebih tadi, seperti dijangkakan, ramai yang datang, sakit perut pulak makan tadi. =_=

Pagi tadi pulak ada bengkel addmath, walaupun bosan, paksa diri jugaklah datang, ada jugak manfaat dan hikmahnya. Penat-penat pulak kelab kelas buat. Kesian. =)

Baiklah, tazkirah hari ini berkaitan dengan minuman yang biasa diminum oleh orang Malaysia tak kira bangsa. Itulah teh tarik. Teh yang dicampur susu dan dituang dari cawan ke cawan untuk menghasilkan minuman panas yang berbuih.

Apabila kita minum teh tarik panas, biasanya kita minum awal-awal, kan? Kalau dah sejuk, tak 'kaw' rasanya. Ada yang taksub minum terus satu cawan sampai melecur bibir. Itu dah namanya memudaratkan diri, tak elok. >:|

Kalau kita berlengah-lengah, borak-borak dulu ngan kawan, baru minum, dah sejuk. Sebaiknya kita minum sambil-sambil jelah. Baru rasa suam badan bila minum. Eh, apa ana membebel pasal minum teh tarik nih?

Sebenarnya, ana ingin kaitkan dengan kerja yang kita dipertanggungjawabkan untuk menyiapkannya. Kalau buat awal-awal, puaslah, boleh buat benda lain pulak. Tapi kalau dah lewat, orang yang suruh kita buat pun tak puas hati dengan kita. Kita pun terluka hati.

Sebab itulah, kita harus mengelakkan bertangguh kerja. Buatlah kerja itu awal-awal supaya senang hati kita. Mungkin perbandingan ini tidak begitu baik, jika begitu, minta maaf. Hahaha. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalaam.

Friday, April 10, 2009

0048 - Pemimpin

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda, manusia yang lemah, seperti saya dan mereka.

Best tadi baru habis baca novel Muhammad al-Fatih. Sungguh menyeronokkan membaca kalau dibuat macam cerita, ada plot yang sangat menarik. Perangnya best.

Hari ni sekolah, esok bengkel, lusa bengkel, hahhhhhh~ tak cuti pun. Tak mengapa, untuk kebaikan ana juga, sabar-sabar... cubaan...

Hahahah, kita mulakan tazkirah dan peringatan pada hari ini. Gambar yang dilukis ialah seorang manusia yang memakai baju besi dan memegang pedang sambil melaung "Pergi!" Seperti nak pergi perang.

Memang tazkirah hari ini diambil daripada pembacaan sejarah Muhammad al-Fatih, jadi ana dasarkan cerita itu untuk tazkirah ini. Muhammad al-Fatih, sultan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Muhammad, iaitu dipercayai. Dipercayai kerana keperibadiannya dan kebijaksanaannya dalam agama, pentadbiran, peperangan. Lengkap pakej. Al-Fatih, penakluk/pembuka. Keberanian beliau membuka kota Konstantinopel, atau Istanbul setelah ditaklukinya.

Bagaimana beliau melakukan satu usaha yang pernah dicuba oleh orang Islam terdahulu, tetapi gagal? Beliau menggabung kepercayaan kepada Allah, keberanian di medan perang, bijaksana ketika membuat perancangan, dan akhlak dalam mengendalikan orang lain, khususnya orang kafir.

Beliau juga memastikan, selain daripada dirinya sendiri (pemimpin) baik, bahawa rakyatnya baik dan mematuhi ajaran Islam dan tenteranya baik dari segi fizikal, mental dan spiritual. Beginilah pemimpin yang unggul. Mengendalikan diri dan pimpinan dengan baik dan menurut ajaran Islam.

Tidakkah kita ini semua khalifah? Sekurang-kurangnya kepada diri sendiri pun boleh. Pimpin diri sendiri. Jadilah seperti Sultan Muhammad al-Fatih. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam~

Thursday, April 9, 2009

0047 - Cepat2!

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang kemungkinan manusia. Jika tidak, ana tak tahu apa nak cakap.

Hahhh, baru siap kerja rumah sejarah. Blehhh, tak ingat dari minggu lepas lagi. >_< Lepas tu presentation PSI, ah, esoklah. Dah lewat ni.

Takde banyak sangat, cuma nak habiskan post ini secepat dan setangkas yang mungkin supaya dapat go byebye to sleepyland. OK?

Gambar yang ana lukis pada malam ini, ialah, bukan gambar. Sebaliknya, itu ialah sampel tulisan melalui tetikus, yang keadaannya seperti anda jika hendak cepat menulis.

Cepat. Pada asalnya, memanglah kecepatan itu bagus. Dapat menyiapkan kerja dalam masa yang lebih singkat, dan kita boleh buat benda lain pula selain daripada benda yang kita buat itu.

Tetapi, kecepatan itu mempunyai padahnya. Kita boleh terus speed gitu jer. Kalau kita dah mahir semahir manapun, kita masih manusia, kita buat kesilapan dan error. Kalau buat cepat2, tak sempat nak check kesalahan, ahh, bergantung kepada keadaan, lainlah tahap keburukannya.

Kalau speed masa exam, wah, teruklah. Kalau speed masa makan, tercekik atau tersedu. Aniaya diri sendiri. Bagaimanapun, memanglah ada masanya kita perlu cepat, tapi berpada-padalah ketangkasan anda itu. Seperti post ini, yang juga difikirkan secara laju. Haha.

Kalau kita nak cepat, buatlah kerja yang hendak dibuat lebih awal. Jika tidak dapat dielakkan, tidak mengapa, tetapi kalau subuh 50 saat pukul 7, itu kena usaha sendirilah. Bangun awal. Tazkirah untuk ana dan anda. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Wednesday, April 8, 2009

0046 - Kemanisan

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, dan selamat datang kepada bebelanku yang mungkin tiada makna.

Uihhhh, ngantok la baru balik kelas tambahan addmath. Best jugak kelas malam ni, tengok semua orang (kecuali sesetengah) pakai ikut suka. Personaliti tu! :o

Hahaha, akhirnya semua orang memang sangat bersemangat untuk belajar, sampai terlebih masa 10 malam. Cikgu pun ulang2 cakap nak balik hahaha. Respek korang! *tabik*

Baiklah, kita akan mulakan tazkirah dan peringatan kita untuk hari ini, sebelum pukul 12 berlalu. Ahem. Gambar yang dilukis (dengan kemalasan) menggambarkan satu senyuman yang agak besar dan agak menakutkan. Hahaha.

Sebenarnya, senyuman ini tidaklah banyak untuk dikatakan tentangnya. Senyuman itu hanyalah pembentukan muka melalui pergerakan otot-otot dalam muka. Kesan, ciri, jenis senyuman itulah yang kita boleh bincangkan dengan teliti.

Jenis senyuman ada banyak. Ada jenis yang gembira (paling banyak) jenis marah (bila geram) jenis budak-budak (macam biasa ana buat =P) jenis sedih (yang nak sembunyi kesedihan tapi gagal) dan baaaaanyak lagi.

Kalau cirinya pula, hmmmm, mungkin ada sedikit gelakan, mungkin mata menunjukkan sedikit kemarahan, mungkin, ahhhh, macam karangan lah pulak. Bosannya. Tak payahlah buat macam ni. Kita cakap tentang kesanlah pulak. Bosan cakap pasal ciri ni.

Kesan: memberi kesenangan apabila dilihat oleh orang lain. Ini yang paling bagus. Memberi rasa curiga apabila dilihat orang lain: tak berapa bagus. Memberi keresahan dan kemarahan kepada orang lain: lagi tak bagus.

Jadi itulah coretan ana selepas mengantuk dan baca benda yang tiada faedah kepada ana sendiri. Wah, sungguh membosankan, kan? Ana cuba untuk menjadi kurang bosan pada post selepas ini, ok? Sekarang ana nak tidur.

Wallahu'alam. Renungkanlah, wassalam.

Tuesday, April 7, 2009

0045 - Kitaran Hidup

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang masih hidup dan masih bernafas di bumi ini.

Hari ini memang ana tak pergi sekolah waktu pagi, muntah pagi, makan pil chi kit teck aun, alhamdulillah ok. Pergi petang tu nak pinjam buku hands-on bio yang ana tidak miliki.

Ponteng sekolah... hmm, tak rasa best sangat pun. Rasa bosan adalah. Rasa risau pasal homework, pasal kawan2, pun ada. Baik tak payah jer. =_=

Apaapajelah, kita mulakan tazkirah hari ini. Gambar yang ana lukis pada hari ini berkaitan dengan hidup kita secara umumnya. Makan, buat benda untuk hidup, tidur. Ulang sampai mati.

Tidakkah terasa macam sesuatu tidak kena? Tidakkah difikirkan bahawa hidup kita ini, pada pandangan dan persepsi akal, hanyalah satu kewujudan yang tidak ada makna? Bahawa kita hanya wujud, dan kemudian tidak wujud, iaitu mati. Dah. Fullstop.

Sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran, kita tentu akan cuba memegang kepada sesuatu yang lebih. Sesuatu harapan bahawa hidup ini tidaklah seperti yang dinyatakan oleh akal. Sesuatu yang dipanggil al-ilah. Yang disembah. Atau lebih tepat, tuhan sekelian alam, Allah subhanahu wata'ala.

Tanpa pegangan ini, manusia tidak dapat berfungsi. Sejak dari lahir, malah sebelum lahir barangkali, kita sentiasa mencari sesuatu yang agung. Mula-mula, akal kita fikir, oh, mak ayah. Lepas tu, dunia. Lepas tu, ah, dunia ni kecil. Barulah kita berpaling kepada sesuatu yang maha itu, iaitu Allah.

Tanpa-Nya, kita tiada apa-apa. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Monday, April 6, 2009

0044 - Strategi

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana harap dalam keadaan sihat walafiat.

Bleargh, tak rasa sedap badan la malam ni, rasa macam nak muntah. Tapi yang keluar sendawa aje. Bleargh, rasa sangat tidak selesa.

Dalam berita lain, nota ekonomi yang ana post semalam ada sedikit perubahan, sila download semula. Perubahan tu kesilapan pada pihak ana, minta maaf.

Baiklah, walaupun rasa sakit sikit malam ni, kita start tazkirah. Gambar yang dilukis pada hari ini pula ialah seorang manusia yang gelabah melihat dot-dot merah pada skrin, apa itu, radar kot. Yang main game perang taulah.

Seperti yang dijangka, titik merah itu menunjukkan musuh, atau lebih tepat sesuatu yang tidak dikenali. Jika ini satu situasi dalam peperangan, kita sudah tentu mempunyai perancangan untuk menghapuskan musuh.

Jika diserang musuh dengan tiada apa-apa strategi, kemungkinan musuh yang lebih arif dalam teknik peperangan akan mengalahkan tentera yang dihantar dengan mudah. Kita pula akan terduduk dan terdiam, sementara musuh semakin mendekati kita.

Apakah persamaan situasi ini dengan kehidupan kita? Kalau anda pelajar sekolah, seperti saya, anda tentu akan menghadapi musuh yang sangat payah untuk dikalahkan, iaitu peperiksaan. Paling susah ialah peperiksaan akhir tahun.

Bagaimana untuk mengalahkan musuh ini? Dengan strategi yang berkesan, tentu sekali. Kita sediakan rancangan pertempuran (study plan) dan menggunakan pertempuran kecil (ujian) sebagai tempat untuk melengkapkan diri dengan senjata tambahan (pengajaran daripada kesalahan)

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Sunday, April 5, 2009

0043 - Memori

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda semua yang ana rasa sudah besar-besar belaka. =)

Seperti yang dikatakan semalam, peta minda ekonomi form 4. Mungkin ana buat lagi kimia form 4 & 5. tak tahu, ikut kerajinan. Kalau nota fizik ada kat blog ni.

Bengkel bahasa Inggeris tadi, er, oklah jugak. Masalahnya, makan pagi fat rice, so tersungkurlah ana buat sementara. Nasi lemak ni memang ubat tidur kot, power sungguh.

Baiklah, kita mulakan tazkirah yang ana ingin sampaikan pada hari ini. Gambar yang ana lukis pada hari ini menggambarkan seorang manusia yang telah cuba mengingati sesuatu, tetapi kehilangan memori itu.

Apakah itu memori? Memori ialah simpanan sesuatu peristiwa yang disimpan oleh otak kita. Otak kita menerima stimulus atau rangsangan daripada dunia luar dan merekodnya. Itulah yang dipanggil memori.

Walaupun kita masih tidak dapat menggarap konsep memori sepenuhnya kerana otak kita pun masih belum dibongkar rahsianya, kita ada juga mendapat tips untuk menyimpan memori dengan lebih baik, seperti imaginasi dan menggunakan warna dan perkaitan.

Memori itu seperti satu benda yang hidup. Jika kita jaganya dengan baik, terus memori itu akan kembali kepada kita. Jika kita abaikan, memori itu payah untuk kita panggil balik. Kalau dapat pun, mungkin hanya cebisan-cebisan sahaja.

Kita menyimpan kebaikan dan keburukan dalam memori. Kita boleh dicaci, dikutuk, dikecam, dipermainkan, dan kita masih boleh menyayangi orang yang mengutuk kita itu. Tetapi jika orang itu melupakan kita, apakah yang lebih melukakan hati daripada itu? Orang caci, kutuk, kecam Allah, tapi adakah Allah lupakan kita? Tidak sama sekali. Kalau kita pula?

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Saturday, April 4, 2009

0042 - Perangkap

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera ana ucapkan kepada banin dan banat yang ana kasihi sekalian.

Oh yea, esok ana ada sedikit sesuatu untuk pembaca blog ini yang berada dalam kalangan pelajar menengah atas. Tunggu yea, hampir habis.

Ahhh, adik kecik ana tak nak pegi tuisyen, duduk sorok-sorok diri kat dalam bilik. Bila cakap kat dia, "umm umm" pastu senyap. Haiiissshhh.

Baiklah. Gambar yang ana lukis pada hari ini, yang original dan tidak diciplak atau diplagiat (betul ke perkataan tu? ><) yang menunjukkan seorang manusia sedang duduk murung di belakang gate yang dikunci dengan mangga besarrr.

Okeh, kalau diberi pilihan, adakah anda bersedia untuk pergi ke luar rumah dan pergi berbasikal macam, 20 kilometer ke? Pastu duduk situ sekejap, cakap-cakap dengan orang lalu-lalang, lepas tu balik. Kalau ya, *tepukan* kalau tidak, haha, anda seperti saya. :)

Baiklah, mungkin contoh tadi sedikit ekstrem, tetapi itulah yang ana ingin ketengahkan hari ini. Secara mudahnya, adakah anda bersedia untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan harian anda? Macam, untuk orang yang duduk di belakang kelas, bila cikgu mintak orang ke depan, terus berdiri dan kata "saya, cikgu."

Kan bagus kalau kita semua begitu berani? Berupaya untuk melakukan sesuatu di luar zon keselesaan kita. Meneroka ke dunia baru yang mungkin kita tidak pernah lihat sebelum ini. Kalau kita tidak keluar dari zon selesa ini, kita tidak akan mengecapi perkara sebegini.

Jika kita tidak keluar dari bawah selimut kita, terketar-ketar, kita tidak akan berupaya memberikan dakwah sebagai da'ie seperti dalam ayat al-Quran berikut:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan. (al-Muddathhir: 1-2)
Kita pun akan terperangkap dalam selimut kita, terperangkap oleh diri sendiri. Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

Friday, April 3, 2009

0041 - Jigsaw Puzzle

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana harap seorang mukmin yang beriman dan percaya.

Huargh, tadi tertidur masa addmath, rasa sangat berat mata macam gantung benda berat kat kelopak mata. Ingat nak mintak maaf kat cikgu, tapi cikgu dah keluar. x_=

Eh, terjumpa plak seringgit dalam wallet yang tak sepatutnya ada kat situ. Terlupa nak bayar pakcik aiskrim goreng tu. Tak sedar. Nanti bayar isnin nanti ah.

Gambar hari ini, orait, orait. Kelihatan beberapa keping jigsaw puzzle, satu permainan yang sangat menarik perhatian ana. Kalau budak main pun ana kacau. =P

Jigsaw puzzle ini sangat menarik, di mana kita semua cuba cari tempat kita nak letak setiap satu bahagian di tempatnya, kalau tak nanti tak dapat selesaikan dan menang.

Biasanya, kita lihat yang tepi-tepi tu yang masuk dulu. Kita letak satu persatu menggunakan gambar yang disediakan. Lepas tu kita perah otak nak cari perkaitan antara cebisan-cebisan tersebut dan letak di tempatnya. Last sekali mungkin kita hilang satu dua bahagian kita tercari-cari, dan letak di tempatnya. Habis.

Kalau dalam hidup, ada yang mendapat hidayah pada awal hidup, dilahirkan dalam islam. Itulah bahagian tepi. Bahagian tengah pula orang yang berusaha untuk mendapat hidayah. Semuanya saling melengkapi seperti saudara seislam. Apabila satu tersesat, semua berganding bahu mencari-cari supaya dapat memberi hidayah kepadanya.

Bukankah ini gambaran persaudaraan dalam Islam yang sempurna? Bukankah jigsaw puzzle yang kita ada sekarang hanya perlu diselesaikan? Cuma jigsaw puzzle kita sangatlah kompleks dan payah diselesaikan daripada permainan itu yang dicipta manusia.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam...

Thursday, April 2, 2009

0040 - Siapakah Itu?

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada anda yang ana hargai sebagai pembaca tulisan ana.

Hahaha, hari ini adik pergi gunting rambut. Kepala rasa cam sakit, tapi tak nak gunting ana punya rambut. Lagipun dah mandi. Taknak mandi lagi.

Hurm, sesiapa yang baca sekarang akan nampak header blog atas tu dah hilang. Siapa boleh tolong bagitau ana camne nak baiki boleh? :)

Baiklah, tazkirah hari ini terima kasih kepada adik ana yang memberi ana idea secara spontan. :) Gambar itu menggambarkan seorang manusia melihat ke cermin. Lihat, orang di cermin itu sama tak? Sama, tapi tak serupa.

Pernahkah anda melihat cermin dan melihat orang lain dalam cermin? Seperti bukan muka anda yang melihat balik? Mungkin begitu semasa kita marah ke, mengantuk ke, atau mana-manalah yang memberi kesan ke muka kita.

Kerapkali perkara ini berlaku kepada bukan saja fizikal kita, tapi akhlak dan sahsiah kita pun ada jugak macam ni. Macam kita selalu baik-baik kat rumah, tetiba kat sekolah, kawan dengan orang tak sepatutnya, jadi samsung. Eh, samseng.

Beginilah kriteria orang bermuka dua. Hypocrite, dua personaliti, cakap tak serupa bikin, macam-macam label ada, tapi yang menyentuh Islam, munaafiq. Munafiq ini pada perbuatan atau lebih dahsyat pada hati. Ke terbalik? Ana tak tahu. Fikir jelah.

Munafiq, seperti yang anda semua tahu, akan masuk ke neraka yang paling bawah sekali, so yang paling menyeksakan. Tak nak macam tu kan? Biarlah orang yang kita lihat dalam cermin itu benar-benar diri kita yang suci dan bersih, supaya dapat cari keredhaan Allah. Insya-Allah.

Wallahua'lam. Renungkanlah, wassalam.

[] ...Penutup Majlis... []

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Aku Memohon Keampunan dan Taubat daripada Engkau..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
[1]Demi Masa
[2]Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian
[3]Melainkan yang Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan dengan Kebenaran dan Berpesan dengan Kesabaran